
I masih ingat lagi kali pertama I naik kapal terbang ke luar negara, nervousnya ya Allah, tak tahu nak cakap macam mana. 2-3 hari sebelum penerbangan, I tanya diri sendiri, “Eh… kau ni betul ke Hani oi pergi luar negara sorang-sorang? Naik kapal terbang pun tak pernah.” Serius, memang I nervous sebab I tak familiar dengan prosedur di airport; I risau I sesat, tak jumpa gate etc. Lagi over bila I fikir kena kidnap atau ada terrorist attack. Ceh, over! 🤣
Tapi Alhamdulillah, perjalanan pertama I ke luar negara berjalan dengan lancar, macam dah expert lol! Jutaan terima kasih kepada Google dan YouTube kerana banyak membantu. Hehe. Jadi, kepada sesiapa yang sedang mengalami apa yang I pernah alami ni, chill je. Here’s my A to Z guide untuk yang pertama kali menaiki kapal terbang!
1. Passport & Visa
📌 Passport – Passport is a must untuk travel ke luar negara. Melainkan you Queen Elizabeth, tapi dah tentu bukan. 🤭 Sila buat passport awal-awal! Pastikan passport valid sekurang-kurangnya 6 bulan sebelum tarikh travel. Kalau tak, boleh kena deny entry. Sekarang ni, passport Malaysia hanya RM200 untuk 5 tahun. Prosesnya mudah—pergi je Imigresen bawa IC, hari tu juga siap!
📌 Visa – Passport dan visa adalah 2 benda berbeza. Passport adalah buku lawatan yang bewarna merah bagi warganegara Malaysia. Visa adalah pass kemasukan yang dikeluarkan oleh kedutaan negara yang ingin dilawati. Bukan semua negara perlukan visa, jadi sebelum travel, check dahulu sama ada negara yang dituju perlukan visa atau tidak. Boleh refer di laman web rasmi imigresen bagi Visa Requirement for Malaysian.
2. Flight Ticket
✈️ Beli tiket 3-6 bulan sebelum tarikh travel untuk dapat harga yang lebih murah. Tak perlu pakai travel agent. Sekarang ni semua boleh settle online.
Gunakan website seperti Skyscanner, Google Flight dan Kayak untuk perbandingan harga tiket. Tapi, if you was-was untuk beli ticket menggunakan dua website ini, terus je beli di website airlines. Cuma harga jauh berbeza la. Setakat ni I tak pernah ada masalah beli tiket di Skyscanner.
📢 Important! Nama di tiket mesti sama dengan passport. Kalau tidak, tiket tak valid, menangis air mata darah pun tetap tak boleh naik flight! 😭 Bagi kita orang Malaysia ni yang ada “bin dan binti”, untuk mengelakkan sebarang masalah di luar negara, sila letak “bin atau binti” di bahagian First Name. Sebagai contoh,
First Name: Aman Asyriq Bin
Last Name: Abdullah Hakim
Kebiasaannya untuk penerbangan domestik tak ada isu, tapi untuk penerbangan antarabangsa better masukkan bin/binti bagi mengelak sebarang masalah.
3. Luggage: Carry-On & Check-In
🎒 Check-In Luggage:
- Check in luggage ni boleh letak apa sahaja contohnya bekalan makanan.
- If dah check in penerbangan secara online, di airport nanti boleh terus pergi ke kaunter “Drop Baggage”. Jika belum, better sampai ke airport 3 jam sebelum penerbangan. Selalunya di kaunter check in kena beratur panjang.
- Nak tau kaunter mana, tengok skrin monitor dan cari No Airlines. Setiap airlines ada checked baggage allowance (layari laman web airlines untuk kepastian). Ada yang 30kg, ada 32kg, ada 37kg. Depends on the airlines. Lebih daripada tu, you kena bayar. Jadi, untuk mengelakkan “terlebih berat”, timbang awal-awal di rumah ataupun cari penimbang di airport.
👜 Carry-On Luggage:
- Carry on luggage boleh bawa masuk ke dalam kabin. Selalunya boleh bawa 2 bag (1 carry on, 1 personal item). Berat pula kena kurang dari 7kg (depends on the airlines).
- Setiap luggage ada had ukuran yang perlu dipatuhi dan jangan lupa untuk ikut peraturan yang ditetapkan (apa yang boleh bawa, apa yang tak; semak di laman web airlines).
🚨 Jangan bawa: Barang tajam, bahan letupan, lighter, atau senjata.
4. Airport, Immigration & Security Control
📍 Navigasi Airport
Setiap airport ada signboard. Selagi you ikut sign board, selagi tu you ikut jalan kebenaran. Tak akan sesat. I masih ingat lagi masa i transit di Istanbul, kawan i cakap kalau i hebat i akan jumpa my gate sebab airport di Istanbul sangat besar. So, i guess memang i hebat. 😂 I ikut signboard dan dengan mudahnya i jumpa my gate.
If you di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) untuk penerbangan antarabangsa, you perlu naik Aerotrain untuk ke Gate. Macam i cakap tadi, tengok sign board gate mana you kena pergi.
