Solo Travel 2017 : Panduan Percutian Ke Bali, Indonesia (Part I)

Bali is one of the most touristed islands on earth. It has always been on my list of places to visit. Alhamdulillah, on February 2017 i finally managed to take a trip there as my first 2017 solo trip. Tapi trip i kali ni tak lama, only for 5 days and 4 nights (24th – 28th February 2017). It was a great trip though! So many good things happened to me while i was in Bali and i really had a wonderful time there. Since i pun dah berada di Malaysia, i tak sabar nak share about my trip and give some travel tips & guide to those yang merancang untuk ke Bali. 

Flight Ticket.

I beli my flight ticket 2 bulan sebelum tarikh i ke Bali. Tarikh i pergi ke Bali ni based on harga ticket yang paling murah i boleh dapat. So, kalau nak pergi ke mana-mana, freekan masa you ikut tarikh ticket. Bukan tarikh kemahuan you. Harga flight ticket i RM372.08 (termasuk airport tax). Sebut mengenai airport tax ni, kalau ada terbaca blog yang mentioned kena bayar airport tax di Denpasar Airport sebelum ke imigresen, abaikan. Untuk pengetahuan, since Disember 2015 sebenarnya dah tak perlu beratur panjang untuk bayar airport tax ni. Semua airlines kena masukkan airport tax dalam harga ticket. 


Choose your base carefully.

Sepanjang di Bali, i booked hotel yang terletak di Legian. Why i pilih Legian? Sebab Legian terletak di tengah-tengah di antara Kuta dan Seminyak. Other reason adalah Legian memang penuh dengan tourist dan kedai pun bersepah-sepah kiri kanan. I rasa selamat staying here terutama bila i berjalan sorang-sorang. Night club pun banyak located in Legian. Personally to me, if you travel solo ke Bali, Kuta and Legian are the perfect spot for you to stay. Boleh rujuk sini – First time to Bali : Where should i stay?

So, sebelum pergi, buat research. Find your perfect spot. Jangan nanti, dah booked hotel, bila sampai sana, complain. Cakap hotel jauh lah, dalam hutan lah, tak selamat lah. Salah diri sendiri tak buat research, lepas tu nak salahkan hotel. ceit.

I selalu tengok google street sebelum i travel ke sesuatu tempat. Contohnya sebelum i book hotel, i akan tengok dulu my hotel punya location. Kawasan sekeliling hotel macam mana :


Transportation.

Untuk pergi dari satu tempat ke satu tempat di Bali ni you kena pilih samaada sewa kereta ataupun motosikal. Untuk kemudahan juga, install app Go-Jek. If terfikir untuk berjalan-jalan di sekitar bali dengan hanya menaiki bas, sebenarnya agak mustahil if bukan pergi dengan travel agent. Tapi dari segi sewa kenderaan, di Bali ni sangat mudah nak dapat. Uber dan Grabcar pun ada di Bali tapi tak semua kawasan diorang boleh masuk. Untuk taxi dari airport ke hotel, boleh rujuk sini – Bali airport guide.


Tourist Guide / Supir.

Disebabkan i travel solo dan malas nak fikir banyak, i booked supir sebulan sebelum i pergi ke Bali. I booked untuk airport transfer dan 2 days full day trip. Seminggu sebelum my flight, supir i message for confirmation. Tak perlu bayar deposit pun. Bila dah sampai sana baru bayar. Supir i tunggu depan arrival hall. 

Oh..kalau nak tahu dengan supir mana i booked – (Yela.. supir di Bali ni banyak kan), i booked dengan Pak Yanto. Pak Yanto ni memang agak dikenali oleh pelancong dari Malaysia. If nak ke Bali, i sangat recommend untuk book dengan Pak Yanto ni.

 

Me & Fatah

Sepanjang full day trip i, Supir yang bawa i namanya Fatah. Sangat friendly orangnya. Dah macam kawan yang i lama kenal. Katanya bila dia disuruh untuk jadi supir i, terasa macam beratnya tugas dia bila dapat tahu i travel seorang sebab selalunya dia bawa family ataupun couple. Haha. Lagi satu, percaya atau tak, Fatah ni la yang jadi my photographer. Kebanyakan gambar-gambar i di Bali, dia la yang tolong ambilkan. I sangat comfortable with him sepanjang dia jadi my supir. Keselamatan i pun dijaganya.

Jadi, for those yang nak travel solo ke Bali, boleh la booked dengan Pak Yanto. Request untuk Fatah jadi supir. Tapi jangan lupa bila jumpa Fatah di Bali, cakap “Hani yang recommend!” okay?

Pak Yanto contact no : +62 817 556 488
To know more about him, read my new post here –
Bali Trip 2018 : Panduan Percutian ke Bali, Indonesia. 


Food and Drink.

