Masalah Kucing Tak Boleh Kencing

Sebelum i nak share mengenai masalah kencing yang kucing i pernah alami ni, i nak intro sikit. I mula bela kucing i ni dari tahun 2013. I namakan dia Jack. Kucing i ni jenis American Shorthair breed, Indoor type, Anti-social (macam tuan dia) dan tak suka budak-budak (macam tuan dia juga). Haha.

Jack ni I mula noticed yang dia ada masalah untuk kencing bila i tengok setiap kali dia berjalan, dia akan berhenti duduk (macam nak kencing). At 1st i marah la juga sebab i thought dia dah mula nak kencing merata. But later i mula rasa pelik sebab his litter box bersih walaupun dah 2 hari. Dia pun nampak sangat uncomfortable (bangun duduk, bangun duduk balik) dan perut dia nampak bloated. The next day i terus bawa Jack pergi ke klinik Veterinar. After checked up, Doc cakap Jack mungkin ada masalah batu karang. Saluran kencing tersumbat. Sebab utama yang membuatkan Jack ada masalah ni adalah disebabkan dari commercial foods (Smart Heart, Pro Diet, Miow Mix, Frieskies, Whiskas) yang i bagi dia makan. Commercial foods ni sebenarnya banyak garam. Kucing jantan yang selalunya dapat masalah ni terutama bila kurang minum air. Jack pun semenjak tak boleh kencing, bulu banyak gugur. Doc cakap sebab dia stress. For the treatment, Doc minta i tinggal Jack seminggu di klinik sebab nak masukkan tiub ke dalam saluran kencing. Kos rawatan mencecah RM600.00. Bertabahlah!

 

Doc tengah check pundi kencing

 

Selepas keluar dari klinik Vet, Jack tak fully recover. Still kena bagi makan ubat. Ambil masa lebih kurang 2 minggu untuk dia betul-betul boleh kencing macam biasa. Sepanjang tempoh tu, macam-macam home remedies yang i jumpa di internet i cuba bagi kat Jack. Antaranya adalah bagi minum air lobak putih dan minum air yang dicampur apple cider vinegar. I paksa dia minum. Tapi kesian lol! berair-air mulut dia bila bagi minum. Ceh..tak payah la bagi benda-benda camni dekat kucing. I sendiri yang manusia pun tak tahan bau. Apatah lagi kucing.

 

Melawat Jack di klinik Vet

Semenjak kes ni, i terus tukar makanan dia sebab Doc cakap if i tak tukar, Jack akan dapat masalah yang sama lagi. I beli Premium food yang dijual di Vet hasil dari Doc recommendation. Selama 2 bulan Jack tak ada masalah. Then tanda-tanda dia tak boleh kencing datang balik.

Kali ni i bawa Jack ke Hospital Veterinar UPM tapi sebelum tu i terpaksa tunggu sampai hari Isnin sebab on weekend tutup (boleh pulak si jack ni tiba2 tak boleh kencing on weekend). So, sementara nak tunggu hari isnin tu, i sumbat juga ke mulut dia air campuran apple cider vinegar. Then, hari isnin pagi-pagi lagi i dah ke Hospital Veterinar UPM. Time jumpa Doc, i explained to him Jack punya condition dan after checked up, Doc cakap chance untuk Jack pulih hanya  50: 50 sebab i dah ambil masa about 2 days untuk bawa dia ke Vet. Jadi, Doc tak boleh nak janji apa-apa. Sedih i. Then i tanya la about the cost how much i need to pay. After Doc explained about rawatan, total cost adalah RM940.00. Termasuk X-tray, ultrasound, etc. Lagi mahal dari cost rawatan Jack yang 1st!! Bertabahlah wahai hati! Salah i juga sebab tak jaga pemakanan dia dari awal. So i minta Doc proceed je untuk buat rawatan. Duit boleh dicari oi. Haiwan ni hanya bergantung dengan tuan dia je bila sakit. Jack masuk Wad Vet for 1 week. Deposit i kena bayar RM440.00 (termasuk GST). Apa yang best mengenai Hospital Veterinar UPM ni, Doc akan call untuk beritahu keadaan kucing dan apa rawatan yang diorang dah buat. Dia akan update almost everyday lol. Kudos!

 

10981815_10204757512150114_4779068474371051571_n
Jack lepas keluar dari Hosp. Vet. UPM

After habis rawatan di Hospital Veterinar UPM, Doc suggest untuk bagi Jack makan Royal Canin Urinary S/O. Alhamdulillah, sampai ke hari ni dia sihat tak ada masalah tak boleh kencing. But, Royal Canin Urinary S/O ni memang tak boleh jumpa di kedai-kedai pet shop atau pun kedai vet biasa. Hanya ada di klinik veterinar. Disebabkan susah nak cari, i pun searched online. I jumpa di Lazada. So i beli online je. If Royal Canin Urinary S/O ni out of stock, i tukar beli Royal Canin Urinary Care. Both memang okay. Harga untuk 2kg boleh dapat diantara RM76-RM80. Oh, lagi satu, semenjak dia keluar dari Hosp Vet Upm ni, dia pandai kencing dalam sinki hokey! I pun pelik. Haha.

 

 

Akhir sekali, untuk yang ada bela kucing tu, jaga la pemakanan kucing-kucing u’olls dari awal especially kucing jantan. Kos rawatan kucing sangat la mahal. Boleh tengok sendiri berapa cost yang i share di atas. Kucing hanya bergantung dengan tuan dia. So jaga la elok-elok. Jaga pemakanan dia (biarlah mahal pun) sebelum kita keluarkan lagi banyak duit untuk kos rawatan dia. 

p/s : If you ada bela kucing jantan, kena rajin check litter box dia. If perasan dia dah berapa hari tak kencing, bloated, dan kencing sikit-sikit (merata-rata), sila la bawa ke vet. Jangan tangguh sebab boleh bawa mati. 🙁

Oh, untuk yang tak tau, Hospital Veterinar UPM ni terletak di Serdang, dalam Fakulti Perubatan Veterinar UPM.

Until then..

 

Scroll Up