Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Website Maybank2u Yang Baru.

I rasa semua dah tahu yang Maybank2u sekarang ni berwajah baru. Tapi, website yang lama pun setakat ni masih boleh digunakan. You hanya perlu klik di “Continue to the classic website” :

 

Anyway, sebelum ni i dah share cara untuk transfer duit ke akaun ASB dengan menggunakan Maybank2u (classic website). Since Maybank2u pun dah berwajah baru, i nak update sikit supaya my readers tak confuse. Actually, Maybank2u yang baru ni lagi senang nak buat internet banking jika nak diberbanding dengan yang sebelum ni. Cuma loading nya slow sikit. Hehe.

Okay, untuk transfer duit ke ASNB Account menggunakan website Maybank2u yang baru ni, firstly macam biasa you kena Log In dahulu. Just klik “Take me there now”. Bila dah Log In ke dalam akaun Maybank2u, klik di (lihat bulatan berwarna merah) :

Kemudian, pilih “Transfer Funds” :

 

Dan seterusnya di Transfer To, klik di “Other Accounts” dan pilih “ASNB Accounts” : 

If sebelum ni you dah link kan your ASNB Account dengan Maybank2u, your ASNB Account akan dipaparkan di “Linked ASNB” right after you clicked “ASNB Accounts”. Untuk teruskan transaksi, you kena klik di dalam bulatan (lihat panah berwarna hitam).

If you belum pernah link kan your ASNB Account dengan Maybank2u, you kena pilih “Link New ASNB Account”  (lihat bulatan berwarna merah) :

 

Finally, untuk transfer duit ke ASNB Account, masukkan kan jumlah amaun, klik di dalam bulatan (lihat panah berwarna hitam) dan klik “TRANSFER”

Bagi yang baru nak Link kan ASNB Account, you kena masukkan maklumat ASNB Account dahulu. Tunggu beberapa hari bekerja untuk ASNB Account appear dalam Maybank2u. Bila dah appear, baru lah boleh buat transaksi. 

 

 

Oh! btw. I ada terima email dari beberapa readers tanya i, “I dah check portal MyASNB tapi kenapa duit yang i transfer tadi tak ada pun masuk?” 

Fyi, memang duit tak terus masuk. You kena check balik after 24 hours. Okie dokie? 

Hope this post membantu. Until then!

 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com