Ginvera Marvel White Gel: Produk Exfoliate Yang Sangat Berkesan.

Dalam dunia penjagaan kulit, asalnya I bukan someone yang banyak menggunakan produk kecantikan kulit. Cukup sekadar penggunaan pencuci muka, scrub, toner dan cream muka. Tetapi, rutin penjagaan kulit I berubah setelah I mula membuat rawatan kulit muka di Pusat kecantikan. Bermula dari situ I belajar dengan lebih mendalam penjagaan kulit muka dan jenis produk-produk kecantikan yang bersesuaian untuk kulit muka I. Dipendekkan cerita, I mula menggunakan Ginvera Marvel White Gel setahun yang lepas after my beauty therapist beritahu kulit muka I tak sesuai untuk pakai scrub yang ada biji-biji halus. Biji-biji halus ni boleh membuatkan kulit muka I lagi banyak whitehead. They suggested me untuk pakai exfoliater 2-3 times a week.

Exfoliator adalah produk yang sangat penting dalam penjagaan kulit muka untuk membuang sel-sel kulit mati. Jika sel-sel kulit mati ini tidak dibuang dari kulit, ia boleh menyebabkan kulit menjadi kusam, kering, dan kasar dan boleh menyumbat pori-pori kulit dan menyebabkan masalah kulit seperti jerawat. Selain itu, penggunaan produk kecantikan juga tidak efektif jika sel-sel kulit mati ini tidak dibuang kerana ia menghalang produk dari meresap ke dalam kulit. 


Apa Itu Ginvera Marvel White Gel?

Ginvera Marvel White Gel adalah produk penggelupasan atau exfoliator muka yang popular di Asia, khususnya di Singapura dan Malaysia. Produk ini diformulasikan untuk membantu membuang sel-sel kulit mati dari permukaan kulit dengan lembut, sehingga membuat kulit lebih cerah dan halus.

Kelebihan bahan-bahan yang digunakan dalam Ginvera Marvel White Gel adalah: 

  • Green Tea Extract: biasanya digunakan dalam produk perawatan kulit karana kandungan antioksidannya yang tinggi, yang dapat membantu melawan radikal bebas dan memperlambat tanda-tanda penuaan pada kulit. Selain itu, Green Tea juga dapat membantu meredakan keradangan pada kulit dan mengurangkan penghasilan minyak berlebihan.
  • Soy Bean Extract: membuat kulit kelihatan lebih cerah dan membantu meningkatkan kelembapan pada kulit.
  • Japanese Shiso  Extract: membantu melegakan kemerahan dan kegatalan serta menghalang pembentukan bintik hitam, bintik putih dan jerawat. 

Cara Penggunaan.
  1. Setelah muka dicuci, keringkan muka, leher dan tangan dahulu. 
  2. Letakkan sedikit Ginvera Marvel White Gel di muka dan leher menggunakan tangan yang kering. Macam I, I suka letak sedikit di dahi, kedua-dua pipi dan dagu. 
  3. Dengan lembut urut muka secara pusingan sehingga kepingan kecil kelihatan. Kepingan kecil ini adalah bintik hitam, sel-sel kulit mati dan kotoran yang ada pada kulit muka.
  4. Cuci muka dengan air suam. 

Cuci muka dahulu atau exfoliate Dahulu?

To be honest, mana-mana pun boleh. Bergantung kepada keperluan. Berikut adalah perbezaan kedua-dua langkah: 

Kelebihan menggunakan pencuci muka terlebih dahulu:
Apabila membersihkan kulit muka terlebih dahulu, muka akan menjadi lebih bersih dan segar untuk melakukan proses exfoliate. Elemen-elemen yang tidak diinginkan seperti makeup akan terlebih dahulu dibersihkan, kemudian proses exfoliate boleh dilakukan dengan lebih mendalam sehingga di pori-pori.

Kelebihan menggunakan exfoliate terlebih dahulu.
Apabila melakukan exfoliate terlebih dahulu, sel-sel kulit mati, minyak berlebih, dan kotoran akan dibuang dari kulit. Kemudian, pencuci muka akan membantu membersihkan kesemuanya, termasuk makeup dan bakteria penyebab jerawat.


Tekstur Ginvera Marvel White Gel.

Gel ni mempunyai tekstur yang ringan dan lembut pada kulit. Ia tidak mengandungi butiran halus atau kasar yang yang boleh merosakkan kulit. Sebaliknya, ia merawat muka secara lembut dan menyeluruh untuk mengangkat sel-sel kulit mati tanpa menyebabkan kerengsaan atau keradangan pada kulit.


Di mana boleh dapatkan Ginvera Marvel White Gel? 

Ginvera Marvel White Gel mudah dijumpai di farmasi-farmasi seperti Guardian dan Watson. Kalau tak jumpa, boleh beli online di sini:

Ginvera Marvel While Gel 

Bestnya produk ni, dengan harga yang murah, ia sangat berkesan dan boleh memberikan hasil yang memuaskan untuk kulit muka. I sangat percayakan produk ni. Cuba la!

 

X, Hani. ❤

 

error: Content is protected !!
Wanderhoney.Com