Cara Apply CIMB Kwik Card

Ada orang cakap debit atau prepaid card ni sama je. Tapi pada i, debit dan prepaid card ni berbeza dari segi sumber duit. Debit card sumbernya terus dari akaun bank. Jadi, bila you buat bayaran, kedai akan terus tolak dari akaun bank. Prepaid card pula, sumbernya adalah dari duit yang telah you masukkan ke dalam card. Sebagai contoh – pada bulan ni i top up Rm100.00 ke dalam Kwik card i untuk perbelanjaan tertentu. Jadi, bila i nak buat pembayaran, duit yang digunakan hanyalah amaun yang ada di dalam Kwik sahaja. Kebaikannya adalah – i tak ada kes overspend. Duit i dalam akaun bank pun selamat dan keistimewaan yang ada pada Kwik ni pula, apa sahaja promosi atau diskaun yang ada pada CIMB debit & credit card, Kwik ni termasuk sekali.

Untuk membeli-belah online dengan menggunakan Kwik, klik sahaja bayaran melalui credit card. Proses pembayarannya sama sahaja macam you pakai debit & credit card. Ada yang pernah cakap dekat i sesetengah tempat tak menerima prepaid card. Tapi sepanjang 2 tahun i pakai Kwik ni, belum ada tempat lagi yang tolak pembayaran dengan Kwik ni. 

Cara nak apply :

Pergi ke CIMB Clicks. Klik di gambar card seperti di bawah:

(p/s : klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas) 

kwik0.PNG

Then bila keluar page seperti di bawah, klik Open Kwik Account Now :

kwik00.PNG
Kau boleh baca sendiri keistimewaan Kwik Card.

Bila keluar pop up screen, klik Apply for Kwik now! 

kwik2.PNG

Isi form yang dipaparkan.

Okay, setakat page ini sahaja i boleh proceed sebab i dah ada Kwik card. Hehe. 

Btw, bila dah apply, dalam masa 2 minggu Kwik ni akan sampai ke rumah (melalui pos laju). Then you kena aktifkan kad tu. Bagi yang ada CIMB clicks, you boleh manage Kwik you seperti di bawah:

kwik4.PNG

Okay, setakat ini sahaja.  Harap dapat membantu. Bye!

 

 

**UPDATE :

Kwik card icon dah tak appear di homepage Cimbclick macam gambar 1st i share di atas. However, you masih boleh apply Kwik card dengan cara “Login” Cimbclick. Then, you klik “Setting” (terletak di bahagian kanan atas), pilih submenu “Kwik / Prepaid Mastercard Settings”. Finally, bila next page appear you akan nampak “select a service” di bahagian atas. Klik icon arrow dan pilih “Apply for Kwik/Prepaid Mastercard Card”

 

2 thoughts on “Cara Apply CIMB Kwik Card

Scroll Up