Tips Blogging Untuk Newbie

 

1. Pastikan blog ada tema. 

Tema yang i maksudkan ni bukan blog design yang you customized tu. Tetapi tema bagi apa yang nak dikongsikan di dalam blog. Contoh tema adalah seperti – Travel, Review, Tutorial, Fashion & Beauty, Recipes, etc. You can write anything you want, but if you nak dapat banyak traffic, your blog kena provide things yang dapat membantu orang lain. Okay, tanya diri sendiri, bila kita tak tahu about something, most of us akan cari di internet kan? Jadi, kalau boleh tetapkan tema blog yang berkaitan dengan keperluan orang lain. Oh, tapi jangan lupa untuk ikut kesesuaian dan kelebihan diri you. 

Your blog akan cepat dapat visitors bila blog content berbeza dengan blog orang lain. Contohnya, sebelum i menulis post mengenai Cameron Highlands, i buat research online dahulu dan i noticed banyak blog dah kongsikan mengenai tips percutian ke sana. Jadi, i tak tulis mengenai tips percutian. I tulis mengenai perbezaan ladang-ladang teh di Cameron Highlands. That post now adalah diantara salah satu blog post i with high traffic. Lagi satu, if you terfikir nak tulis mengenai aktiviti harian you, kena ingat yang you bukan Artis atau Celebrity yang sentiasa dapat perhatian. Nobody interested to know aktiviti harian you selain your family, stalker & haters. 


2. Jangan Fikir Nak Buat Duit Dengan Blog. Build your traffic first. 

Banyak blogger newbie bila buat blog je, dah fikir nak letak ads. Jangan rosakkan your blog with ads. Tolak tepi dulu segala Nuffnang, Google Ads or any Affilliates. Lagipun, tak ada siapa suka baca blog yang penuh dengan ads. Put your main focus to build your traffic. Cari idea untuk tulis apa on your blog. If your traffic tinggi, you don’t even need to put ads. Orang sendiri akan cari dan bayar you for review or share something about them on your blog. Macam blog i kalau you perasan, i tak letak ads unless if ada orang bayar i untuk letak ads di sebelah kiri atau kanan blog post i. Itupun tempoh hanya diantara 14 days-30 days. Selain tu, i dibayar untuk share link dan review. My blog mengambil masa almost 2 years untuk sampai ke tahap ini. So, kena ada kesabaran yer. 


 

3. Tak Semestinya Perlu Join Any Blogger Club Or Community. 

If you jenis friendly dan suka bergaul with strangers, you can join it if you want, but personally to me, it’s not recommended terutama kalau you jenis sukakan privacy. I’m not into club and community either. I never joined one. I’m a lone ranger. Suka bergerak solo without any influence dari other people terutama from strangers. Lagipun my prinsip, why follow when i can lead? 


4. Sentiasa tengok balik your old blog posts. 

Semakin lama you dalam dunia blogging, semakin bertambah baik your writing skills. If you tanya i balik mengenai blog posts i yang lama, kebanyakannya i terpaksa edit balik sebab banyak cacat cela yang i nampak. Bukan blog posts yang lama sahaja, even yang baru pun I sentiasa akan check balik dan edit mana-mana post bila i rasa ada penggunaan ayat yang lebih baik dan mesra pembaca. So, kena sentiasa luangkan sedikit masa untuk baca balik your blog posts supaya “the-new-you” nampak mana kesilapan “the-old-you” bila menulis blog. 


 

5. You make your own experience. 

You tak akan dapat tulis something on your blog kalau you tak ada knowledge dan experience mengenai something unless you copy paste dari blog orang lain (Well…you sucks if you are this kind of person). Make sure your blog is unique and original. Manakala, untuk improve your writing skills, you kena rajin membaca blog orang lain. 

Nak dapatkan idea untuk tulis blog ni kadang-kadang mengambil masa. It’s okay. Take your time. No need to rush. Lagipun, mood untuk menulis ni bukan sentiasa ada. Tips i untuk dapatkan idea, you kena alert dengan kegiatan harian you dan apa yang terjadi di sekeliling you. Contohnya, you terdengar someone tak tahu cara nak bayar bil elektrik secara online. Bila you balik rumah, kumpulkan maklumat dan mula tulis about it. Selain tu, katakan if you pergi somewhere, make sure you ambil nota tentang setiap tempat persinggahan you contohnya – the price, transportation, etc. If you travel, jangan buang resit, simpan your itinerary. So, bila you nak tulis di dalam blog, you ada something sebagai rujukan. But still, it depends on what tema you pilih for your blog. 

Nak tulis blog ni, you kena sentiasa cari idea. Lagi senang kalau you dah ada knowledge dan experience about things yang you nak kongsikan. Boleh terus tulis on your blog. Cuma you still kena buat sedikit research online supaya you dapat kembangkan lagi apa yang nak ditulis. 

And finally…always remember, knowledge dan experience sangat penting bila menulis blog. Jadi, make sure sebelum tulis something, you dah ada 2 perkara ni. 

 Until then….

 

 

error: Content is protected !!