Greece Part I : Info Dan Panduan Melancong Ke Greece

Hello guys! Finally I ada masa untuk update my blog. Alhamdulillah, I dah selamat berada di Malaysia dan I bersyukur semuanya berjalan dengan lancar walaupun percutian I ni sebenarnya percutian kali pertama i bergerak solo ke salah satu negara di Eropah. Sebelum I ke Greece, terus terang i cakap perasaan nervous tu memang tak dapat nak elak. Macam-macam I fikir dan salah satunya adalah tempoh transit I selama 40 minit di Istanbul. I takut sesat tak jumpa gate. Ceh, banyak sangat fikir padahal bukan main senang nak ikut signboard di Istanbul airport. Cuma masa security check, security minta I patah balik untuk buka kasut. Cuak I sebab orang lain tak kena buka kasut pun! Dah la I tengah kejar my connecting flight. Nasib baik la I ni bila berjalan pun dah macam berlari. Jauh gila gate! Habis terbakar segala lemak dalam badan. Sedih tak sempat nak tengok kiri kanan kot-kot ada pemilik tulang rusuk I ni..sob..sob..


Host Dan Itinerary.

Actually, walaupun I bergerak solo dari Malaysia, I ada host I sendiri di Greece. Dia yang banyak tolong I untuk mudahkan lagi percutian I di Greece. I feel thankful for that. Pada i, Greece ni adalah negara yang sangat menarik. Serious i rasa macam tak nak balik Malaysia *dasar lupa daratan*. Mati la nak! setiap kali pergi negara luar, setiap kali tu la i tak nak balik. Haha. Ni pun i tak boleh nak move on lagi. Rindu gila. 

Btw, apa yang paling menarik mengenai Greece ni sebenarnya adalah pulau-pulau yang ada di sana. Awesome possum! I sendiri masa buat 3 weeks itinerary, I susah nak buat keputusan mana nak pergi. Tapi of course, Santorini dari awal dah jadi pilihan hati. Sapa tak nak pergi Santorini kan!? Member banyak suggest pergi Zakynthos since ramai yang dah jatuh cinta dengan drama korea Descendants Of The Sun. Unfortunately, Zakynthos bukan terletak di dalam perairan yang sama dengan Santorini. Boleh rujuk sini. Makanya, I pilih diantara pulau yang berada di dalam perairan yang sama dengan Santorini. Pilihan I adalah Milos Island. Kenapa I pilih Milos Island? Nanti I cerita di next post I mengenai Milos Island.


Berapa Cost Untuk Ke Greece?

Bagi cost percutian ke Greece, ramai orang tanya I, mahal tak?, berapa cost nak pergi Greece? berapa harga tiket flight? berapa harga ini dan itu. Jadi…today, I sangat baik hati nak share dengan semua. *Okay, You’re welcome!* 

 Fyi, mata wang yang digunakan di Greece adalah Euro. One Euro lebih kurang bersamaan 5 Ringgit Malaysia (1 Euro = 5 kali ganda ringgit malaysia). Make sure you faham mata wang Euro sebelum you purchase anything. I siap kena tipu sebab i masih confused guna Euro. Maklum la, i ni lambat sikit nak faham. Nasib baik la kawan i dapatkan balik duit i.

I beli tiket kapal terbang ke Greece melalui skyscanner pada bulan Jun 2016. Tiket paling murah I pernah tengok dalam skyscanner adalah RM1800.00 with Royal Jordanian Airlines. Masa tu bulan Mac 2016. Disebabkan bulan tu duit I tak berapa nak cukup atas sebab urusan peribadi yang tak dapat dielakkan, I hanya mampu berharap promosi tu dapat tunggu I. Tapi apakan daya. Haha. Bila masuk bulan Jun, I nekad untuk terus beli tiket dan airlines yang menawarkan harga paling rendah adalah Turkish Airlines. So, jangan la tanya I kenapa tak naik Emirates, Etihad atau Qatar. Orang macam I ni hanya mampu pilih mengikut harga dan juga promosi. Hehe. But seriously, Turkish Airlines pun not bad what!

