Panduan Ringkas Percutian Ke Pulau Langkawi.

Hello guys! Hari ni i nak throwback sikit mengenai percutian i ke Pulau Langkawi. Percutian i ke sini sebenarnya adalah di atas permintaan teman lelaki i yang datang bercuti ke Malaysia. Kenapa Pulau Langkawi? bukan Pulau Perhentian, Pulau Redang atau Pulau Tioman? Okay, for those yang masih tak tahu, Pulau Langkawi adalah pulau yang terbesar di Malaysia. Ini bermakna, selain daripada aktiviti di pantai, banyak lagi aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini. Disebabkan itulah we both agreed untuk pergi bercuti ke Pulau Langkawi. Btw, i pernah ke sini 3 tahun lepas tetapi disebabkan percutian i pada masa itu adalah singkat, banyak tempat-tempat menarik di Pulau Langkawi ni i tak dapat nak pergi. Untuk 2nd time ni, Alhamdulillah. I berpeluang untuk berjalan-jalan di Pulau Langkawi dengan sepuas-puasnya. It was a very good trip, indeed! (walaupun i dapat saman parking). Haha. 

Okay, berbalik kepada tajuk, selain daripada throwback percutian i ni, i actually nak kongsikan sedikit panduan bagi sesiapa yang belum pernah datang bercuti ke sini. 


Cara ke Pulau Langkawi. 

 

 

Nak ke sini ada 2 cara, samaada dengan feri ataupun kapal terbang. If you pilih untuk naik feri, you kena naik dari jeti Kuala Kedah atau jeti Kuala Perlis. Kalau dari Penang kena melalui Pulau Payar. Harga tiket feri boleh rujuk sini – Harga Tiket Feri Ke Pulau Langkawi. If naik kapal terbang, boleh melalui KLIA (MAS/Malindo), KLIA2 (Airasia) atau Subang Airport (Malindo/Firefly). Masa i pergi ni, i beli flight ticket dengan Malaysia Airlines (MAS). 

Return Ticket (MAS)
KUL – LGK / LGK – KUL 

RM330.65 / 2 Person *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM359.40


Lokasi Paling Best Untuk Stay Di Pulau Langkawi.

 

 

To me personally, Cenang adalah tempat paling best untuk stay. Banyak kedai makan dan souvenir shop, senang nak cari tour guide, dekat dengan beach, budget hotel pun bersepah. Pendek kata, kalau nak ke Pulau Langkawi, book je hotel yang terletak di Cenang. If you nak stay near to the beach, atau keluar je bilik nampak beach, i suggest untuk book resort di Malibest Resort, Mali-Mali Beach Resort atau Sandy Beach Resort. Tapi if you ni orang “have have”, boleh la book dengan Meritus Pelangi Beach Resort & Spa atau Casa Del Mar Langkawi. Macam i ni, setakat mampu booked di Mali-Mali Beach Resort je. Hehe. I booked 2 hotel actually. Sebelum i ke Mali-Mali Beach Resort, i stayed di Landcons Hotel, Cenang. I highly recommend this hotel. Bilik dia, perghhhh. Selesa gila! Jauh lebih bagus dari apa yang i imagined. 

Both hotel i booked dengan Traveloka. 

Mali-Mali Beach Resort :
Chris  RM120.00 / night (Standard Room)
Hani – RM85.00 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM120.00

Landcons Hotel :
Chris –  RM125.04 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM178.62
Hani – RM122.27 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM163.02


Kereta Sewa Di Pulau Langkawi.

Datang ke Pulau Langkawi ni kalau tak sewa kereta atau motor memang tak boleh nak gerak. Public Transportation yang ada cuma teksi. I booked kereta sewa 2 sehari sebelum i ke Pulau Langkawi. Deposit kena bank in RM50.00. Kereta yang paling murah adalah Viva Manual. RM100 untuk 48 jam for Normal Season. Kalau Peak Season lagi mahal. I booked dengan Bang Cik Car Rental. Booking dengan diorang ni sangat mudah. Customer service pun bagus. I dapat kereta Axia Auto instead of Viva Manual. Katanya harga sama.

