Cara Bayar Zakat Secara Online

Hi guys! How is your Ramadhan going so far? Kejap je rasa kan? next week dah raya. Anyway, today i nak share cara untuk bayar zakat secara online. Yang belum tahu boleh bayar secara online tu, boleh la ikut step by step tutorial i ni. 

  • Firstly, pergi ke laman web zakat2u. Di laman web ni, you boleh bayar apa sahaja jenis zakat. Tapi sebelum tu, you kena daftar dahulu kerana sistem pembayaran di laman web ni hanya boleh diakses bagi pengguna yang sudah mempunyai akaun sahaja. 


  • Okay, bila dah daftar, boleh la login dan mula buat pembayaran zakat. 


  • Klik kotak di bawah “Jenis Zakat” dan pilih jenis zakat yang hendak dibayar. Macam i, i pilih “Zakat Fitrah”. Kadar Zakat Fitrah 2018 adalah tetap. Tak boleh diubah. Di kotak “Bayaran Untuk”, pilih berapa orang bayaran yang hendak dibuat. 


  • Bayaran boleh dibuat dengan menggunakan FPX (Perbankan Internet) atapun Kredit/Debit Card. Klik pilihan bayaran dan mulakan pembayaran. Jika menggunakan FPX, Pilih Bank yang digunakan. Kemudian klik “Bayar Zakat Sekarang”. Jika menggunakan kad, masukkan nombor kad dan klik Bayar Zakat Sekarang. 


  • Jika pembayaran berjaya, satu resit akan dikeluarkan seperti di bawah :

 

Okay guys, itu sahaja. Senang je sebenarnya nak bayar zakat secara online ni. Alasan busy semua tu tak boleh dipakai. Buat bayaran ni tak sampai 1 minit pun. Jangan lupa jalankan tanggungjawab! Bye!

 

error: Content is protected !!