Turkish Airlines – RM2,793.05 (termasuk insurans)


Kemudahan Tempat Tinggal Di Greece.

Tempat-tempat yang I pilih untuk pergi sepanjang tempoh 3 minggu I berada di Greece adalah Athens, Santorini dan juga Milos. Ini bermakna I memerlukan kemudahan tempat tinggal di setiap tempat ni. I masih ingat lagi kawan I – seorang solo traveller, pernah bagi tips : “Untuk jimat duit, pergi ke tempat yang kita dah ada kawan tinggal di sana. Bukan setakat jimat, tapi lebih selamat. So, make friends with other travelers.” I praktikkan what he said. Nasib baik la i ni pun jenis suka berkawan dengan orang luar. Nak travel senang.

Athens (Chaidari) : Rumah Kawan

Santorini (Fira Town) – Kykladonisia Hotel : 74 Euros/night

Milos (Adamas) – Christina Rooms : 42 Euros/night 


Kemudahan Pengangkutan Sepanjang Di Greece.

  • Athens.

  Untuk transportation di Greece, public transport sangat senang. Sepanjang I di Athens, I hanya bergerak dengan menggunakan metro (subway) dan bas. Tiket boleh di beli secara online dengan menggunakan app ‘tfa tickets’ atau boleh beli sendiri di kaunter metro station. Harga tiket 1.40 Euros dan you boleh naik apa sahaja public transport (metro, bas, train, tram) atau boleh combine semua mengikut keperluan dalam masa 90 minit. Contoh if you dah beli tiket untuk naik bas dan lepas tu perlu naik train, you tak perlu beli tiket lain as long tempoh tiket yang you beli tu kurang dari 90 minit.

  • Santorini.

  Untuk ke Santorini, boleh pilih sama ada nak naik ferri, speed boat ataupun flight. Naik flight cepat sikit sampai tapi for the 1st timer, I suggest naik ferri sebab ferri akan berhenti di beberapa buah pulau dan you boleh ambil kesempatan untuk tengok sendiri betapa cantiknya pulau-pulau di Greece ni. Lagipun ferri dia dah macam cruise. Boleh shopping bagai, ada restaurant dan toilet pun tip top. Memang selesa. Cuma tempoh untuk sampai ke Santorini dengan ferri akan mengambil masa selama 7 jam. Setengah hari you memang habis di dalam ferri je. 

  Sepanjang di Santorini, I hanya memilih untuk menaiki bas. I tak sewa apa-apa kenderaan. Apa yang best tentang bas di Santorini, kekerapan ulang-alik sangat tinggi. Bas sentiasa ada. Jadi, untuk yang ada plan nak ke Santorini, sewa kenderaan pada i bukan kepentingan if you bukan pergi dengan family. Naik je bas. Semua tempat boleh pergi dengan bas. Jimat duit. Bas siap ada cctv lagi tau! 

Tiket Ferri ( Blue Star Delos ) : 32 Euros 

Website : Blue Star Ferries

  • Milos Island.

  Bagi yang memilih Milos sebagai destinasi terakhir, dari Santorini ke Milos akan mengambil masa selama 3 jam dengan menaiki speed boat dan hanya ada 2 speed boat sahaja yang akan bawa ke Milos. Book speed boat awal-awal secara online. Link i ada share di bawah.

  Fyi, Milos Island tak macam Santorini. Bas di sini tak bawa pergi ke semua tempat. Jadi I suggest untuk sewa ATV sebab banyak tempat menarik di Milos yang wajib kena explore.

