Oops! It appears that you have disabled your Javascript. In order for you to see this page as it is meant to appear, we ask that you please re-enable your Javascript!

Weekend Trip : Places I’ve Been To In Penang Island

Hey guys! I have been to Penang like 3 times in the past eight months. Actually at first i tak plan pun nak share about my Penang trip here. Sebab tu i published this post quite late. I tukar fikiran when one of my blog readers ingatkan i that every trip i take, matter to my blog readers. So, here i am, sharing about my Penang trip and I hope this post tak banyak sikit can help you plan your itinerary to Penang. 

Anyway, here’s are the places i have been to during my visit there : 


  • Bukit Bendera / Penang Hill 

A must place to go when you come to Penang. Tempat ni sangat menarik ; banyak aktiviti riadah and the views from here sangat cantik. Harga ticket boleh rujuk sini


  • Kek Lok Si Temple

Kek Lok Si is the largest Buddist temple in Malaysia. It’s a must place to visit too when you come to Penang. To go to the top, you need to pay for the ticket. Tiket boleh beli mengikut peringkat (ada 4). I sangat recommend untuk ambil semua peringkat. Lagipun tiket tak mahal sangat. More info you can visit their website here


  • Padang Kota Lama

My favourite place to eat Pasembur. Memang sedap! Tempat ni agak crowded but depends pada waktu juga. I pernah pergi waktu lunch, ok je. Senang dapat meja untuk duduk makan. But untuk dinner, sangat crowded sampai nak beli makan pun beratur panjang. Yang kaki makan tu, boleh enjoy sakan makan di sini sebab banyak gerai makan dibuka. 


  • Wonderfood Museum 

Di Penang ni banyak museum menarik dibuka. Wonderfood museum menjadi pilihan i sebab sangat instagrammable. Hehe. 


  • Ghost Museum 

Another museum yang menarik minat i adalah Ghost museum. Why? because i’m a big fan of horror. This museum tak besar mana pun but quite interesting to visit. Museum ni mempamerkan pelbagai jenis hantu mengikut kepercayaan berbilang bangsa. Oh, ada zombie dan vampire juga! Tahap seram from scale 1-10, i boleh bagi 4. Hehe.


  • Tropical Spice Garden

For those yang suka nature and want to learn something about plants, spices etc, i highly recommend to come here. Every visitor akan dibekalkan dengan map of this place dan juga audio yang menerangkan mengenai jenis-jenis tumbuhan yang ada di sini.


  • Batu Ferringhi

Batu Ferringhi ni tempat yang menjadi pilihan banyak tourist dari luar negara. It’s 2nd most popular destination after Georgetown. You can chill here at the beach and if you nak some adventure, you can also do water sport here. 


  • Penang Street Art, Georgetown

Kalau ke Penang, memang tak sah kalau tak berjalan tengok street arts. Nak ambil gambar pun sampai kena tunggu turn – tapi i sanggup. haha


  • Monkey Beach

Came here to chill with my boyfriend at the beach. Can go for hiking to the lighthouse but, nah…We both too lazy. Harga boat transfer  RM50.00/person (return).. Saw somewhere online mentioned that this place worth a visit because it’s beautiful. Well, i wouldn’t recommend anyone to go unless you really want to see with your own eyes. I certainty wouldn’t waste my money again to a place like this. Rubbish are everywhere make it very unappealing.


  • Deens Maju Nasi Kandar

I tak pernah beratur panjang berjela semata-mata untuk makanan. Haha. But this time, untuk memenuhi kehendak kawan baik i, i pun redha je beratur dengan dia. Sejam lebih jugak la beratur. It was worth it though. Sedap sampai menjilat jari. But to be honest, i’m not a big fan of Nasi Kandar. So, mana pun i pergi makan Nasi Kandar, i akan cakap sedap sebab pada i rasa sama je. Haha.


  • Nasi Kandar Line Clear

One of the most popular Nasi Kandar in Penang too. Kalau suruh i bezakan mana lagi sedap, Deens Maju atau Line Clear, i tak dapat bezakan. Macam i cakap kat atas, pada i Nasi Kandar semua sama je. 


  • Roti Bakar Hutton Lane

Plan asal nak pergi breakfast di Roti Canai Transfer Road. Since we arrived there quite late, memang ramai gila. Tak sanggup nak tunggu sebab tengah lapar. Google punya google, ramai recommend tempat ni. Weh, memang patut pun ramai recommend. Puas hati breakfast kat sini – roti bakar+ teh + telur separuh masak memang umpph! Kalau ke Penang, boleh la singgah! 


  • Out Of Nowhere 

A hidden bar behind hold up cafe. Ok, dalam cafe ni ada 1 peti ais warna jingga. To enter this bar, you kena masuk ke dalam peti ais ni. It was dark though. Kena pakai flashlight from my phone to find the door to this bar. Well, to be honest I was hesitate at first nak masuk dalam peti ais ni. I thought boyfriend i tipu. Rupanya memang betul. Haha. 


  • Three Sixty Revolving Restaurant And Rooftop Bar

This place located at Bayview Hotel, Penang. First and only 360 revolving restaurant in Penang. More info can visit their website here

 

 

Scroll Up