Creative Budget Doorgift : Gula-Gula Cawan Cupcake

Majlis perkahwinan dan doorgift memang tak dapat dipisahkan. Macam dah jadi satu trend setiap kali majlis perkahwinan, pelbagai cenderahati atau doorgift perkahwinan diberikan kepada para tetamu. Pemberian doorgift ini sebenarnya terpulang kepada budget dan idea masing-masing. Tak macam dulu, tetamu hanya diberikan bunga telur atau telur rebus, tetapi kini, idea menjadi lebih kreatif, unik dan menarik. Baru-baru ni, keluarga i baru sahaja selesai mengadakan majlis perkahwinan bagi adik lelaki sulung, Faiz Mahmud bersama pasangan, Syuhada Aziz. I mengambil tanggungjawab sepenuhnya untuk menyediakan doorgift bagi para tetamu. I memilih untuk menjadikan uncang teh dan gula-gula sebagai doorgift. Gula-gula as a doorgift ni selalunya di berikan kepada anak-anak kecil yang turut sama hadir ke majlis perkahwinan – (Actually boleh je untuk tetamu yang lain, depends on your creativity).

Ini adalah rupa doorgift gula-gula cawan cupcake :

 

 

Untuk buat doorgift gula-gula macam ni, apa yang u perlukan adalah :

  • Cawan cupcake berbentuk segi empat
  • Plastik pembalut
  • Gunting
  • Transparent tape / Pita Pelekat
  • Reben
  • Wedding Tag

 

Nota :

1) Cara-cara nak buat i rasa melalui gambar sahaja u’olls dah tau macam mana nak buat kan? 🙂
2) Wedding tag boleh buat sendiri ataupun jika berminat boleh tempah dengan i. Boleh contact i melalui email ataupun my social media. Rujuk page “contact“.
3) Plastik pembalut = Pembalut buku.
4) Jangan beli cawan cupcake bulat. Beli segi empat okay? Senang untuk dibalut. Balut je macam balut hadiah.
5) Nak senang lagi, tempah dengan i. Boleh email i for quotation. Sebab i tau bukan semua orang rajin nak buat. Hehe. Ok bye. 

 

 

 

Scroll Up