IP Camera : Cara Mudah Dan Jimat Untuk Memantau Aktiviti Di Dalam Rumah

Hey guys! Recently i ada installed IP Camera di ruang tamu rumah i. I buat keputusan untuk install IP Camera ini disebabkan i ingin memantau segala aktiviti di dalam rumah i terutama siapa yang masuk dan keluar.

For those yang masih belum tahu apa itu IP Camera, fungsi camera ni actually sama je dengan CCTV iaitu berfungsi sebagai Surveillance Camera. Bezanya, IP Camera (Internet Protokol Camera) adalah jenis digital camera yang dipasang sebagai surveillance camera yang boleh menghantar serta menerima data via computer network ataupun internet (make sure rumah ada wifi yer). Berikut adalah jenis-jenis IP Camera :

Fix IP Camera yang dilapisi oleh penutup berbentuk segi panjang. Arah camera sangat mudah dilihat. 

Dome IP Camera yang dilapisi dengan penutup berbentuk kubah. Arah mana yang sedang diawasi oleh camera sukar untuk dilihat.

PTZ IP Camera yang digunakan untuk pemantauan secara langsung dan boleh bergerak sendiri, atau zoom in dan zoom out ketika proses pemantauan.

Anyway, IP Camera yang i installed di rumah i adalah jenis PTZ (Pan–Tilt–Zoom). I beli this camera di Lazada dengan harga RM78.10. Murah kan? Actually mula-mula i agak skeptikal untuk beli because the price is too cheap. After i dah installed dan tengok sendiri the features and capabilities, i’m glad that it works perfectly just how i wanted it to be. 

MY REVIEW

  • Harga

For those who are on budget, i rasa this camera adalah mampu milik since you can get this camera below RM100.00.

  • Cara Penggunaan

It took me a while untuk connect my wifi with the camera but once connected, the camera works very well. First yang i buat, i installed App V380 ke dalam phone. I register new account dan connect the camera with my wifi through app. Cara untuk connect actually sangat mudah. Setting bagi app juga mudah difahami. As long the camera and my phone both are connected to the internet, i dapat memantau rumah i secara langsung pada bila-bila masa sahaja. Selain itu, i dapat mengubah arah camera mengikut kemahuan i hanya dengan menggunakan app yang telah i installed ke dalam phone i. 

  • Keistimewaan

Motion Detect & Alarm : Melalui app V380, tetapan alarm bagi sebarang pergerakan di dalam rumah boleh dibuat. Alarm boleh ditetapkan mengikut waktu pilihan ataupun sepanjang masa.
Mic & Speaker : Boleh berkomunikasi dengan sesiapa sahaja di dalam rumah. Contohnya, if bercakap melalui phone, suara akan didengari di camera. 
Voice & Video Recording : Boleh record secara manual ataupun automatik. If nak record secara automatik, kena masukkan Micro SD Card ke dalam camera.
Pan & Tilt : Camera boleh rotate 355°. 

  • Kelemahan

Night Vision : Nak ikutkan camera ni ada night vision but “night vision” yang dimaksudkan tak seperti yang diharapkan.
Noise : Setiap kali i tengok video atau memantau keadaan rumah, i terpaksa klik “mute” di app disebabkan bunyi yang agak annoying.
Wayar : Wayar charger yang pendek membuatkan pilihan untuk letak camera adalah terhad.

  • Conclusion

Overall, this is a good budget IP Camera. If you terfikir untuk beli, boleh difikir-fikirkan since i already shared my review di atas. 🙂 If ada kemampuan, boleh la beli yang mahal sikit. Personally i rasa everyone should have this, so boleh tahu keadaan di rumah terutama yang ada anak kecil, housemate or roomates, dsb. 

Untuk beli jenis IP Camera yang i pakai ni, boleh klik link di bawah :
Wireless IP Camera WIFI

Ok guys, itu sahaja. If you ada apa-apa nak tanya mengenai this camera, you can contact me here. Bye!

 

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up