Apple Cider Vinegar Untuk Kecantikan Rambut

Sebelum i mula pakai Apple Cider Vinegar (ACV) untuk rambut, actually i agak was-was sebab i tak suka dengan bau ACV. Masam. Tetapi, setelah i buat beberapa research online tentang kebaikan ACV terhadap rambut, i mula tertarik untuk cuba memandangkan rambut i ni jenis rambut kering. Keputusannya? I was completely blown away! Rambut i lembut gila macam i baru lepas buat treatment. 

Semenjak dari itu, ACV adalah salah satu barang kecantikan yang i wajib ada di rumah. Segala hair conditioner yang i pernah pakai dulu i dah tak pakai sebab keputusannya tak sama seperti bila pakai ACV. For those yang masih was-was, sumpah i cakap, bau ACV tak akan melekat pada rambut selepas pakai. Bau hanya ada semasa rambut masih basah. Once dah kering, bau ACV akan hilang.

Cara nak menggunakan ACV pada rambut senang je, apa yang diperlukan :

  • 2 sudu Apple Cider Vinegar (ACV)
  • 1 cawan air.

Masukkan 2 sudu ACV ke dalam 1 cawan air. Selepas dah shampoo rambut dan bilas, tuangkan air yang telah dicampur dengan ACV tadi di kepala. Buat urutan kepala dan biarkan air campuran ACV pergi ke seluruh rambut. Biarkan dalam 1-2 minit. Kemudian bilas rambut dengan air.  *PS : Elakkan dari terkena mata.

Untuk kesenangan juga, letakkan ACV , cawan & sudu di dalam bilik air. Hair conditioner tidak diperlukan selepas pakai ACV.

ACV yang terbaik untuk digunakan adalah  Raw Apple Cider Vinegar.

Selamat mencuba! 🙂

 

 

Scroll Up