Disebabkan sebelum ni i pernah terjebak dengan “suami orang”, i nak share sikit mengenai pengalaman i ni. Bukan apa, sebab i tahu ramai lagi wanita di luar sana yang masih buta ; Buta mata, buta hati dan buta segala-galanya. Yela..Cinta kan? Benda buruk pun nampak baik je. Ceh.
Kenapa “suami orang”? Okay, chup! Actually i tak tahu pun dia suami orang. Bujang katanya. Bodohnya i sebab percaya. Tu pun nasib baik i dapat tahu. Kalau tiba-tiba i kena serang masa i tak tahu apa-apa? dah naya i. Tapi tak apa, at least pengalaman i ni mengajar i untuk lebih berhati-hati di masa hadapan supaya tak percayakan kata-kata lelaki 100%.
Anyway, lelaki yang i akan ceritakan ni adalah “mungkin” about your husband. Yes, your husband yang you percayakan sangat tu. 🙂 Kalau nak tahu, kena la baca post i ni sampai habis.
Di awal perkenalan, i memang tak ada perasaaan langsung pun dengan Mr. A (bukan nama sebenar). To be honest, he’s just not my type. Tak ada apa yang special pun about him yang membuatkan i tertarik. Mr. A ni pun pada i jenis annoying-as-f*ck-kind-of-guy. Ada 2 sebab kenapa : 1st sebab bila i tak reply his message, dia akan text i lagi dan lagi yang membuatkan i jadi rimas. 2nd sebab dia jenis lelaki yang suka nak pegang-pegang (eh! nak je i tampar).
Okay, mesti you tertanya-tanya dari mana i kenal Mr. A ni. Actually we met at the hospital. Mr. A adalah doktor di hospital yang i selalu pergi for my ear check up. He got my phone number dari rekod i di hospital.
Jadi, apa yang membuatkan perasaan i terhadap Mr.A ni berubah?
Hmmm, bomoh kot? haha. No lah. Bomoh-bomoh ni “bestfriend” i je percaya. Ceh. Things changed bila i masuk hospital for ear surgery. Dia tukar his on-call duty schedule supaya dia dapat tengok-tengokkan i di wad. Dia jaga i sebelum dan selepas my surgery. Dari situlah i nampak effort dia untuk dapatkan i dan terfikir “why not give him a chance”. Long story short, after i keluar hospital, bermula la kisah percintaan i dengan Mr. A.
Indeed, i was so in love with him. For the first time in my life i dah mula terfikir untuk tamatkan zaman bujang. I was so happy with the relationship dan tak terlintas sikit pun di fikiran i yang Mr. A ni mungkin suami orang. Sumpah tak pernah. You know why? Sebab i had high expectations on him. I pandang dia as someone yang bermaruah since he is a doctor, educated, solat tak tinggal dan status dia as a mummy’s boy yang menampakkan dia as someone yang tak mungkin akan melukakan hati perempuan. Kalau tengok muka pun, gila la, susah nak percaya. Muka orang baik-baik. I ni sepanjang in a relationship with him, dari rambut i blonde terus jadi hitam. Dari suka pakai short, terus tukar seluar panjang. Bagus lah i berubah kan? Benda baik. Tapi apa yang i nak tunjukkan di sini adalah betapa hormatnya i dekat dia dan betapa baiknya luaran dia sampai i sendiri nak berubah supaya i nampak sepadan dengan dia.
Bila bercakap about relationship, macam biasa. Semua relationship pada awalnya indah. Macam tu juga my relationship dengan Mr. A. His effort masa nak dapatkan i memang world class. Kudos! But then, after few months, i mula rasa something fishy. Being his girlfriend memang menguji jiwa dan raga i since i ni jenis need a lot of attention. The kind of attention yang i harapkan from him i tak dapat. At least tak macam di awal relationship. His time untuk i makin lama makin berkurang. Weekend memang jangan harap lah dia nak bawa i keluar dating (padahal tak kerja pun on weekend). Sama la juga kalau public holiday. Alasan – jaga mak di rumah. Datang jumpa i pun on weekdays after habis kerja. Bawa i keluar makan, then dia balik. Nak tengok wayang pun susah. Sampai satu tahap i rasa dapat jumpa dia dalam sekali atau dua kali sebulan je. Lagi satu, kenapa tak pernah nak kenalkan i dengan kawan-kawan atau his family? Kenapa? Kenapa? Kenapa? Haishh. banyak persoalan yang bermain di fikiran i.