I pernah terbaca di dalam blog susah nak cari makanan halal di Bali. Actually senang je. Kalau tak sure, tanya local. Cari tempat makan Nasi Padang. I juga diberitahu oleh supir i bahawa fast food (KFC & McD) di Bali adalah Halal. Tapi, I ni jenis mana pun i pergi, I memang tak suka spend money on foods. For Breakfast memang i booked hotel yang include sekali dengan breakfast.

Breakfast at Tanaya Bed & Breakfast Hotel

For lunch and dinner i makan Nasi Padang. Nasi padang to me is insanely cheap. Paling mahal i spent on foods pun masa i makan buffet di restaurant di Kintamani dengan harga 170,000.00 IDR (RM56.80). Untuk minuman pula, I ada minum air kelapa – 1st di Turtle Island – 30,000.00 IDR (RM10.05) dan 2nd di Legian Beach – 25,000.00 IDR (RM8.40). While i was waiting for sunset di Double Six Beach, Seminyak, i ordered Orange juice which cost 40,000.00 IDR (RM13.40).  Yang lain-lain tu i survived beli makanan di Mini Market such as instant noodles, oreo & fruits. 


What To Pack.

Cuaca di Bali ni lebih kurang macam Malaysia je. Panas. Sunglasses is a must. Sweatshirt, jacket semua tu tinggal je kat rumah. Jangan lupa bawa slipper untuk dipakai bila ke pantai. Yang lain-lain tu apa nak bawa, boleh tanya diri sendiri apa yang perlu. Janji jangan overpack. Oh! jangan lupa bawa pen juga. Nanti dalam flight nak kena isi borang custom.

Since Airasia ni ada peraturan baru which is hiking backpack tak boleh bawa masuk flight as a carry on, jangan panik. Backpack i (Karrimor Rucksack 45 + 10L) lepas je. As long you ikut peraturan berat kurang dari 7kg, tak ada masalah.


Shopping In Bali.

My supir awal-awal dah ingatkan i jangan shopping sembarangan di Bali. Kedai-kedai di Bali suka trick tourist and asked to pay more than the actual price. Lagi satu, jangan tanya harga ataupun tawar menawar kalau tak ada niat nak beli. Kena marah nanti. Maknanya, once you dah tanya harga, wajib la beli. Di Bali tak sama macam Malaysia. Untuk shopping souvenir, supir i bawa ke Agung Bali, Kuta. Macam-macam souvenir ada and harga pun murah. 


Safety

I felt very safe throughout the trip. If nak travel solo especially for the first timer, Bali is a perfect place for you to go. Balinese people are incredibly nice too (based on my own experienced). 

If nak pergi ke mana-mana, make sure tak bawa semua duit yang you ada. Katakan kalau nasib you tak baik, kena rompak ke apa, at least you ada duit lain. Sama juga dengan kunci atau kad hotel, boleh tinggal di reception counter.  

Macam supir i cakap, kejadian ragut ataupun rompak di Bali tak banyak. Ada kes tapi tak tinggi. Cuma orang di Bali terutama penjual-penjual ni suka trick tourist and they are good at it. So, kena berhati-hati. 


More About Bali.

Read more here : Solo Travel 2017 : Panduan Percutian Ke Bali, Indonesia (Part II)

Latest post here : Bali Trip 2018  : Panduan Percutian Ke Bali, Indonesia. 


Travel Cost 

Flight Tix : RM372.08
Travel Insurance : RM35.00
Hotel : 2 Days at Tanaya Bed & Breakfast (RM158.00), 1 Day at Vilarisi Hotel (RM56.00), 1 Day at Serela Legian Hotel (RM77.59)
Full Day Trip : 800,000.00 IDR for 2 days (RM266.20)
Airport Transfer : 100,000.00/transfer x 2 = 200,000.00 IDR (RM66.64)
Barong Dance : 100,000.00 IDR (RM33.32)
Boat Transfer to Pulau Penyu : 430,000.00 IDR (RM143.09)
Souvenir : 50,000.00 IDR (RM16.65)
Monkey Forest : 40,000.00 IDR (RM13.31)
Pandawa Beach : 8,000.00 IDR (RM2.66)
Padang-Padang Beach : 5,000.00 IDR (RM1.66)
Dreamland Beach
: 10,000.00 IDR (RM3.33)
Uluwatu Temple : 40,000.00 IDR (RM13.31)
Kintamani Entrance : 16,000.00 IDR Including Car Park (RM5.32)
Batur Sari Restaurant : 170,000.00 IDR (RM56.64)
Nasi Padang Lunch for 2 : 96,000.00 IDR (RM32.00)
Nasi Padang Dinner for 1 : 25,000.00 IDR (RM8.30)
2 Instant Noodles : 12,000.00 IDR (RM4.00)
2 Mineral water : 10,000.00 IDR (RM3.33)
2 Coconut drinks : 55,000.00 IDR (RM18.33)
Orange Juice Double Six Beach : 40,000.00 IDR (RM13.31)
Others : 686,342.37 IDR (RM228.60)

 

 

error: Content is protected !!