Resepi ni adalah satu-satunya resepi Greek yang i belajar semasa i berada di Greece. Memang sedap. Kali pertama rasa i dah jatuh cinta! Sebab tu i belajar. So today i nak share dengan semua cara-cara untuk memasak salah satu makanan Greek yang menjadi kegemaran i ni.Ā
Bahan – Bahan:
Daging Lembu (tanpa tulang)
1 BijiĀ Bawang Besar Holland
1 Ulas Bawang Putih
1 Batang Kulit Kayu ManisĀ
1 Tin Tomato Puree
1/2 Cawan Olive Oil
4 biji Pimento Seeds
3-4 Cawan Air
Garam
Serbuk Lada Hitam
Cara Memasak:
1) Kisar bawang besar holland bersama-sama dengan bawang putih.
2) Panaskan 1/2 cawan olive oil di dalam periuk. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dan tumis sehingga naik bau.Ā
3) Setelah itu, masukkan daging lembu. Balik-balikkan daging sehingga keseluruhan daging bewarna keemasan.
4) Diikuti dengan memasukkan 3-4 cawan air (sehingga menutup keseluruhan daging), kulit kayu manis dan 4 biji pimento seeds. Kacau dan biarkanĀ sehingga mendidih.
5) Kemudian masukkanĀ 1/2 tin tomato puree.Ā
5) Letak sedikit garam dan serbuk lada hitam. Kacau sehingga sebati.
6) Perlahankan api dan masakĀ selama 2-3 jam sehingga daging lembut dan sos menjadi pekat.
7)Ā Hidangkan bersama-sama nasi ataupun spagetti. Selamat mencuba!
Coffee helps me write. Support helps me shine š„°
Discover more from Wanderhoney.com
Subscribe to get the latest posts sent to your email.