Cara Apply Air Asia Big Prepaid Mastercard

Pada yang masih tak tahu apa itu Air Asia Big Prepaid Mastercard, fungsi kad ini sebenarnya sama sahaja seperti debit card ataupun credit card. Semua bayaran hanya dibuat dengan menggunakan card. Bezanya: Debit Card – Duit yang ada dalam bank, Credit Card – Duit dibayar kemudian kepada bank, Prepaid card – Duit yang ada di dalam card. 

Apa keistimewaan Air Asia Big Prepaid Mastercard ni? Okay, actually keistimewaan pada card ini banyak dan ianya lebih kepada pengguna yang suka travel. Macam i yang travel 2-3 kali setahun ni, card ini adalah satu keperluan kerana setiap kali Air Asia buat promotion, i akan dapat priority untuk akses promotion 24 jam sebelum dibuka kepada orang ramai. Selain itu, untuk tempahan tiket, tiada yuran proses dikenakan. I juga boleh tukar currency duit i di dalam card ini pada bila-bila masa secara online. Ada 5 currencies (USD,EUR,GBP,AUD & SGD). So, bila i nak travel, sangatlah mudah.

Apa yang paling best sebenarnya mengenai card ini, setiap kali i shopping di Lazada, Zalora, Aeon, Mydin, etc. i dapat mengumpul Air Asia Big Point yang membolehkan i untuk redeem flight ticket dan juga hotel. Jadi, kepada sesiapa yang berhajat untuk apply card ni, jangan lupa untuk sign up dahulu dengan Air Asia Big Loyalty Programme bagi membolehkan you mengurus point yang telah dikumpul.

Cara nak apply card ni senang je.

Layari laman web Air Asia Big Prepaid Mastercard (klik link). Kemudian, klik Apply Card” seperti di bawah ni :

(p/s : klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas) 

 

AA1.PNG

 

Isikan butiran diri :

 

AA2.PNG

 

Untuk pengetahuan, card ada 2 jenis – Big Prepaid MasterCard Virtual & Big Prepaid Mastercard Plastic. Bezanya adalah limit wang yang boleh dimasukkan ke dalam card. Jika you pilih Big Prepaid Mastercard Virtual, card limit hanyalah RM1,500.00. Manakala, Big Prepaid Mastercard Plastic, card limit adalah sehingga RM10,000.00.

Bagi pemilihan Big Prepaid Mastercard Plastic, you perlu muat-naik salinan kad pengenalan dan juga bil utiliti. Macam i, pada awalnya i pilih Big Prepaid Mastercard Virtual. Beberapa bulan kemudian, i upgrade card i ke Big Prepaid Mastercard Plastic dengan memuat naik salinan kad pengenalan dan juga bil utiliti.

Okay…Selepas apply, apa yang you perlu buat hanyalah menunggu card you di pos ke alamat rumah. Tak silap i dalam masa 2 minggu. Bila dah terima, pergi ke website Big Prepaid dan klik Activate Card.

 

AA3.PNG

 

Bila dah activate, tadaaaa!  dah boleh guna card untuk shopping. Nak buat sebagai duit saving pun boleh. Simpan je dalam tu.

I tunjuk sikit paparan dalam website Big Prepaid bila you dah ada account :

AA6.PNG
Boleh tengok berapa jumlah wang yang ada dalam kad.

 

AA5.PNG
Reload Air Asia Big prepaid Mastercard secara online. Minimum untuk reload adalah sebanyak RM50.00.

 

AA4.PNG
Paparan untuk tukar currency.

 

Point yang terkumpul setiap kali i membuat bayaran menggunakan Big Prepaid Mastercard : 

AA8

AA7.PNG
Untuk check Bigpoint ni, you boleh tengok di website Air Asia Big Loyalty Programme.

Until then….

