Nasihat I Untuk Yang Masih Berumur Di Awal 20’an

It was my birthday 2 days ago. Yay! Happy birthday to me, again! To ibu ayah, thank you so much for being the best parents in the world! Walaupun banyak kekurangan, ibu ayah tetap membesarkan anak-anak dengan penuh kasih sayang. Sayang ibu ayah dunia akhirat! 🙂 Setiap kali birthday, seperti biasa – akan meningkatlah lagi satu angka umur i. Bila cakap mengenai jodoh, setakat ni i masih membujang. Insyaallah 2-3 tahun lagi kot. Haha. No regret! Life i sekarang pun boleh dikatakan almost perfect. Almost perfect yang dimaksudkan tak la bermakna i mewah dari segi wang ringgit. Tetapi pada i, i banyak memiliki benda yang tak ternilai harganya. Alhamdulillah. Bila imbas kembali diri i di zaman remaja terutamanya di awal 20’an, i adalah seperti 2 orang yang berbeza. I’ve completely changed. Thanks to my past because siapa pun diri i yang sekarang, ianya terbentuk dari setiap kesilapan yang i pernah buat dan pengalaman yang i pernah lalui. Jadi, bagi yang masih muda tu, terutamanya di awal 20’an, berikut adalah nasihat i : 

  1. Enjoy the present. Don’t take life too seriously.
  2. Jangan fikir untuk kahwin terutamanya bila habis belajar. This is a BIG NO.
  3. KERJA. Cari duit sendiri. Jangan harap ibu ayah tanggung hidup kau dan tunggu lelaki untuk masuk meminang dengan harapan untuk menjadi suri rumah tangga.
  4. Jika nak sambung belajar, BELAJAR. Belajar betul-betul. Jika tak nak, KERJA. Kerja rajin-rajin. 
  5. Untuk dapatkan duit sampingan, jangan memilih kerja. Kerja cuci pinggan, tukang cuci, tukang kebun, promoter, kerja kantin, atau apa sahaja. Jangan memilih. Semua pekerjaan ini mendatangkan duit. HALAL. Lebih bagus dari kau menganggur.
  6. Orang tak akan berhenti mengata ataupun menfitnah tak kira baik mana pun kau terhadap orang lain. Jangan ambil kisah. Be the best person you can be.
  7. Jika kau ramai kawan, enjoy the moment. Semakin kau meningkat dewasa, kau akan hilang kawan kau seorang demi seorang. 
  8. Jika kau tak dapat layanan yang baik dari boyfriend kau, PUTUS. Jangan ada perasaan kesian. Kesiankan diri dahulu.
  9. Bila kau putus cinta, tak payah gigih rasa hidup kau tak ada makna. Lagi 3-4 tahun kau akan rasa menyesal dan bersyukur dengan apa yang terjadi.
  10. Jangan takut untuk membuat kesilapan. Kesilapan membantu kau untuk menjadi seseorang yang lebih baik dari sebelum ini. Dengan syarat, kau belajar dari setiap kesilapan kau.
  11. Pakai apa sahaja yang kau nak pakai. At certain age, kau dah tak mampu nak pakai.
  12. Jangan buang duit untuk beli barang branded. Beli tiket kapal terbang. TRAVEL.
  13. Tak ada diploma or degree tak bermakna kau tak ada masa depan. 
  14. Ambil lesen memandu as soon as you can.
  15. Jangan berkawan dengan lelaki hanya kerana duit. Kau akan hilang maruah diri. Melainkan kau tak ada maruah diri dan tak perlukan lelaki untuk hormat kau.
  16. Macam mana pun kau marah dengan adik beradik ataupun parents, hanya mereka yang kau ada bila kau susah.
  17. Jangan percayakan kawan baik kau 100%. Sometimes your WORST enemy is your best friend. 
  18. If kawan kau tak mampu jaga hati kau, cakap ikut sedap mulut, banyak membawa impak negatif ke dalam hidup kau, WALK AWAY. Tak rugi apa pun.
  19. Belajar untuk survive being alone. Kau tak perlukan teman setiap masa. 
  20. Jaga badan dan kulit dari awal kerana semakin kau meningkat dewasa, semua tu akan berubah.
  21. Setiap perkara yang kita buat atas bumi ni kebanyakannya di atas keputusan diri kita sendiri. Choose wisely. Jangan salahkan takdir.
  22. Belajar untuk kurangkan masa bila bersiap (pakai make up, etc). 2 hours is too much.
  23. Jiwa muda selalunya akan banyak memberontak untuk buat apa yang disukai. Jangan terlalu ikutkan perasaan. At least, dengar nasihat parents dan fikirkan.
  24. Fikirkan parents setiap kali kau bercadang untuk buat sesuatu. Dari situ, kau mampu untuk menghalang diri kau sendiri dari buat perkara yang tak baik.
  25. Untuk fasih berbahasa inggeris, kau kena selalu dengar dan tengok orang bercakap bahasa inggeris (eg : songs, tv shows, movies), baca artikel dalam bahasa inggeris dan perlu selalu berkomunikasi di dalam bahasa inggeris.
