Cara Mudah Goreng Ikan Pekasam Yang Confirm Sedap!

I’m a BIG FAN of Ikan Pekasam. Kalau balik Ipoh (kampung i), my parents mesti akan belikan i ikan pekasam untuk dibawa balik ke KL. Ye la, macam susah je nak cari ikan pekasam di KL ni. Bagi sesiapa yang tak biasa makan ikan pekasam, ni i nak bagitahu, ikan pekasam kalau makan dengan nasi panas, perghhh…sedap gila! Kalau tak percaya, cuba la! Boleh ikut cara goreng yang i nak share di bawah ni. 

Bahan utama yang you kena ada tentulah ikan pekasam. Kemudian, sediakan bahan-bahan ni :

  • 1 biji Bawang Besar (suka hati nak potong macam mana pun)
  • 1- 3 biji Bawang Putih (suka hati juga)
  • 8 biji Cili Api (dihiris tengah)
  • 2-3 Cili Kering (dipotong kecil)
  • 1 keping Asam Keping
  • Lemon (Tak ada pun tak apa. Tapi kalau ada, nak hirisan kecil sahaja) 
  • Olive Oil / Minyak masak

Cara-cara nak goreng :
  • Panaskan Olive oil (nak pakai minyak masak biasa pun tak apa). Minyak tak perlu banyak macam goreng ikan atau goreng ayam yer! Cukup untuk goreng ikan pekasam sahaja. 
  • Masukkan ikan pekasam dan goreng sehingga garing. Kemudian, alihkan ikan pekasam ke dalam pinggan.
  • Dengan menggunakan minyak yang sama, masukkan bawang besar, bawang putih, cili api, cili kering dan asam keping. Tumis sehingga garing. Selagi tak bau wangi, selagi tu la you goreng. Kalau tak wangi juga, spray je minyak wangi. Eh, tak. Haha. Tumis sehingga semua bahan menjadi warna keemasan.
  • Akhir sekali, bahan-bahan yang telah ditumis garing tadi di tuangkan di atas ikan pekasam. 🙂
  • Untuk yang ada lemon, boleh perahkan sedikit lemon di atas ikan pekasam.

 

 

Okay guys! mudah jer kan? Selamat mencuba!

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up