Masalah Rambut Kering? Cuba Ikut Tips Ini.

I ni boleh dikatakan someone yang kerap mewarnakan rambut di sepanjang usia i 20an. Rambut i selalu berubah-ubah warna dari ash green ke merah, dari blonde ke putih, dari light brown ke dark brown. Dah menjadi satu kemestian untuk i having a different kind of hair color and style every 3 months. It was fun and satisfying. Tapi, of course habit i ni telah mendatangkan kesan buruk kepada rambut i yang asalnya sangat lurus dan licin – berubah jadi kering, kembang dan bercabang – in general, rooosak.. Bak kata ibu i “dah macam bulu jagung – berserabut”. Untuk pulihkan balik rambut i ni memang agak mengambil masa (ye la…rambut rosak tak pulih over night kan). But, after penjagaan yang i buat, my hair got better and better. Nak tahu macam mana i buat, kena la baca this post until the end. 🙂


1. Pergi Salon minta potong hujung rambut. 

Ini perkara pertama dan yang paling penting sekali you kena buat. Hujung rambut bercabang tu semua kena potong buang. Tak kisah la produk apa pun you pakai, if you tak potong hujung-hujung rambut bercabang tu, rambut you tak akan berubah untuk pulih malah akan mengambil masa yang lama untuk tumbuh panjang. Once you dah potong, you akan nampak sedikit perubahan terutama dari segi pertumbuhan rambut. 

 

2. Buat hair treatment di hair salon every 2-3 months. 

Actually hair treatment ni boleh je buat sendiri di rumah cuma result agak berbeza jika nak dibandingkan dengan hair treatment di hair salon. Invest sedikit duit untuk buat hair treatment di salon. If you are on budget, cuba cari hair salon yang tengah buat offer. So you can get lower price than usual. Contohnya macam i – i found this hair salon tengah buat offer dan i dapat buat 3x hair treatment for only RM150.00! 

 

3. Ubah penggunaan shampoo & conditioner. 

I sangat recommend untuk pakai L’oreal Elseve 6 oil Nourish Shampoo with L’oreal Elseve 6 oil Nourish Conditioner. Memang khas untuk rambut kering. Tak mahal pun both produk ni – below RM25.00 for 330ml. If you jenis macam i, tak boleh tukar produk lain selain dari produk dandruff – jangan berhenti pakai produk dandruff. You boleh pakai once a week. Selebihnya, pakai produk untuk rambut kering. 

 

 

4. Hair Serum is a MUST!

Hair serum memainkan peranan yang sangat penting for your hair and you need to apply it everyday. Jangan skip. I even bring my hair serum everywhere with me. Cara penggunaan – if you nak apply on wet hair, make sure you tak keringkan rambut you dengan towel after you basuh rambut. Directly apply hair serum to wet hair. I suggest untuk pakai Mythic Oil from L’oreal. You boleh dapatkan produk ni di hair salon yang menggunakan produk L’oreal. This serum tak berminyak ataupun melekit di tangan. Malah cepat meresap di rambut. Titikkan 1-2 drops di tapak tangan, rub between your palms dan sapukan dirambut dari midsection to ends of your hair. 

 

5. Pakai hair mask once a week. 

If you pakai hair mask weekly, you’re giving your hair the moisture it needs. It’s the perfect solution to add bounce and health to hair. You can apply a hair mask between your shampoo and conditioner for 20 minutes. Produk yang i currently pakai adalah hair mask dari Moist Diane Repair Hair Mask – Extra Damage Repair. It’s a very good hair mask and you can get it at any Watson in Malaysia. 

 

6. And last but not least, stop using curling or flat iron for awhile. 

We all know that heat from the irons for styling can damage your hair. Apa guna proses untuk pulihkan balik your hair bila dalam masa yang sama you do things that can damage it? Jadi, buat sementara waktu, berhenti dulu penggunaan dua benda ni sehingga la rambut you mencapai tahap sihat yang you harapkan.

 

Okay guys, hopefully tips di atas could help you get your healthy hair back like how it does to me. 🙂  Until then! Daaa. 

 

Scroll Up