Cara Untuk Cepat Teruskan Hidup Selepas Putus Cinta

I ni boleh dikatakan someone yang tidak bernasib baik dalam hubungan cinta (gitu!). Frust teruk beberapa kali jugak la. Bila fikir balik hubungan cinta i sebelum ni yang tak berapa nak menjadi, betapa bersyukurnya i hubungan tu terputus di tengah jalan. Pengalaman sebelum ni banyak mengajar i supaya lebih berhati-hati dalam memilih teman hidup. Disebabkan itu lah, i nak kongsi sikit macam mana i boleh move on dengan cepatnya.


1. MENANGIS SEPUAS-PUASNYA.

Haaaa. Bila sedih, menangis sebenarnya dapat membantu mengurangkan tekanan dalam diri. Oleh sebab itu, andai kata ada orang suruh you berhenti menangis, tampar je orang tu laju-laju. Biar berjemaah menangis bersama-sama. Ambil masa untuk bersedih paling lama pun dalam masa seminggu. Menangis la sepuas-puasnya. Nak bagi satu Malaysia ni banjir pun tak apa. Untuk memuaskan lagi hati, dengar lagu cinta yang sedih-sedih macam lagu Sheila On 7 ke, Agnes Monica ke atau M Daud Kilau pun boleh. Haha! Akan tiba satu tahap you akan penat nak menangis. Lepas tu, you boleh ikut buat macam di bawah ni.


2. PADAM DAN BUANG SEGALA BENDA YANG MENGINGATKAN YOUR EX.

Unfriend segala social media dia. Selagi dia ada dalam friendlist, tak payah nak tipu yang you tak ada langsung stalk dia (terutama dalam minggu you bersedih). Segala gambar yang you ada pun, delete je. Tapi still, apa sahaja yang boleh mengingatkan you dengan your ex, you tamatkan sahaja lah riwayatnya tu. Andai kata you nak simpan juga, you kumpul semua benda, masuk kan dalam satu kotak dan simpan jauh-jauh. Atau pun tanamkan aja depan rumah. Lagi 5-10 tahun kalau you rajin, korek balik. Macam i, i simpan dalam satu kotak dan i letak dalam bilik stor. Bila cukup masa i dah bersedia untuk buang, baru  i buang. Lagi satu, segala mesej lama di antara you dengan your Ex, delete je. Tak perlu nak simpan. Bukan you dapat emas permata pun kalau you simpan.


3. LUANGKAN MASA DENGAN KAWAN-KAWAN DAN FAMILY.

Lagi best kalau kau ada kawan-kawan dan family yang anytime ada masa untuk you. Pergi buat apa sahaja yang seronok dan berfaedah with them. Kalau ada kawan yang ajak you bermalam di rumah dia, ikut je. Kawan-kawan amat memainkan peranan penting untuk mengalihkan pemikiran you dari memikirkan tentang your Ex. Kalau you tak ada kawan, bela je la kucing. Pergi kutip kucing mana-mana untuk dibela. Pahala pun dapat. Ataupun, you boleh ikut cara i yang seterusnya.


4. CARI KENALAN BARU.

Macam i, bila i dah buat perkara-perkara yang i dah tulis di atas ni, i banyak habiskan masa berbual dengan kenalan baru. Untuk i yang perempuan ni, dah tentu la i cari kaum Adam (gitu!). Tapi jangan salah faham, cari kenalan baru ni bukan untuk cari boyfriend baru yer. Menghabiskan masa berbual dengan kenalan baru sebenarnya dapat mengalihkan perhatian you dari memikirkan tentang your Ex. Bila ada kenalan baru, you macam excited sikit nak berbual sebab banyak benda boleh bercerita. Tapi take note, jangan pergi cerita kisah sedih you pula. Tak semua orang suka. Lagi satu, cari kenalan baru sekarang ni tak semestinya you kena keluar rumah. Depan laptop and handphone you pun dah boleh!


 5. CARI HOBI BARU.

Tanya diri you sendiri apa you suka buat dalam masa yang sama you enjoy buat benda tu. If suka membaca, habiskan je la masa di library or book store. Beli buku-buku baru and habiskan masa dengan membaca. If you suka menulis, you boleh create your own blog atau you juga boleh mula menulis buku if ada bakat terpendam. If rajin lagi, create your own wishlist dan fokuskan diri untuk capai apa yang dihajatkan. Selain dari itu, boleh try join community, volunteer atau pun mula jinak kan diri untuk travel!


 6. UBAH DIRI DARI SEGI MENTAL DAN FIZIKAL.

Sepanjang tempoh frust ni, selalunya you akan nampak hodoh. Muka sembab, keluar pun tak ambil kisah nak cantik-cantik, makan pun tak terjaga. Mental pun asyik down je. Okay, i tak tahu berapa lama yang you akan ambil masa untuk kembalikan semangat you balik, tapi once semangat you dah ada walaupun sedikit, ubah diri you. Buat make over dan pastikan you bukan lagi orang yang sama. Jadikan diri you someone yang lebih baik dan kuat dari sebelum ni. Okay?

Semua yang i kongsikan di atas ni adalah berdasarkan pengalaman diri i sendiri. Alhamdulillah banyak membantu i untuk move on dengan cepat. Apa pun you kena ingat, setiap benda yang terjadi ada hikmahnya. You tak akan nampak benda tu dalam masa yang singkat, tapi once you sedar, you akan rasa sangat bersyukur. Dalam masa yang sama you akan lebih mengenali diri you sendiri. Akan datang, bila jumpa orang baru, masa itu, you akan sedar kenapa hubungan sebelum ni tak berjaya. 🙂

Until then..

 

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up