 

52 thoughts on “Cara Apply Air Asia Big Prepaid Mastercard

  1. Hai nak tanya toup tu apa function dia sory lah x paham sangat.. kan ada credit dlm tu 1500 , knpe kena toup ?.. lg 1 kalau dah guna smpai 1500 tu mcm mne kita nak bayar

    1. Hai fatin..ni bukan credit card. Ni prepaid card. Jadi kat dalam kad ni xada duit.. Ada duit hanya bila you top up sahaja. RM1500 tu hanyalah limit duit yg boleh ditop up dalam kad ni..If dah habis pakai, you top up.. 🙂

  2. Hai nak tanya, I apply kad ni yg virtual jugak since 27 april hari tu but up until now I tak dapat pun card. Bila I tanya orang Airasia, katanya yang virtual tak ada akan dapat card pun. Ye ke? You dapat card ke tak?

    1. Hi i baru je apply card virtual br npk blog hani.. i da top up bagai n dpt sms yg kad i da sah aktive.. tp bila i nk log in web asyik nk kena tujar password lepas da buat skron hanya ada blank page .. pening da

      1. Hi :)..hmmm..mungkin website tgh problem k0t. I pun kadang-kadang macam tu. Tapi pasal password i tak pernah pulak jd cmtu. Nanti u try balik.

    1. Hi..Master Card Cimb? Sya pun pakai master kad cimb. Sya tengok point pun melalui statement yang cimb hantar bulanan kat email. Ada cimb hantar statement bulanan kat email x?

  3. Hi..nak tanya..actually dh buat yg visual untuk fb ads..yg heran dia,,aritu top up rm50 je..tp rsanya dh pkai lebih..mmang big prepaid akan potong dr bank ke?

  4. Hai sis 🙂 Mmg wajib ada kad nie ehh? Klaw kita just register dgn AirAsia Big Loyalty tanpa ada kad nie, still dpt point kan? Boleh ke tebus free tiket klaw xde kad?

    1. Hye…setiap kali buat transaksi dengan big prepaid mastercard, akan masuk point. Termasuk la if shopping di Lazada & zalora secara online banking, lepas buat payment boleh masukkan id big point. 🙂

    1. nak apply kad ni free je. step dia sis dah tunjuk kat atas. virtual sng je tp limit kad hanya RM1500.00. Kalau pilih plastic, limit kad RM10,000.00 tapi u kena upload utiliti bil. 🙂

  5. hi.. macam mana nak upgrade kepada kad mastercard plastic tu.. sy da buat upgrade tp tk ada pun bgthu akan dihantar kad master plastik tu..then dlm system masih tulis kad master virtual walaupun limit dia sudah tukar 10000

    1. hi. masa i upgrade i punya kad, i upload utiliti bill. Lepas tu sistem memang terus upgrade ke 10000. Kad tetap yang sama. Cuma jumlah yang upgrade. Itu pun i dapat kad baru (tukar yang lama) untuk Chip & PIN transactions shja.

    1. kad ni boleh diguna kat mana-mana sahaja. Guna je kad ni macam kredit kad. Tapi sebelum nak shopping tu make sure top up dulu. Setakat ni sis shopping online, beli flight tix, beli barang dapur di mydin, carrefour, and shopping complex lain, booking hotel, belum pernah ada masalah lagi. 🙂

      1. salam..ok2..jap tgh nak faham.

        1. kita apply card.
        2. kita terima kad dan activate.
        3.top upkan duit secara online.
        4. guna mcm guna debit card lah ye..tak payah bw duit dah..mcm tu ke?

        macam sy dah memang ahli BIG , jadi kalau apply BIG prepaid ni apa kelebihan dia? dapat kumpul point lebih ke camne?

        1. Aah. guna macam debit card. Bila nak buat bayaran je, boleh pakai kad ni macam debit card as long ada duit dalam kad ni. Bila swipe kad ni di overseas, RM2 = 1 Air Asia Big Point. Lagi satu bila book tix flight dengan Air Asia dengan kad ni, tak ada processing fee. Selain itu, if ada promotion macam free seat dll, yang ada kad ni akan dapat akses 24 jam lebih awal.

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up