Speed Boat (Seajets) : 52.90 Euros 

Website : Seajets

  Harga speed boat untuk pulang ke Athens dari Milos lebih kurang sama dengan harga kapal terbang. I pilih kapal terbang sebab perjalanan hanya mengambil masa selama 45 minit. Hanya ada 1 airline sahaja dari Milos island ke Athens iaitu Olympic Air. *Booked tiket awal-awal*

Milos – Athens (Olympic Air) : 61.30 Euros 

Website : Olympic Air

Untuk check schedule ferri dan speed boat – *buat perbandingan harga juga* boleh rujuk website ni :

Go-ferry.com

Ferries.gr

Greeka.com

Gambar-gambar yang I sempat ambil when my ferry berhenti di pulau Naxos, Ios, dan Paros.

 

 

Selain itu, bagi yang berniat untuk menyewa kereta, boleh tengok website di bawah sebab setakat ni I rasa website ni yang menawarkan harga yang paling rendah :

Arguscarhire.com


Travel Insurance.

As a traveller, insurance sangat penting. Nak tak nak, memang kena spend some money untuk ambil insurance sebab I tak nak susahkan family I if ada apa-apa jadi dekat I masa I travel. Sebelum ni i ambil dengan AIG tapi untuk ke Greece i tukar ambil dengan AXA Travel Insurance.

AXA Smart Traveller VIP : RM150.00


Makanan Di Greece.

Dari segi makanan, secara terus terangnya memang susah nak jumpa tempat makanan yang halal. Most of restaurant atau kedai makan, serve pork. Untuk yang muslim, jalan penyelesaiannya adalah dengan masak sendiri ataupun makan roti dan biskut hari-hari. Sila bawa bekalan megi yer. Hehe. Macam I ni bila dah pergi ke sana, daripada I tak pandai makan salad, I dah jadi pandai sebab hari-hari ngadap salad. Fyi juga, orang Greece makan dengan garfu. Pergi restaurant pun diorang hanya akan bagi garfu walaupun you makan nasi.

**p/s :  Kalau pergi Greece jangan lupa untuk try Crepe, sedap!

 


Cost Keseluruhan.

Cost percutian I ke Greece selama 3 minggu termasuk flight tix + ferri + speed boat + hotel + insurance + meals + souvenir + public transports + taxi) berjumlah hampir RM8000.00. *Balik malaysia makan meggi*. Haha. Cash yang I bawa dengan I ke Greece adalah 650 Euro. Cost i tak macam backpacker (Since i tak consider myself as a backpacker, more to independent budget traveller). For a backpacker I rasa cost boleh lagi rendah. Tapi awal-awal I cakap, if you tak banyak bergerak, hanya pergi ke satu tempat, you boleh jimat. If you bergerak dari satu tempat ke tempat lain macam I, you kena bawa lebih sikit duit terutama kalau you ada plan untuk pergi ke Island.

  And last but not least, berdasarkan pengalaman I yang dah pergi ke Greece ni (termasuk suggestion dari orang Greece sendiri), If you pergi ke Santorini, jangan pergi lebih dari 3 hari. Tak ada apa yang menarik selain dari bangunan dan pemandangan yang cantik. Sila plan untuk pergi ke pulau lain selepas ke Santorini. Kalau tak, rugi sebab Greece banyak pulau yang cantik. For my next post, I akan cerita lebih details mengenai Athens, Santorini & Milos. If ada apa-apa pertanyaan boleh tinggalkan komen di bawah or you boleh terus contact I melalui email.

Continue here : 

Greece Part II : Apa Nak Pack, Mana Nak Stay, Info & Tips Bila Berada Di Athens. 

Greece Part III : A Trip To Santorini, Travel Tips & Reviews.

Greece Part IV : A Quick Travel Guide To Milos Island.

4 thoughts on “Greece Part I : Info Dan Panduan Melancong Ke Greece

  1. Insyaallah, tahun depan your turn pulak.. 😉 Santorini cantik, sekali seumur hidup kena pi tengok.. btw, thank you! 🙂

Comments are closed.

error: Content is protected !!