Apa Nak Buat Jika Mempunyai Masalah Withdraw Duit Dari Paypal

So, a week ago i mempunyai masalah untuk withdraw duit dari paypal. Cuak juga sebab ni kali pertama i nak withdraw duit dari paypal terus ke akaun bank i di Malaysia. Tapi bila dah settle semua, secara terus terangnya, pada i dengan menggunakan Paypal sebagai medium untuk transfer duit dari luar negara sangatlah mudah. Pakai email sahaja. Tak sampai seminit pun duit tu akan masuk ke dalam akaun paypal. Masalah yang i hadapi adalah i tak boleh nak transfer duit dari paypal ke akaun bank i. Bila i klik untuk transfer, tiada perubahan apa-apa. Hanya stay di page yang sama.

I pun google untuk mencari jawapan kenapa i tak boleh transfer duit. Ada yang cakap pakai paypal website memang susah dan memberi cadangan untuk transfer duit melalui paypal mobile app. Jadi, i pun try their mobile app, tak boleh juga. And i perasan status for my bank account unconfirm. I beranggapan mungkin sebab status akaun bank i unconfirm membuatkan i tak boleh nak transfer duit. Then i google lagi untuk cari macam mana nak confirm kan akaun bank yang i link dengan paypal. Info yang i dapat, i kena transfer deposit ke akaun bank i dulu. Tapi masalahnya, tak ada apa-apa pun untuk di klik yang membolehkan i buat deposit. I confused.

Apa yang i buat, i contact pihak paypal. Perkara pertama i buat, i klik dekat paypal –Contact Us :

paypal3.PNG

Selepas itu akan keluar page di bawah ni. I klik dekat Email Us dan i pun tulis la apa masalah yang sedang i hadapi – Paypal ni based on USA yer. Jangan pulak cakap bahasa melayu. Haha

paypal2.PNG

Paypal balas emel i dan minta i upload i punya bil utiliti ke dalam paypal untuk diorang confirm kan alamat rumah. So, i pun buat lah. Untuk upload, i kena klik dekat – View Limits. Then akan keluar satu page, i pun upload la apa yang patut di upload. paypal4.PNG

Walaubagaimanapun, bila dah selesai semua, i masih tak boleh transfer duit. Serius pelik gila sebab akaun Paypal i memang dah lama verified. Supposedly tak patut ada masalah. Dan, i juga dah removed my amount limit untuk transfer duit. I pun emel la lagi ke paypal dan kali ni i emel ke Paypal Customer Support untuk tanya apa i patut buat tetapi tak ada respon.

Okay, my next step, i buat macam ni. Dekat akaun i ada 350 euro, i turunkan amaun untuk i transfer sedikit demi sedikit sampai la bila amaun 240 euro, baru ada perubahan page untuk i teruskan proses transfer duit. Fuh..Akhirnya! Baki lagi 110 euro tu i transfer kemudian. Senang la pula tak ada masalah.

Oh, btw untuk transfer duit, you cuma perlu klik – Withdraw dan kemudian klik -Withdraw to your bank account. Bagi Withdraw funds to your card tu hanya berfungsi jika kau ada VISA sahaja.

paypal0

Bila dah klik – withdraw to your bank account akan keluar page di bawah ni. Masukkan amaun yang you nak transfer dan klik – Continue.

paypal1.PNG

You boleh check status duit dekat – History di bahagian Basic Search. Akan keluar page di bawah ni :

PAYPAL2.PNG

Selepas itu, jangan lupa check emel you  sebab paypal akan hantar emel mengenai status duit yang you transfer.

paypal3.PNG

Kesimpulannya, mungkin masalah yang i hadapi adalah disebabkan limit untuk i transfer duit. Untuk emel terakhir yang i hantar ke paypal customer support, diorang ada bagi respon tapi lambat. I berjaya selesaikan masalah i sendiri. Apa pun yang penting i dapat transfer kesemuanya ke akaun bank i. Hehe. Untuk yang cakap paypal kena confirm dulu bank akaun, tu adalah lakonan semata-mata. As long paypal you dah verified, you memang boleh transfer duit ke akaun bank walaupun status bank yang you link dengan Paypal appear unconfirm.

paypal5.PNG

 

 

Untuk contact paypal customer support boleh emel ke compliance-apac@paypal.com. 

or kau juga boleh DM or tweet Paypal di @AskPayPal. 

 

 

 

 

2 thoughts on “Apa Nak Buat Jika Mempunyai Masalah Withdraw Duit Dari Paypal

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up