Ayam Teriyaki Tumis

Resepi ni i jumpa di Twitter, tapi i ubah ikut citarasa i sendiri. I suka resepi ni sebab cara penyediaannya yang sangat mudah dan boleh simpan di dalam peti sejuk (tahan la dalam seminggu). Jadi, if you ni student or masih bujang, resepi ni sangat sesuai untuk uolls!

BAHAN YANG DIPERLUKAN :

  • Ayam bahagian dada
  • Olive Oil / Minyak masak
  • 1/3 cawan madu
  • 1/2 cawan kicap cair
  • Garam
  • Bawang Besar
  • Bawang Putih (dicincang)
  • Serbuk lada hitam
  • Sayur-sayuran (*Carrot, kobis bunga, cendawan, brokoli)
  • Cili Api / Cabai Merah / Cili Benggala

 

CARA PENYEDIAAN :

1) Panaskan olive oil di dalam kuali / periuk. Masukkan daging ayam yang telah dipotong dadu. 

2) Masukkan sedikit garam dan juga serbuk lada hitam. Kemudian, balik-balikkan ayam.

 

 

3) Masak sehingga daging ayam bertukar menjadi warna putih keemasan. Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang. Kacau sehingga rata dan masukkan kicap cair dan madu. 

 

 

4) Biarkan sehingga daging ayam masak kemudian keluarkan daging ayam dari periuk untuk diasingkan dari kuah.

 

 

5) Setelah kesemua daging ayam dikeluarkan, masukkan bawang, cili api / cili benggala dan sayur-sayuran seperti brokoli, cendawan, kobis bunga, carrot ke dalam kuah di dalam periuk. Kacau sehingga rata dan tutup periuk sehingga sayur masak. (Jangan lama sangat).

 

 

6) Hidangkan bersama-sama dengan nasi panas. SEDAP!. Kalau nak buat stok untuk seminggu, masak banyak-banyak then simpan dalam peti sejuk. Bila nak makan panaskan je. 🙂 

 

 

Please wait...

Subscribe to Wanderhoney

Want to be notified when my article is published? Enter your email address and name below to be the first to know.
Scroll Up