Until one day – on March 2015, hati i mula tergerak untuk tanya kawan Mr.A (Mr. F), yang sebenarnya memang dah lama ada di dalam friendlist facebook i. Mesti pelik kan macam mana Mr.F ni tiba-tiba ada di dalam friendlist i? Okay, secara kebetulan, Mr.F dan i, we went to the same high school. I tahu dia kenal Mr.A sebab dia pernah komen gambar i dengan Mr.A di dalam facebook sebelum ni. Tapi disebabkan i percaya Mr.A 100%, i tak pernah nak tanya or siasat about Mr.A dengan dia. Cuma i rasa terkilan sebab dia pilih untuk diamkan diri walaupun dah tahu dari awal lagi yang Mr. A ni dah berkahwin. Itupun masa i tanya Mr.F, dia tak terus-terang yang Mr.A ni dah berkahwin. Dia hanya bagi hint that i shouldn’t be in a relationship with Mr.A dan selebihnya dia minta i tanya Mr. A sendiri.
Okay, fyi, our relationship dah mengambil masa 8 bulan bila i dapat tahu dia rupanya suami orang. Nasib baik 8 bulan. Kalau bertahun? Yang 8 bulan ni pun i frust teruk. Menangis tak hingat punya. After i dapat hint dari Mr.F, I pun terus called Mr.A and asked him if dia ada simpan apa-apa rahsia from me but he denied. Sampai la i tergerak hati nak tanya “u dah kahwin kan..?”. Dia terdiam, but later dia terus bagi alasan masa dia mula kenal i, his marriage tak bahagia dan almost nak bercerai. Bila i tanya sampai bila dia nak rahsiakan from me, dia jawab :
“I nak bagitahu you everything bila dah bernikah sebab itu sahaja cara untuk you tak boleh lari ke mana-mana”
I was like “What the F**k? what was he thinking?”
I hung up the phone dan terus pergi ke rumah bestfriend i. Later we both mula korek everything from the internet about Mr.A such as apa facebook dia, siapa wife dia, his siblings, etc. Sepanjang our relationship, he told me that he don’t have a facebook (i pernah cari sebelum ni tapi tak jumpa). Rupanya his facebook pakai nama lain. Hasil dari bantuan Mr.F, i jumpa his wife’s facebook which led me to his facebook. Apa yang membuatkan i paling sakit hati lagi bila i tengok gambar-gambar wife dia. Macam mana la dia sampai hati tipu wife dia? She got everything. F**k. He’s such an a**hole.
So far, apa yang i tahu about his wife, she is a doctor di Hospital Kuala Lumpur (HKL). Baru transfered balik dari Sabah. Orang Johor. He cheated on her masa dalam pantang anak pertama. Okay, i ulang ANAK PERTAMA. Usia perkahwinan baru 2 tahun. To me, 2 tahun tu masih dalam honeymoon. Yet, he told me dia tak bahagia with his marriage dan dia menyesal kahwin awal sebelum kenal i. He also told me that dia tak kahwin atas dasar cinta, which obviously…………A LIE.
Berbalik kepada alasan dia “tak bahagia”, macam i cakap di atas, his marriage atas dasar cinta. Dari info yang i dapat, their relationship pun dari zaman study. Celah mana tak bahagia? Baru 2 tahun kahwin dah tak bahagia. Anak pun baru dapat sorang. Bila tengok gambar bukan main lagi bahagia. Sayang anak bini. Bila ditanya, pandai pula jawab gambar tak menggambarkan keadaan dia yang sebenar. *Kalau la wife dia tahu….*
Personally to me, his wife memang nampak perfect terutama untuk lelaki muslim yang mahukan isteri yang baik. Nampak solehah gitu. At least dari segi luaran lah. Nak cakap lebih-lebih pun i tak kenal his wife. His wife jenis bertudung labuh tutup aurat (bukan jenis suka berfesyen), siap berkelas usrah bagai dari zaman study lagi. Memang jauh berbeza dengan i. As a muslim woman, bila i sendiri tengok wife dia macam tu, hati i sakit bila fikir balik macam mana dia cuba nak ubah i sedangkan ciri-ciri yang dia nak dah ada depan mata. Kesian wife. Tak tahu laki dia jenis penipu pandai berlakon. I pun setiap kali tengok gambar his wife, i tertanya-tanya, why? just why? apa yang Mr. A ni tak puas lagi? Sebab kau lelaki melayu? boleh kahwin 4? Sebab kau banyak duit? Sebab tu?
