Greek Recipes : Reddish Beef / Beef In Tomato Sauce

Resepi ni adalah satu-satunya resepi Greek yang i belajar semasa i berada di Greece. Memang sedap. Kali pertama rasa i dah jatuh cinta! Sebab tu i belajar. So today i nak share dengan semua cara-cara untuk memasak salah satu makanan Greek yang menjadi kegemaran i ni. 

Bahan – Bahan :

Daging Lembu (tanpa tulang)
1 Biji Bawang Besar Holland
1 Ulas Bawang Putih
1 Batang Kulit Kayu Manis 
1 Tin Tomato Puree
1/2 Cawan Olive Oil
4 biji Pimento Seeds
3-4 Cawan Air

Garam
Serbuk Lada Hitam

Cara Memasak :

1) Kisar bawang besar holland bersama-sama dengan bawang putih.

2) Panaskan 1/2 cawan olive oil di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau. 

img_20160904_123131

3) Setelah itu, masukkan daging lembu. Balik-balikkan daging sehingga keseluruhan daging bewarna keemasan.

img_20160904_123617

4) Diikuti dengan memasukkan 3-4 cawan air (sehingga menutup keseluruhan daging), kulit kayu manis dan 4 biji pimento seeds. Kacau dan biarkan sehingga mendidih.

img_20160904_124013

5) Kemudian masukkan 1/2 tin tomato puree. 

img_20160904_124016

5) Letak sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati.

img_20160904_124248

6) Perlahankan api dan masak selama 2-3 jam sehingga daging lembut dan sos menjadi pekat.

img_20160904_153246

7) Hidangkan bersama-sama nasi ataupun spagetti. Selamat mencuba!

img_20160904_154004

Scroll Up