Bang Cik Car Rental :
Contact No : +6013-3508430 (Whatsapp)
Website : BCR Langkawi Holiday 


Tempat Makan Yang Best Di Pulau Langkawi. 

Since we both are foodie, mana pun kitorang pergi, mesti akan cari tempat makan yang best. He gained his weight too masa kat Malaysia! Haish. Boleh gemuk kalau duduk lama-lama kat Malaysia. His favourite Malaysian food adalah Laksa. Sepanjang di Pulau Langkawi, Gerai Makan Laksa Ikan Sekoq adalah gerai favourite dia. Kalau ke Pulau Langkawi tak singgah makan sini, memang rugi! Pasembur kat sini pun sedap. I yang tak berapa minat Pasembur pun terus jadi minat. Gerai ni terletak di Jalan Kuala Muda, betul-betul depan pantai.

 

2nd restaurant ni adalah restaurant favourite i. Nama restaurant ni Janggus Cenang Seafood Restaurant. Ikan Bawal Stim Limau kat sini sedap gila. Sampai harini teringat-ingat. Restaurant ni terletak di Cenang. I sangat recommend makan malam di restaurant ni. 

 

 

3rd restaurant adalah Shin Mi Seafood Restaurant. We both suka gila restaurant ni. Siap minta nasi tambah tau! Haha. We had our lunch here and ordered mixed veges, sotong masak cili kering dan lala goreng. I tak ingat mana satu masakan special Shin Mi. Samaada sotong ataupun lala. Tapi semua masakan SEDAP GILA! Harga?, tak payah tanya. Haha. Mahal tapi berbaloi dan sangat puas hati. Restaurant ni terletak di Kampung Ara.

 


Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Langkawi. 

Di Pulau Langkawi ni memang banyak tempat yang boleh dilawati. Apatah lagi aktiviti. Dari darat sampai ke air. Nak dengan tak nak je. Paling popular dan adalah satu kemestian bila datang ke Pulau Langkawi ni adalah naik cable car. Pakej paling murah adalah Basic Combo iaitu termasuk tiket untuk masuk ke SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi. Harga RM40.00. Skyrex dan 3D Art Langkawi adalah tempat yang wajib masuk. SkyDome tak masuk pun tak apa. Hehe.

If ke Pulau Langkawi, tempat-tempat ni you jangan skip : 

1) SkyCab.
2) 3D Art Langkawi.
3) SkyRex.
4) SkyBridge.
5) Tanjung Rhu.
6) Pantai Cenang.

7) Island Hopping (Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Dayang Bunting).
8) Eagle Square, Kuah.
9) Underwaterworld Langkawi.

 

 

Tiket untuk Skybridge tak termasuk di dalam pakej. Jadi, bila sampai ke SkyBridge, kena beli tiket lain di kaunter. Boleh pilih samada nak ke SkyBridge dengan berjalan kaki atau naik SkyGlide. Terus-terang, i menyesal gila tak pilih SkyGlide. Penat nak mampus berjalan kaki naik tangga! Haha. 

Island Hopping is a must things to do if you datang ke Pulau Langkawi. I recommend untuk book ticket di Travelog.Com. Harga di sini jauh lebih rendah and yes, it is LEGIT! Harga asal untuk shared boat adalah RM35.00/person tetapi di Travelog.Com hanya RM30.00/person. Customer service pun bagus. Staff Travelog akan message untuk arrange pick up point.

If nak beli tiket online bagi pakej SkyCab atau nak semak harga boleh rujuk di sini : Panoramalangkawi.com

Ohh…lagi satu i lupa nak mention. Pulau Langkawi ni adalah pulau bebas cukai. Barang yang paling popular orang shopping di sini adalah coklat. Jadi, kalau datang ke Pulau Langkawi, sila beli coklat banyak-banyak ye! Jangan lupa hantar dekat i juga. Hehe. 

Okay guys! itu sahaja i nak share. Until then..

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up