Risiko Bercinta Dengan Non-Malay Atau Non-Muslim

Tajuk hari ini adalah berdasarkan dari pengalaman diri i sendiri. If you tertanya-tertanya samaada mudah ke bercinta dengan Non-Malay atau Non-Muslim ni? Jawapan i adalah TIDAKBila bercakap mengenai perbezaan Malay dan Non-Malay, masing-masing ada kelebihan walaupun perbezaan adalah sangat ketara. Perbezaan ini kadang-kadang membuatkan i lebih prefer to be in a relationship with Non-Malay – (If you ever been in love with Non-Malay, i believe you will agree with me pn this). Tetapi, Malay di Malaysia ni seperti yang kita sedia tahu, dibesarkan secara Islam (tak tau la kalau ada yang bukan, Wallahualam). Bila tahu someone is a Malay, otak akan automatik tahu – “Oh, he’s a Muslim”. As a Muslim myself, i can honestly say that, being in a relationship with Malay lebih secure if compare to Non-Muslim especially bila fikir about future together. Masing-masing dah faham mengenai adat dan agama. Perbezaan pada dua benda ini actually boleh mendatangkan masalah pada relationship. What about marriage? Boleh ke dia hidup cara Islam? Nak ke dia convert? What will happen if the marriage doesn’t work? What if his love fade away? Kembali kepada agama asal? Murtad? What will happen to your kids? Walaubagaimanapun, ini tak bermakna being in a relationship with Non-Malay or Non-Muslim tak selamat. Sometimes diorang ni la selepas convert terus berubah 360°. Malah lebih baik dari Muslim yang telah mengenali Islam semenjak kecil lagi. 

Anyway, semua relationship ada risiko – tak kisah la samaada he is Malay, Non-Malay, Muslim or Non-Muslim. Bezanya adalah tahap risiko yang you kena hadap. Kelebihan pada Malay adalah kita dah tak perlu ajar dari basic tentang adat dan agama sedangkan with Non-Malay, kita perlu ajar dari basic terutama mengenai agama. Dalam kata lainnya, kena berdakwah. Itupun kalau dia willing to learn lah. Kalau tak? 

Okay, sebut tentang cinta pula, ianya melibatkan dua hati. Impossible boleh bercinta dengan diri sendiri jer. Even kalau bercinta dengan kucing ke, pokok bunga ke, duit ke, still melibatkan dua individu ataupun benda, ye tak? Kalau bercinta kahwin dengan Muslim, senang cerita. Tapi kalau ditakdirkan bercinta dengan Non-Muslim, sampai nak kahwin, berat lah sikit tanggungjawab. Lain la kalau di Indonesia. I sendiri pun tak tahu macam mana disana boleh mengamalkan ideologi Pluralisme (setiap agama sama). Ayah Islam, mak Buddha, anak Christian. Tapi today i tak nak sembang bab Pluralisme ni. 

If you are interested to be in this kind of relationship or already in this kind of relationship, perkara-perkara di bawah ni you kena ambil tahu :  

1. As we know, Islam mewajibkan Non-Muslim untuk menukar agama if nak berkahwin dengan Muslim (bukan keseluruhan keluarga dia yer). For Non-Muslim untuk convert ke agama Islam adalah satu keputusan yang sangat besar untuk dibuat. Adalah menjadi satu cabaran juga for him seandainya his family tak setuju dan dia mungkin akan dibuang family.

2. If dia convert, sebab apa dia convert? Just to marry you or hati dia memang dah terbuka untuk belajar mengenai Islam? 

3. Kehidupan lama dia tak sama dengan ajaran Islam. Pada kita Islam tu tak susah sebab kita telah dibesarkan secara Islam dari kecil. Tetapi pada agama lain, Islam itu susah. Gaya hidup dia 180° kena ubah. If sebelum ni dia dah biasa dengan pork dan alcohol, selepas convert dia diharamkan untuk 2 benda ni. Satu cabaran bagi you untuk memastikan dia boleh tinggal benda-benda ni. 

4. Dari segi adat, different ways of thinking kadang-kadang menyebabkan perbalahan. Trust me, i’ve been there. Some people ada masalah untuk accept other culture terutama yang tak pernah bergaul selain dari bangsa sendiri. Lack of exposure can makes a person ignorant. Macam kita di Malaysia ni hidup dengan pelbagai bangsa. Memang satu kelebihan ke mana pun kita pergi, kita ada knowledge about other culture. While other country tak ada kelebihan macam ni, unless that person suka travel because a traveller selalunya lebih terbuka. 

5. Elakkan topik mengenai agama. Serius! Elakkan terutama di awal relationship. Pada kita agama Islam adalah yang terbaik dan betul. Begitu juga pengikut agama lain. Jadi, adalah baiknya if you ingatkan dia mengenai agama you sebelum you terima dia unless you jenis tak fikir masa depan untuk berkahwin. If dia terima you walaupun tahu you’re a muslim, bermakna dia lebih terbuka untuk terima Islam. Bila dia lebih terbuka, dia akan berminat untuk belajar mengenai Islam. Tak perlu paksa, tak perlu suruh dan tak perlu buka topik mengenai Islam unless ditanya.

6. Tekanan dan pengaruh dari family dia juga perlu difikirkan. Sejauh mana kekuatan dia untuk pertahankan relationship dan juga agama baru dia sebab tekanan dari family ni sebenarnya mampu buat dia berubah (based on my own experienced)

7. Macam sekarang ni, for ignorant people, muslims are terrorist, a killer, a murderer. If dapat soalan mengenai Islam, be smart to answer the question. Tak kisah la kalau you solat kadang-kadang tinggal pun, but once you are in this kind of relationship, you akan selalu ditanya mengenai Islam. 

8. Bercinta dengan Non-Muslim, pahala besar you dapat sebab bawa masuk saudara baru. Tapi seandainya dia tukar balik agama, dosa besar la you. Tak berhenti-henti dosa you. Sebab tu you kena bersedia untuk membimbing dan memastikan dia kekal dengan agama Islam. 

9. Haters are everywhere. Bukan semua orang melayu boleh tengok you are in a relationship with Non-Malay. Mula la cari kesalahan you and they will be checking your social media religiously. Don’t waste your time untuk layan haters. If they think you’re not a good muslim, ingat yang Islam tak ajar untuk busuk hati dan rasa diri lebih baik dari orang lain.  Never lower yourself to their level. After all, judgmental people are usually ignorant and always self-seeking. 

Kesimpulannya, nak bercinta dengan Non-Malay or Non-Muslim ni tak salah. Tapi, kalau betul-betul bercinta sampai nak kahwin, kena make sure you kuat jiwa dan raga untuk bimbing dia dan diri you sendiri. Memang seronok bercinta dengan Non-Malay terutama dengan mat salleh ni. Haha. dah la handsome, tinggi. Tapi kalau nak kekal lama, kena la sama-sama belajar. Kena selalu ingat, cinta sesama manusia tu bersifat sementara. Boleh hilang pada bila-bila masa. Jadi, jangan buat benda bodoh atas nama cinta. Jangan you pula nanti jadi saudara baru! haip!  

Okay guys! Until then..

 

 

 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com