I ni pipi tak ada la tembam mana. Tapi disebabkan I nak bentuk muka I jadi ‘Vshape‘, I pun gigih la cuba macam-macam cara. Nasib tak pergi Korea je buat surgery. Haha! I dapat banyak tips melalui beberapa beauty website dan juga youtube. Kat bawah ni adalah tips yang I dah buat dekat diri I sendiri dan mungkin dapat membantu yang lain juga.
1. Tiup belon!
Ini adalah tips yang paling berkesan. Setiap kali tiup belon, otot pipi akan mengembang. Tiup belon adalah cara terbaik untuk tone dan slim down pipi yang tembam tu. Apa yang you perlu buat hanyalah tiup belon untuk beberapa minit. Tiup dan lepaskan balik udara yang di tiup ke dalam belon. Ulang sebanyak 10 kali. Teknik ni memang berkesan. You akan nampak perubahan paling awal pun dalam masa seminggu.
2. Rawatan tuala panas atau wap muka.
Sebelum ni, I suka wap kan muka I untuk rawatan jerawat. Tetapi tips ni juga rupanya dapat mengurangkan pipi yang tembam sebab dapat melawan lemak yang tersimpan di dalam pipi. Rawatan ni senang je, panaskan air dan letakkan ke dalam bekas. Biarkan sekejap sehingga air menjadi suam ataupun you boleh tambah air lain untuk suamkan air dengan cepat. Selepas itu, masukkan tuala kecil yang bersih ke dalam air suam dan perahkan tuala untuk buang lebihan air. Letakkan di pipi ataupun di bahagian lain di muka yang kau nak hilangkan lemak. Ulang proses ni sebanyak 5 kali dan buat 1 jam sebelum you tidur.
3. Kunyah gula-gula getah (tanpa gula).
Tips seterusnya adalah dengan menguyah gula-gula getah. I ni bukan lah peminat gula-gula getah tetapi dari apa yang I tahu, mengunyah gula-gula getah ialah senaman muka yang bagus untuk membakar kalori di pipi. Kalau you orang yang malas untuk buat senaman muka, tips ini sangat berguna because this is the easiest exercise you will ever have to do. Kunyah selama 20 minit setiap hari – (30 minit selepas lunch & 30 minit selepas dinner). Ini bermakna you kena sentiasa ada gula-gula getah di dalam poket! 🙂
4. Urutan muka.
Disebabkan I adalah orang yang rajin, makanya I suka buat urutan muka dan selalunya I buat sebelum i tidur. Tak perlu pun orang lain urutkan. You sendiri pun boleh buat sebab tekniknya sangat mudah. Urutan muka adalah sangat efektif untuk mengurangkan lemak di pipi. Juga untuk tone down wajah. Selain itu, lebihan cecair di muka juga boleh menyebabkan muka dan leher nampak bengkak, dan boleh menyebabkan lemak yang ada terperangkap jauh di pipi. Jadi, bila kerap membuat urutan muka (gunakan minyak, macam I guna bio-oil) dapat menggalakkan peredaran darah dan menghilangkan pengekalan air. Ni video favourite i untuk urutan muka – How to get a Slimmer Face.
5. Jauhi alkohol dan kurangkan pengambilan garam.
Untuk yang muslim, kita pun tahu haram untuk mengambil alkohol. For non-muslim, alcohol actually dehydrates us, and it can make us look bloated and different. Elakkan pengambilan alcohol as much as you can. Bagi pengambilan garam, garam tak membuatkan kita gemuk, tetapi boleh meningkatkan pengekalan air yang membuatkan pipi nampak tembam. Dan sebab ini juga lah, I dah kurang makan junk foods sebab benda ni semua mempunyai amaun garam yang tinggi. Tapi, jangan pula you tak ambil garam terus. Mati la nak! Badan juga perlukan garam. It’s all about moderation. You can have some salt, but not too much.
6. Membuat senaman muka.
- Putaran lidah
Senaman ni mungkin bunyinya pelik tetapi ianya adalah senaman muka yang sangat popular dan mudah untuk dibuat. Sangatlah efektif untuk mengurangkan lemak di muka. Apa yang you perlu buat, dengan mulut tertutup, buat putaran lidah secara membulat. Semasa membuat putaran, lidah mesti menyentuh permukaan luar gigi atas dan juga gigi bawah. Buat 15 kali mengikut arah jam dan juga 15 kali melawan arah jam.
- Berkumur
Kumur air suam 3-4 kali setiap hari. Buat sebelum tidur.
- “Fish Face”
Senaman ini pun mudah dan boleh dibuat pada bila-bila masa you nak – termasuk semasa menonton tv ataupun memasak. Senaman ni terbaik untuk mengurangkan lemak yang berada di bawah pipi dan juga dagu. Caranya, sedutkan pipi dan mulut kau ke dalam dan biarkan di dalam kiraan 10 saat. Selepas itu, kau ulang benda yang sama sebanyak 5 kali.
Dan kata akhir dari I, jangan malas untuk menjaga kecantikan.
Until then..