My advice to every women out there, never get involved with a married man. NEVER! Tak kira la apa pun alasan sebab lelaki macam ni selalunya akan bagi pelbagai alasan untuk buat kita rasa simpati supaya hubungan diteruskan. Trust me, i’ve been there. Alasan paling popular adalah “tak bahagia”. Untuk selamatkan diri dia juga, he will manipulate you. Macam Mr.A ni, after semua dah terbongkar, he asked me to give him time untuk betulkan keadaan. Dia akan cari my mum bila semuanya selesai. Dia akan tetap kahwin dengan i. I pun tak tahu apa ada dalam kepala otak Mr.A ni. Tapi, gila plak i nak runtuhkan rumah tangga orang. I am a firm believer that what goes around comes around. I’m a woman, of course i dapat rasa perasaan wife dia if dapat tahu her husband cheated on her. Yes, i’m in love with her husband tapi i sendiri pun kalau ada suami, i nak suami i jadi hak milik i seorang sahaja.
*Btw, I nak terus-terang juga di sini, after we broke bila semuanya terbongkar, i pun lemah juga sebenarnya bila dipujuk dan dengar alasan-alasan yang dia bagi. I baik semula dengan dia for a few weeks walaupun dah tahu dia suami orang. During that time, he told me dia akan ke Bali untuk kursus sehari (dafuq kursus sehari..? still a lie…because i’m not that stupid) dan terus ke Lombok untuk bercuti with his family. During his vacation in Lombok with his wife, he texted me cakap dia tak happy kat sana because hati dia kat Malaysia. Oh my! how i wish his wife tahu semua ni. Tapi nasib baik i dapat control diri. I tahu this is not right sampai satu tahap i jadi menyampah dengan Mr.A. But still, until today, Mr. A tak serik. Still nak contact2 i ataupun my parents. lol.
If i terlalu ikutkan “cinta” dan percaya Mr.A truly wants to marry me, kebodohan i hanya mengharapkan Mr.A ceraikan his wife dan jadikan i his only woman. But since i ni cerdik banyak, pada i “cinta” adalah something yang kita sendiri create, it can actually fade away. Lagipun why would i want to spend my life with a cheater? Hell no!
I ambil masa 2-3 months untuk pulihkan hati i balik. Okay, 2-3 months boleh dikatakan tak lama. Ha! Lucky i ni jenis cepat move on. Sekarang bila i fikir balik, macam bodohnya i menangis-nangis sebab Mr.A. Dulu pada i Mr.A adalah lelaki yang terbaik i pernah kenal dan i tak akan jumpa lelaki macam ni sampai bila-bila. Ceh. Padahal Mr.A adalah salah seorang lelaki yang paling teruk i pernah jumpa.
Orang tanya i, kenapa tak cari wife dia dedahkan semuanya about her husband?
To be honest, i tak sampai hati. I tak tahu dari mana i nak mulakan. Lagipun melayu ni selalunya akan salahkan orang ke-3 tanpa usul periksa. Ye tak? Bukan salahkan lelaki yang gatal. Sampai sekarang (dah ada anak ke-2) wife dia tak tahu. Anak perempuan pula tu (Mr.A ni tak fikir maybe one day Tuhan balas balik ada lelaki buat benda yang sama kat anak perempuan dia). Well readers…remember dia cakap “tak bahagia”. Macam mana boleh keluar anak ke-2 kalau “tak bahagia” kan? Mesti wife dia ingat husband dia baik, percaya 100% yang husband dia tak akan buat something like this on her. OMG, takut i nak kahwin tau!
