4 Tempat Menarik Di Ipoh Yang Boleh Dilawati Pada Hujung Minggu

Hello guys! Okay, semalam i dah share mengenai Taman Tema Sunway Lost World Of Tambun. Amacam? Best kan! Today i nak share mengenai bandaraya Ipoh pula. Bagi yang belum pernah datang ke sini, Ipoh ni actually banyak tempat-tempat menarik yang boleh dilawati. Antara tempat-tempat yang popular di Ipoh yang menjadi tarikan buat masa ini adalah Ipoh street art
dan kafe-kafe hipster. If datang ke Ipoh pada hujung minggu, tak banyak tempat yang you boleh pergi sebenarnya terutama if you dari negeri lain. Ye la, hujung minggu kan terhad. Ada sabtu dan ahad je. Tapi, since i pun berasal dari Ipoh, i akan suggest untuk you pergi ke 4 tempat menarik di Ipoh ni : 


1. Taman Rekreasi Gunung Lang, Ipoh. 

 

This place is best for nature lovers. Ada monyet, ikan, rusa, burung unta. Taman rekreasi ni sangat luas dan parking pun ada disediakan tanpa bayaran. Untuk cross the lake you boleh beli tiket dengan harga yang sangat murah RM3.00 (dewasa) dan RM1.50 (kanak-kanak & seniors). Scenery di sini sangat cantik untuk bergambar. Sebab tu banyak gambar-gambar perkahwinan pasangan di Ipoh diambil di sini. 


2. Gua Kek Look Tong, Ipoh.

 

Best for nature lovers too. Walaupun Gua Kek Look Tong ni adalah Buddha Cave Temple, ia dibuka untuk dilawati oleh pelawat-pelawat dari luar. Untuk pengetahuan, Kek Look Tong ni bermakna “Cave of great happiness”. Kalau datang ke sini boleh terasa happy gitu. Hehe. Apa yang ada kat sini? okay, actually dalam gua ni ada huge buddha sculptures dan taman with reflexology footpath. Seperti temple lain, tempat ni juga dipenuhi oleh monyet-monyet liar. Di sini juga mempunyai kolam yang dipenuhi oleh kura-kura. Pada i this cave has one of the best scenic caves in Ipoh. Nak masuk sini adalah free. Parking juga ada disediakan tanpa bayaran.


3. Funtasy House | Trick Art, Ipoh.

Funtasy House ni dibuka pada tahun 2016 tak silap. If datang ke Ipoh, wajib ke sini. Tiket nak masuk RM15.00 (dewasa) dan RM10.00 (kanak-kanak, students & seniors). Without mykad RM19.00. Dibuka pada setiap hari termasuk public holidays. Funtasy House ni tak besar tapi untuk bergambar memang seronok terutama jika datang dengan kawan-kawan atau family. Di sini juga ada sediakan photographer. Boleh beli terus gambar you sebelum balik. Staff di sini juga friendly. If you minta tolong untuk tangkapkan gambar with your phone, they will help you.

Nak tahu lebih lanjut boleh klik sini : Funtasy House | Trick Art, Ipoh.


4. Kellie’s Castle.

 

Kellie’s Castle ni bukan terletak di bandaraya Ipoh. Ia terletak di Batu Gajah, Perak. Tapi tak jauh pun dari Ipoh sebenarnya. Sebab tu Kellie’s Castle ni adalah salah satu tempat tarikan pelancong yang datang bercuti ke Ipoh. Untuk parking kereta dikenakan RM2.00. Manakala tiket untuk masuk ke Kellie’s Castle pula berharga RM5.00 (dewasa) dan RM4.00 (kanak-kanak). Kalau nak datang ke sini, i nasihatkan jangan datang pada waktu tengahari. Haha. Panas ya amat. Datang waktu petang. Untuk pengetahuan, Kellie’s Castle ni adalah bangunan bersejarah. Kalau nak tahu lebih lanjut sejarah bangunan ni, boleh rujuk sini : Kellie’s Castle.

 

 

Scroll Up