Soooooo…for the first time in my life i kena saman melibatkan parking kereta. Haha. Ceritanya bermula disebabkan me and my boyfriend nak makan roti pisang for our breakfast. Both of us memang suka gila roti pisang kat kedai mamak bersebelahan dengan Heritage Apartment (located in Seri Kembangan). Nak dijadikan cerita, pagi tu memang susah nak cari parking. Cari punya cari, akhirnya jumpa la juga parking walaupun jauh sikit dari kedai mamak ni. Cuma i memang tak tahu pun parking kat situ actually kena pakai kupon. Then, after we had our breakfast, time nak gerak tengok dah ada surat saman diselitkan di wiper kereta. RM80.00. Ceh. Tak pasal-pasal je.
Honestly, i cuba untuk abaikan je saman ni. I tak nak bayar. Until 14 days later, i dapat surat reminder. Malas nak panjang cerita, i pun bayar. Nasib baik la saman ni boleh dibayar secara online dan i actually tak perlu bayar penuh pun. Haishh. Kalau la i tahu dari awal. Hehe. Jadi, if you dapat saman dari MPSJ ni, sila terus buat bayaran. Selagi pembayaran di buat di dalam tempoh yang diberikan, bayaran adalah lebih rendah dari yang sepatutnya.
Okay, cara nak buat bayaran secara online ni senang je :
Firstly you kena layari laman web www.mpsj.gov.my. Seperti yang i bulatkan di bawah, klik bahagian “Kompaun” :
(p/s : klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas)
Then, you akan terus di sambungkan ke Web Pelanggan MPSJ (seperti di bawah). Bagi carian kompaun, you boleh pilih diantara No. Kenderaan, No. Kompaun ataupun No. Kad Pengenalan. If you pilih carian No. Kenderaan, masukkan no. plat kereta.
After no. plat kereta dimasukkan, klik “Cari” dan senarai kompaun akan dipaparkan bersama-sama amaun yang perlu dibayar. Selain itu, di bahagian “Makluman”, you boleh lihat sendiri jadual amaun kompaun yang perlu dibayar mengikut tempoh. Lagi awal you bayar, lagi rendah amaun yang dikenakan.
Klik “Pilih Untuk Bayar” dan you akan nampak jumlah kompaun yang hendak dibayar di bahagian “Bayaran Online” di sebelah kiri website.
Bila you rasa dah confirm nak buat bayaran, klik “Bayaran Online” dan paparan seperti di bawah akan dipaparkan. Fyi, bayaran hanya boleh dibuat melalui Kad Kredit ataupun Kad Debit. Masukkan butiran diri dan juga kad kredit / debit. Seterusnya, klik “Visa / Mastercard” atau “Amex”. You akan terus disambungkan untuk proses pembayaran.
Dan akhir sekali, setelah pembayaran dibuat tanpa sebarang masalah, you boleh cetak resit ataupun download ke dalam komputer untuk simpanan. Contoh butiran pembayaran adalah seperti di bawah :
Mudah kan? Jadi, kalau dapat saman tu, tak perlu nak tunggu lama-lama. Dah salah sendiri kan? bayar je. Lagi cepat bayar, lagi jimat duit. Okay, itu sahaja. Until then! 🙂