Perbezaan 3 Ladang Teh Di Cameron Highlands

Hye guys! Recently i berkesempatan untuk bercuti selama 3 hari 2 malam ke Cameron Highlands. As a nature lover, i truly love this place. I can see green everywhere! Memang seronok dan setakat ini i tak pernah bosan datang ke sini walaupun sebenarnya ini adalah percutian i ke sini buat kali ke-3. Everything about this place sangat berbeza jika nak dibandingkan dengan tempat-tempat percutian lain di Malaysia. 

Anyway, Cameron Highlands adalah destinasi percutian tanah tinggi yang sangat popular di Malaysia yang turut menjadi tumpuan pelancong dari luar. I percaya ramai orang Malaysia pernah datang bercuti ke sini terutama yang tinggal di Semenanjung Malaysia. Ye tak? Bukan apa, rasa macam tak lengkap ciri-ciri orang Malaysia kalau tak pernah datang bercuti ke sini, kan?!

Bila bercakap mengenai Cameron Highlands, actually dah banyak orang share mengenai tips dan panduan bercuti ke sini. Kalau google pun, memang bersepah boleh jumpa di internet. Oleh sebab itu today i tak nak share mengenai tips mahupun panduan bercuti ke sini. I nak fokus on ladang-ladang teh di Cameron Highlands kerana di sini mempunyai lebih dari satu ladang teh yang mampu mengelirukan para pengunjung. I sendiri pun pernah keliru dengan ladang-ladang teh di sini sebenarnya. Disebabkan itulah, i meluangkan sedikit masa untuk menulis post ini dengan harapan dapat membantu orang lain membezakan 3 ladang teh yang sering menjadi tumpuan pengunjung di Cameron Highlands ni. 


1. Ladang Teh Bharat, Tanah Rata. 

Ladang teh Bharat adalah ladang teh kedua terbesar di Cameron Highlands. Ia juga dikenali sebagai Cameron Valley. Kalau nak tahu, jika nak dibandingkan dengan Ladang teh Boh, ladang ini sangat mudah untuk dilawati. Lokasi hanya terletak di tepi jalan. Parking juga ada disediakan. Nak masuk ke ladang ni tak perlu bayar. Free je. Kalau nak shopping teh, di sini ada kedai yang menjual pelbagai jenis teh keluaran Bharat. Favourite i adalah teh strawberry. If pakai GPS untuk ke sini, you hanya perlu search “Ladang Teh Bharat”. 

Map : Ladang Teh Bharat / Cameron Valley. (klik link)
Hours :
9.00 am – 4.00 pm
Website : www.bharattea.com.my.


2. Ladang Teh Boh / Boh Tea Estate, Ringlet. 

Ladang teh ini hanya boleh dilawati sebelum pukul 4.30 petang. Nak masuk tak perlu bayar. Kebanyakan pengunjung akan tersesat ke sini bila nak pergi ke Boh Tea Centre Sungei Palas. Tak seperti Ladang Teh Bharat yang terletak di tepi jalan, ladang ini terletak di atas bukit dan jalan untuk ke sini pula adalah sempit dan berliku.

Katakan if you tersesat ke sini (macam i), sebenarnya tak rugi apa pun. View kat sini memang cantik. Cuma kalau ada masalah kaki atau masalah kesihatan yang lain, i tak galakkan untuk datang sebab after you parked your car, you kena berjalan kaki menaiki bukit (walking path with stairs) untuk ke atas bukit. I tak sure berapa kilometer tapi sumpah penat. Serius! Haha. Di sini juga terletak sebuah kafe dan you boleh singgah untuk menikmati hidangan teh sambil melihat keindahan ladang.

Map : Boh Tea Estate, Ringlet. (klik link)
Hours : 9.00 am – 4.30 pm


3. Ladang Teh Boh Sungei Palas, Brincang. 

Ladang ini juga dikenali sebagai Boh Tea Centre Sungei Palas dan ianya adalah ladang yang paling menjadi tumpuan pengunjung yang datang bercuti ke Cameron Highlands. Ini mungkin kerana ladang ini terkenal sebagai salah satu tempat di Cameron Highlands yang harus dikunjungi. Disebabkan itulah ladang ini sentiasa dipenuhi oleh ramai pengunjung terutama pada musim cuti sekolah.

Untuk yang datang berkunjung ke sini, selain melihat keindahan panorama Ladang Teh Boh yang terbentang luas, pengunjung juga boleh melihat pameran, melawat kilang pemprosesan Teh Boh dan membeli pelbagai jenis produk Teh Boh di Tea Shop Centre. Di sini juga terletak sebuah kafe dan pengunjung boleh menikmati hidangan teh segar dan makanan santai seperti kek dan muffin sambil menikmati keindahan ladang. 

Dari Ladang Teh Boh Ringlet, perjalanan untuk ke sini akan mengambil masa selama satu jam. Ya, memang jauh dan jalan untuk ke sini agak berliku-liku, sempit dan bumpy. Jadi, untuk yang memandu kereta tu, sila berhati-hati. 

Seperti di Ladang Teh Boh Ringlet, after you parked your car you perlu berjalan kaki untuk naik ke atas bukit. Bezanya, walking path di sini jauh lebih baik dan selamat jika nak dibandingkan dengan walking path di Ladang Teh Boh Ringlet. 

*Sebagai info juga, Ladang Teh Boh di Cameron Highlands bukan sahaja yang terluas di Cameron Highlands, malah yang terluas di Asia Tenggara. 

Map : Boh Tea Centre Sungei Palas. (klik link)
Hours : 8.30 am – 4.30 pm (Closed on monday)


 

Btw, sepanjang percutian i ke Cameron Highlands ni, i menginap di Heritage Hotel yang terletak di Tanah Rata. I suka menginap di sini kerana lokasi hotel yang sangat strategik. Nak cari makan pun senang. Manakala breakfast yang disediakan oleh pihak hotel memang tip top. I highly recommend this hotel if you nak datang bercuti ke sini. Lagi satu, kalau nak makan masakan melayu yang sedap, jangan lupa singgah ke Gerai Opah di Tanah Rata. Serius sedap. Tak tipu! 

Okay guys, itu sahaja. Until then….

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up