  26. Kalau boleh, elakkan diri dari suka berhutang. Jika berhutang, note dalam buku dan pastikan kau bayar secepat yang mungkin.
  27. Kau tak perlukan kereta yang mahal. Kau hanya perlukan basic car untuk kegunaan harian. Jangan buang duit untuk bayar bulanan yang tinggi.
  28. If you’re different, be different. Kau tak perlu buat apa yang kawan kau buat. Kau adalah diri kau.
  29. Jadi orang yang independent. Mana pun kau pergi, kau mampu untuk survive.
  30. Kumpul duit dan gunakan untuk pergi travel.
  31. Jangan hanya berkawan dengan bangsa sendiri. Kau perlu ada kawan dari pelbagai bangsa dan agama.
  32. Jangan mudah tertipu dan percayakan lelaki 100%. At least ada sedikit keraguan about that guy. Siasat segala-galanya about him. Tahu siapa family dia, kerjaya dia, kawan-kawan, etc.
  33. Play with you hair. Often change your hairstyle. Don’t be afraid to cut it short too!
  34. Kadang-kadang kita hanya dengar perkara yang tak baik about someone dari mulut orang lain. Remember, don’t judge anyone selagi kau tak kenal orang tu personally.
  35. Kita as a woman PERLU tahu basic untuk fashion & beauty. WAJIB.
  36. Kau tak perlu berkawan dengan semua orang.
  37. Siapa pun boyfriend kau, jangan biarkan dia control your life. You are who you are. Do what you want to do. Life is too short to let other people control your life.
  38. Make sure kau ada lebih dari 1 akaun bank. Another 1 is for your saving account yang kau masukkan duit every month. Tak kisah la untuk travel ataupun for your future.
  39. Jangan share everything with your partner – untuk beli kereta ataupun rumah. Terutamanya when he is just your bf. You can’t trust anyone easily. Kalau boleh, tak perlu share pun. Kau beli je kereta dan rumah dengan duit kau sendiri.
  40. Akan sentiasa ada orang yang pandang rendah akan diri kau. Ingat, hanya diri kau yang tahu tahap kemampuan diri kau dan sejauh mana kau mampu pergi. Jangan give up.
  41. Kau tak perlu post segala-galanya di dalam social media. Bila bercakap about social media ni, i sendiri banyak buat silap. I wish i can turn back time. Haha.
  42. Setiap tahun pastikan kau ada achieve something. Plan it!
  43. Berapa sikit pun gaji yang kau dapat, pastikan kau ada bagi your parents.
  44. Jangan terjebak dengan MLM. This is so stupid which ramai kawan-kawan i sendiri terjebak. Desperate sangat nak jadi “kaya” sampai segala perkataan yang keluar macam otak letak di lutut.
  45. Kau tak perlu desperate untuk cari pasangan. Selagi kau single, enjoy your single life. It is fun! You’re doing it the wrong way if you feel it is not fun. 🙂
  46. Kau akan hilang sesiapa sahaja dalam hidup kau pada bila-bila masa. Be nice to people around you or you will regret later.
  47. Kita semua dilahirkan dengan satu kelebihan yang tak ada pada semua orang. Apa sahaja kelebihan yang kau ada, gunakannya sebaik yang mungkin.
  48. Jangan malas untuk membaca. Semakin banyak kau membaca, semakin luas pemikiran kau. Baca about almost everything. Yes, EVERYTHING.
  49. Jika kau berkawan dengan orang berlainan agama, jangan sesekali mulakan topik about religion.
  50. Jika kau marah, listen to music. Jika kau sedih, listen to music. Apa pun kau rasa, listen to music.
  51. Dunia moden ni, banyak perkenalan adalah melalui internet. Gunakan otak sebaik mungkin untuk berfikir. Kau bertanggungjawab ke atas keselamatan diri kau sendiri.
  52. Kadang-kadang kita rasa diri kita hebat dan tak hipokrit dengan memberikan pelbagai kritikan tentang orang lain. Tetapi sebenarnya dalam tak sedar, kita adalah di kalangan orang yang kejam yang merasakan diri kita bagus dari orang lain. Don’t be this kind of person.
  53. If you cheat on someone, you don’t love that person. Begitu juga if he cheat on you. So, move on. Find someone else.
  54. Avoid sharing all your secret with your best friend. Some secret are only for yourself to keep.
  55. Last but not least, enjoy your young age. You can never turn back time.

 

qitem.jpg

 

 

 

 

 

error: Content is protected !!