Jalan-Jalan Ke Taman Burung, Kuala Lumpur (KL Bird Park).

Taman Burung Kuala Lumpur atau KL Bird Park adalah salah satu tempat pelancongan yang sangat popular di Kuala Lumpur. Few weeks ago i finally berkesempatan untuk melawat Taman Burung ini dengan hasil bantuan google map – well, jalan di KL ni i failed hokey. Hehe. I was amazed by how huge this place is. This place is claimed to be the World’s largest free-flight walk-in aviary. Bila masuk rasa macam berada di dalam Jurassic Park gitu. Ceh, over! Untuk pengetahuan, kebanyakan burung-burung di sini tidak diletakkan di dalam sangkar. Burung-burung bebas untuk berjalan dan terbang dengan bantuan net canopy yang sangat besar menutupi seluruh Taman Burung ni.

Apa yang best, sesetengah burung di sini tak takut dengan manusia. Burung merak contohnya, akan datang dan makan makanan yang diletakkan di telapak tangan. Tapi if you ada niat nak bagi burung makan, bukan sembarangan makanan you boleh bagi. Makanan burung boleh dibeli di tempat-tempat yang disediakan di dalam Taman Burung ini. Tak mahal pun actually. Dalam RM2.00-RM5.00 je. Pelawat-pelawat yang datang juga dinasihatkan untuk tidak mengejutkan atau menakutkan burung-burung yang bebas berjalan. Jadi, bila you nampak burung, jangan buat dia terkejut. Tenang-tenang aja. Nak tangkap gambar pun senang bila burung tak takut.

Harga tiket untuk masuk ke Taman Burung Kuala Lumpur (KL Bird Park) :-

Warganegara Malaysia :
RM27.00 (Dewasa)
RM13.00 (Kanak-kanak)

Pelancong Asing :
RM50.00 (Dewasa)
RM41.00 (Kanak-kanak)

Ini bermakna, kalau datang ke sini, tak payah gigih berlakon jadi pelancong luar negara yer. Harga tiket untuk pelancong luar tak hingat punya mahal.

Taman Burung Kuala Lumpur ini dibuka pada setiap hari termasuk Public Holiday dari pukul 9.00 Am sehingga 6.00Pm. Parking disediakan dan tak perlu bayar.

 

Tips Jika Datang Ke Sini :

  • Jangan lupa bawa air. Tempat ni sangat besar dan confirm akan rasa dahaga. Air mineral botol kecil sahaja di sini berharga RM4.00-RM5.00! Haha. 
  • Nak beli tiket kena bagi mykad. Jadi kalau ada kawan foreigner, ingatkan untuk bawa passport. 
  • Tak payah gigih nak mekap tebal berfesyen bagai sebab dah masuk ke dalam ni confirm berpeluh. Mekap semua cair lah! 
  • Jangan pakai high heels. Jalan berbatu-batu dan banyak tangga. Di sesetengah zon jalan licin.
  • Tempat ni sangat besar. So, make sure tak terlepas untuk masuk setiap zon sebab setiap zon berbeza.
  • Kalau jenis tak tahan panas, sila bawa payung atau pakai topi yer.

Itu sahaja mengenai Taman Burung yang i dapat share. Kalau free on weekend atau cuti sekolah, boleh la bawa anak-anak datang ke sini. Nak bawa girlfriend-boyriend, family pun boleh. Memang seronok tengok burung-burung di sini. Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh rujuk laman web ni : Kuala Lumpur Bird Park. 

 

X, Hani.

error: Content is protected !!