Berikut adalah perkongsian ringkas untuk sesiapa yang baru nak renew passport dan tempat pengambilan adalah di Putrajaya. Bagi yang tinggal di luar Putrajaya, jangan risau, cara adalah sama sahaja cuma tempat pengambilan yang berbeza.
Sekarang ni untuk renew passport, pemohon perlu apply secara online, melainkan bagi kes-kes passport bermasaalah. Apply di MyOnline Passport. (klik link)
Pilih “Permohonan Passport – Application for the renewal of passport.” Kemudian, klik “Setuju”
Contoh adalah seperti di bawah:
Masukkan No. passport semasa (passport yang dah tamat tempoh) serta butiran-butiran lain yang diperlukan. Kemudian klik “Carian.” Butiran diri akan dipaparkan berdasarkan no. passport yang telah dimasukkan.
Note:
*I tak boleh nak share paparan seterusnya sebab masa I renew tempoh hari, I terlupa untuk screenshot. Cuma I boleh share berdasarkan apa yang I ingat.
- Selepas butiran diri dipaparkan, gambar baru passport perlu dimuat naik. Make sure gambar adalah mengikut spesifikasi yang ditetapkan.
- Gambar yang dimuat naik nanti boleh di adjust mengikut spesifikasi. You hanya perlu gerakkan gambar sampai muka berada di tengah-tengah ikon bentuk muka di dalam kotak yang dipaparkan.
- Contoh gambar yang di ambil di kedai gambar adalah seperti di bawah:
Spesifikasi gambar adalah seperti di bawah:
- Latar belakang foto MESTI berwarna putih tanpa bayang. Latar belakang menggunakan warna lain tidak akan diterima.
- Pakaian berwarna gelap serta menutupi bahu dan dada.
- Bagi perempuan yang memakai tudung kepala atau hijab mesti memakai tudung/hijab yang berwarna gelap dan tidak boleh menutup muka.
- Tidak memakai cermin mata, kanta lekap berwarna dan aksesori di atas kepala.
- Gambar yang dimuatnaik mestilah dalam bentuk softcopy yang diambil oleh kedai gambar profesional.Gambar polaroid tidak dibenarkan.
Permohonan yang tidak menepati spesifikasi tidak akan diproses terlebih dahulu dan akan menyebabkan kelewatan semasa pengambilan/serahan passport.
*Tips: Tangkap gambar di kedai gambar untuk mengelakkan permohonan ditolak. Range harga dalam RM15-RM20. Diorang akan print dan juga hantar softcopy. Minta je hantar softcopy melalui Whatsapp. Untuk perempuan, jangan pakai make up berlebihan. Biar make up natural je. Jangan pakai fake eyelash ataupun coloured contact lenses. 👍
- Selepas gambar dimuat naik, bayaran perlu dibuat. RM200.00 untuk tempoh 5 tahun. Print resit untuk dibawa ke Jabatan Imigresen semasa pengambilan passport. Boleh print resit di “Pertanyaan Status Permohonan”:
- Tempoh kelulusan tak sampai 24 jam. Berdasarkan pengalaman I, permohonan I dibuat pada 05.06.2023, 9:00 Malam. The next day pukul 05:00 petang I received email Keputusan Permohonan Passport. No borang yang diberi di dalam email adalah sangat penting untuk permohonan temujanji pengambilan passport.
Perlu ke buat temujanji?
YA. Kalau walk-in, takut no. giliran dah habis terutama pada waktu petang. Sia-sia datang. Masa pengambilan passport nanti, make sure bawa:
- Salinan resit permohonan renew passport.
- Salinan temujanji.
- Passport yang telah tamat tempoh.
Untuk temujanji, boleh dibuat di STO. (klik link)
- Klik “Book My Appointment” dan masukkan butiran diri.
- Masukkan info temujanji. Pilih lokasi dan waktu pengambilan, klik hantar.
- Print salinan temujanji di “Search My Appoinment.”
Pengambilan Passport Di Putrajaya.
Lokasi pengambilan passport adalah di Menara Ikhlas, Putrajaya. Bahagian Keselamatan & Passport, Jabatan Imigresen Malaysia terletak di sini, bukan di Ibu pejabat Imigresen Malaysia.
Parking:
- Boleh parking di sebelah Mahkamah Persekutuan Malaysia (free) ataupun Parking Touch N Go yang I bulatkan dalam gambar di atas (recommended). Parking la mana-mana pun, memang kena berjalan sikit. Hehe.
Proses Pengambilan Passport:
- Di Menara Ikhlas, naik level 3 dan terus beratur di kaunter yang terletak di tengah-tengah. Ada dua kaunter. Pilih kaunter di sebelah kiri untuk “Online.”
- Tunjuk salinan resit, salinan temujanji dan passport kepada pegawai bertugas. Ambil no giliran yang diberi.
- Terus pergi ke kaunter No. 18 dan letakkan salinan resit, salinan temujanji dan passport di dalam kotak yang terletak di atas kaunter.
- Duduk untuk tunggu no. giliran dipanggil.
- Kaunter pengambilan adalah kaunter 19 – 21. Bila no. giliran dipanggil, pergi ke kaunter yang tertera di dalam skrin. Pegawai bertugas akan minta untuk tandatangan dokumen passport. Kemudian cap ibu jari kira & kanan.
- Selepas itu, Pegawai bertugas akan serahkan Passport baru untuk ditandatangani dan kembalikan passport lama. Selesai.
Tempoh keseluruhan menunggu nombor adalah dalam 25-30 minit. Tak lama. Nombor giliran sangat laju. 😂 Setiap kali kelipan mata, nombor berubah. Giteww.
Sedikit info:
- Muka depan passport lama akan digunting sedikit (seperti di dalam gambar).
- No. Passport baru adalah berlainan dari No. Passport lama. Tapi No. Passport lama ada tertulis di muka surat akhir passport baru.
- Make sure masa book flight ticket, tukar pakai No. Passport yang baru.
- Bagi yang baru nak buat passport, datang pada awal pagi sebab no. giliran adalah terhad.
Semoga perkongsian ini membantu! X, Hani. ❤