Ubah Penampilan Dalam Waktu Singkat

Pernah tak bila tengok diri sendiri dekat cermin, terdetik dalam hati nak tukar penampilan ataupun nak nampak lain dari kebiasaan? Okay, berikut adalah tips mudah yang boleh anda follow :


 
1. Ubah gaya rambut.

Tips ni memang menjadi kegemaran I dari dulu. Pada I rambut memainkan peranan yang sangat penting dalam penampilan diri dan mampu membuatkan wajah nampak berbeza. Semasa umur I di awal 20’an, I memilih untuk memiliki gaya rambut pendek. Orang selalu tanya I “tak rugi ke potong rambut pendek?“. Terus terang, I tak rasa rugi apa pun. Yang rugi adalah bila tak berani cuba sesuatu yang baru. Rambut macam mana pun akan tumbuh balik. Tak pun, potong je rambut bahagian depan. Buat bangs. I suka buat hair bangs sebab muka nampak lebih muda. Selain tu, kalau berani, boleh ubah warna rambut sebab warna rambut juga memainkan peranan penting dalam penampilan diri.

 

13239476_10207540877132499_1696974976020428398_n
Me with different kind of hairstyle.

 2. Menggunakan Mekap.

Semakin tebal mekap yang you pakai, semakin berubah muka you. Tapi mekap tebal ni sebenarnya hanya sesuai dipakai bila nak menghadiri sesuatu majlis ataupun sesi fotografi. Tak kan nak pergi pasar pun gigih nak pakai mekap tebal kan? Apa pun yang penting as a woman you kena tahu how to put basic make up seperti : 

  • Cara untuk menutup cela di muka menggunakan concealer.
  • Cara untuk meratakan BB Cream atau bedak asas di muka. (warna yang digunakan hendaklah sekata dengan warna kulit).
  • Cara untuk membentuk kening menggunakan Brow Liner
  • Cara untuk memakai Eye Liner.
  • Cara untuk menggunakan blusher.

Kalau tak tahu kelima-lima asas mekap di atas, you memang kena belajar. Pada i kelima-lima asas ini adalah yang paling penting untuk you tahu. Lagi satu, jangan malu untuk menggunakan gincu bewarna merah ala-ala Taylor Swift!


 3. Ubah cara pemakaian. 

Jika you seseorang yang selalu memilih untuk menggayakan pakaian bewarna gelap, you boleh mula belajar untuk bermain dengan warna. Warna yang sesuai dengan you akan membuatkan you nampak lebih menarik. Zaman sekarang ni, kalau you memilih untuk menggayakan hanya satu warna, maksud i dari baju dan tudung sampai ke kasut dan handbag berwarna hijau, you akan nampak pelik dan kelakar. Katakan kalau you memilih untuk menggayakan pakaian berwarna biru, kasut ataupun handbag berwarna kuning adalah cukup menarik untuk digayakan bersama. Selain itu, kalau you adalah seseorang yang selalu menggayakan fesyen lelaki, you boleh cuba untuk menggayakan dress ataupun skirt. Bagi yang bertudung, pelbagai jenis fesyen tudung senang didapati di mana-mana sahaja. Tudung sarung dan juga bawal adalah yang paling senang untuk digayakan. Tapi untuk nampak lebih bergaya, shawl adalah pilihan terbaik. Fesyen muslimah pun semakin popular. Jangan anggap bila bertudung you tak mampu untuk bergaya.


4.  Kanta mata berwarna.

Kanta mata ni tak semua orang berani pakai termasuk la i. I hanya pernah pakai beberapa kali untuk sesi fotografi. Tetapi, secara terus terang nya, memakai kanta mata yang berwarna dapat membuatkan wajah nampak lebih menarik. So kalau nak keluar pergi mana-mana dan berhajat untuk nampak lain dari kebiasaan, pakai je kanta mata berwarna.

10155122_10202179028169626_227425896_n

Apa pun yang penting, sebagai seorang wanita, menjaga kecantikan dan penampilan diri adalah satu keperluan. Ia membantu diri supaya mempunyai keyakinan diri di dalam kehidupan seharian. Harap tips-tips ini membantu. Until then…

error: Content is protected !!