Untuk isteri-isteri luar sana :
- If dengar cerita about orang ke-3 in your marriage, jangan terus serang perempuan tu. Siasat dulu. Kalau kena macam kes i, naya je. Bukan i tau apa-apa. Nasib i baik je sebab i tahu lebih awal sebelum wife dapat tahu. Kalau tak memang viral la kes i dalam facebook sebab kena serang. Haha.
- Since you’re husband and wife, make sure your husband tak ada masalah for you to check their handphone. If dia pakai lock tanpa you tahu macam mana nak unlock, something wrong there. Husband and wife supposed to share everything. No secret.
- Do not trust your husband 100%. At least simpan sikit 10% perasaan curiga dan ambil tahu kegiatan harian dia.
- If dah tahu husband ada perempuan lain, jumpa dulu perempuan tu. Tanya baik-baik. Unless perempuan tu memang jenis niat nak rampas your husband. Tampar je laju-laju.
Yang masih single tu, jangan jadi penyebab runtuhnya rumah tangga orang lain. The choice is always in your hands. Lebih baik single dan tunggu the right person to come and make u his one and only. Trust me, the right person will come but dont forget to open your eyes and use your brain – to think.
Ada orang cakap i terlalu menunjuk about Mr.A on social media. Shared photos semua tu. But, i tak regret anything. Kalau bukan sebab gambar i shared on facebook & instagram, sampai bila pun i tak akan tahu about Mr.A. Sebab tu, i bukan jenis sorokkan hubungan dari public because there’s always someone out there yang kenal your partner more than you do. Lagi satu, always remember this : If a guy betul-betul serious about u, dia tak akan hide the relationship. He will introduce you to his friends and his family. And never ever judge a person based on their appearance. Nampak baik tak bermakna baik. Siasat background that guy tak kira la guna apa cara sekalipun. Nak lagi senang, check je dengan Jabatan Pendaftaran Negara status lelaki tu. (Okay, tak pernah try lagi) Haha.
And last but not least :
Check out my new post : Nasihat untuk perempuan yang bercinta dengan suami orang.
I pun ade experience mcm u. Kenal a guy, dia ckp dia lum kawin padahal dah ade anak 2. Comey lg anak nya.. i tahu pun sbb dia kantoi dgn kakak ipar dia.. then, his wife, msg i mrh2 i… I rasa sgt kecewa.. tp i tahu bukan salah i sepenuhnya, so, i decide utk cari wife dia dh explain everything.. wife dia sgt cantik okay… Memula wife dia x nak sbb wife dia dh putus asa dgn dia tp i pujuk, then i dtg umah dia, jumpe wife dia dpn rumah.. what happen then? I promise pd wife dia yg wife dia akan jumpe i sekali dan x kan jumpe i selamanya lg. Then i tipu ckp yg i akan kawin thn dpn.. huhuhu.. i pujuk supaya dia bg peluang pd suami dia.. i ckp anak2 dia perlukan ayahnya utk membesar… Lama2 tu wife dia okay.. wife dia menangis2… Kesian i tgk… Then i mmg trus tkr no phone spy x dpt dihubungi lg.. tp husband dia mmg x serik, cr i dlm FB sume… Konon alasan, x dpt anak lelaki bagai, tp thn berikut nya i dgr dr kwn dia, dia dh dpt anak lelaki tp perangai dia tetap la mcm tu i rase… I doakan dia berubah… Byk pengorbanan isteri dia dh buat…. Kesian
Kesian kan. Dah ada wife and anak buat perangai. Mcam i nasib baik la i dapat tahu dulu before wife tahu. Jadi kes settle between i and my ex je. Tu pun after dah terbongkar, still nak spy i , cari i semua. Konon sampai bila pun dia akan jaga i. Laki kalau xboleh setia memang tak boleh nak ubah. Benda camni bila tengok wife, memang tak ada cacat cela tapi ntah apa yang diorang tak puas nak jugak ada perempuan lain. Kesian dekat wife..
Good la you, at least you’re much better than him and you know what’s right
yeah…dia boleh cheat on his wife now, in the future he will cheat on me too.. 🙂
Yeah betul tu, one day dia akan ckp kt ppuan lain that he’s single , so scary hahah
If one day i nampak dia with other woman, surely i tak akan agak-agak nak beritahu his wife..
Good good, save his wife from this man 🙂