Aiken Moisturiser : Produk Pelembap Muka Yang Harus Dimiliki.

Today I nak share about salah satu produk kegemaran I yang sesuai untuk digunakan bagi mereka yang mempunyai masalah jerawat. I ni jarang nak update post mengenai produk kecantikan unless produk tu betul-betul bagus. Benda-benda baik ni i suka nak sebarkan. Biar sama-sama cantik, gitewwww. 

So, nak dijadikan cerita, awal tahun 2017 I mempunyai masalah jerawat yang sangat teruk sehingga dapat infection. First thing yang I buat adalah  berhenti pakai apa sahaja produk kecantikan termasuk make up. I hanya basuh muka i dengan air suam dan lap muka i dengan tuala yang i khaskan hanya untuk lap muka. Kemudian, after a week I buat appointment dengan skin clinic untuk 2 hours facial treatment supaya apa sahaja bakteria di muka dapat dikurangkan. 


Pengalaman menggunakan Pelembap Muka Aiken.

Okay, long story short, i nampak adik bongsu i pakai. Dia ni ada masalah jerawat. Macam-macam produk dia try, tak berkesan sehingga la dia mula pakai pelembap muka Aiken: muka dia mula tunjukkan perubahan, jerawat makin kurang. I macam terpegun tengok and of course la i nak try and guess what!? I fell in love with it right away! The feeling after i pakai pelembap muka Aiken rasa macam i baru lepas buat facial. Rasa muka segar dan lembut! I pun apa lagi, terus beli produk ni for myself. Setiap hari i pakai sampai i mula perasan jerawat dari infection cepat kering. Muka i pun kurang naik jerawat (kecuali time nak period – tu pun tak banyak). Using this product is one of the best things I ever did to my skin. 


Kelebihan Pelembap Aiken Tea Tree Oil. 

Pelembap muka Aiken ini diformulasi dari minyak Tea Tree (Melaleuca Alternifolia) dari Australia dan dapat melindungi serta menghalang kulit muka daripada pertumbuhan jerawat dengan cepat secara natural. Pelembup ni sesuai untuk muka yang berminyak dan kulit berjerawat. Selain itu, ia juga bebas Paraben, alkohol, minyak mineral, warna dan BHT. 


Dimana boleh beli?

Pelembap muka Aiken boleh beli di farmasi seperti Guardian, Watson or Aeon Wellness. Untuk pengetahuan, masa mula-mula I pakai pelembap muka, ia ni dijual di dalam botol, tetapi sekarang dah tukar packaging ke small container. Actually, masa mula-mula tu i confused juga sebab i tak  sure it’s the same moisturizer. Tapi dalam botol tu memang i tak jumpa dah. Now, i am 100% sure it’s the same moisturiser. Cuma packaging je dah tukar. Selain packaging, bau moisturizer ni pun pada I lain sikit dari yang sebelum ni tapi tekstur dan warna sama sahaja. Tekstur adalah ringan dan berasaskan air (water-based). Harga pun mampu milik! Hanya diantara RM11.00 – RM15.00. Murah tapi sangat efektif. 


Kesimpulannya, pelembap muka Aiken adalah produk yang berkesan dan sesuai untuk kulit berjerawat. Dengan kandungan yang sesuai, ia membantu melembapkan kulit dan merawat jerawat pada masa yang sama. So, bagi yang ada masalah jerawat tu, i sangat syorkan untuk pakai pelembap muka Aiken. Dengan tahap pH yang seimbang dalam krim ni, you boleh gunakannya sebagai pelembap harian dan untuk digunakan secara konsisten. 

 

P/s : This product mungkin tak sesuai dengan semua orang. But at least berkesan dengan i. Anyway, you can always give it a try. 

 

X, Hani. 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com