🛂 Immigration (Passport Control)
Untuk ke gate perlu melepasi Immigration dahulu. Di KLIA, untuk warganegara Malaysia, ada kiosk untuk check passport. Tak perlu beratur di kaunter. Just ikut je arahan mesin tu. Contoh kalau tak lepas, macam i (disebabkan i lupa buka cover passport), sila beratur di kaunter yer. Masa di kaunter, sengih2 sikit kat abang immigration tu. Hehe. Pastu ambil balik passport dan terus jalan ke gate.
🔎 Security Control
Pastikan ikut peraturan yang sudah ditetapkan. Layari laman web airlines dan baca peraturan. Make sure baggage / carry on luggage tak melebihi dari apa yang telah ditetapkan. Liquid diletakkan didalam botol kontainer yang tidak melebihi 100ml dan diletakkan di dalam transparent bag atau ziploc bag. Semasa security check, keluarkan liquid bag dari backpack / handbag dan letakkan di dalam tray untuk di scan. Katakan you terpaksa bawa segala sabun, lotion atau yang melebihi 100ml, sila masukkan di dalam check in luggage.
Barang-barang di bawah ini perlu disediakan dan diletakkan di dalam tray untuk di scan :
- Keluarkan laptop, tablet, mobile phones, dan barang elektronik.
- Tanggalkan belt, barang kemas, aksesori, kunci, syiling, dan apa sahaja barangan metal.
- Tanggalkan jacket / coat, topi dan sunglass.
- Selain dari USA, kasut tak perlu ditanggalkan untuk di scan unless security tu suruh you buka kasut, then sila buka dan letak atas tray.
🛑 Selepas body check, if ada security minta your passport, tunggu sampai dia bagi balik. Never leave airport without your passport. If tak ada masalah, ambil semua barang yang dikeluarkan tadi, simpan balik dan boleh tunggu penerbangan.
5. Travel Itinerary & Insurance
🗂 Dokumen penting:
- Booking confirmation untuk flight & hotel. (Just in case kena tanya dengan pegawai imigresen sebab diorang selalunya tanya randomly)
- Alamat tempat tinggal di negara yang dituju. If you stay with someone yang dikenali di negara tersebut, ambil alamat orang tu awal-awal for your peace of mind.
- Kad kredit/debit & cash secukupnya. Sometimes you akan ditanya how much money you bawa. Macam i, memang i sediakan kad kredit yang khas untuk kegunaan kecemasan bila i travel.
⚠️ Travel Insurance
If you tak mampu nak beli travel insurance, you tak mampu untuk travel overseas. Simple as that. Jangan ambil mudah dengan travel insurance sebab kita tak tahu apa akan berlaku sepanjang kita travel. Katakan ajal sampai semasa berada di luar negara, kos nya mencecah puluhan ribu untuk bawa balik ke Malaysia. Jangan tinggalkan beban kepada keluarga. Sediakan payung sebelum hujan. I recommend AIG Travel Insurance dan AXA Smart Traveller
6. Check status penerbangan
Kejadian tidak diingini boleh berlaku. Kes-kes seperti cuaca buruk ataupun mechanical failure boleh menyebabkan gangguan pada masa penerbangan.Tapi jangan risau. Status penerbangan boleh disemak di laman web airlines ataupun laman web airport pelepasan. Untuk lebih mudah, install apps airlines atau airport yang digunakan.
7. Check in untuk penerbangan
📌 Pilihan Check-in:
- Kaunter airlines
- Kiosk arlines di sekitar airport.
- Online di laman web airlines (lebih mudah & boleh pilih seat!).
Print ticket. Kalau tak boleh print, jangan risau. Boleh ambil ticket di kaunter tapi jangan lupa bawa booking confirmation. Always datang ke airport 2-3 jam sebelum waktu pelepasan. Tapi, if you dah check in online dan tak perlu beratur untuk check in luggage, tak perlu terlalu awal. 2 jam sebelum pelepasan pun dah cukup.
8. Sebelum naik kapal terbang
Dah lepas security check? Okay! Sekarang, pastikan sentiasa alert dengan butiran penerbangan. Semak boarding pass dan screen monitor di airport untuk flight number serta boarding gate. Jangan terkejut kalau gate tiba-tiba ditukar—perkara ni biasa terjadi! Jadi, selalu dengar pengumuman dan rajin-rajin check monitor di hadapan pintu gate. Lagi-lagi kalau ini your first time, jangan leka!
📢 Tips:
✔️ Sebelum naik kapal terbang, better pergi toilet dulu—percaya lah, ini tips paling underrated! 😂
✔️ Jangan lupa bawa pen sebab untuk penerbangan antarabangsa, kadang-kadang kena isi borang imigresen & kastam.
✔️ Keluarkan siap-siap tablet, buku, atau barang penting dari backpack sebelum letak di overhead storage bins supaya tak perlu bersusah payah cari nanti.
9. Prosedur Untuk Naik Kapal Terbang
Kalau seat ekonomi, jangan stress nak beratur awal-awal. Chill dulu, biarkan orang lain beratur. Kebiasaannya petugas penerbangan akan panggil ikut level seat. Ini flow biasa:
1️⃣ Pre-boarding: Warga emas & penumpang OKU naik dulu.
2️⃣ First/Business Class: Mereka dapat keistimewaan boarding awal.
3️⃣ Seat Ekonomi: Biasanya yang terakhir naik. Tapi, airlines seperti Turkish Airlines mungkin ikut seat alphabet order.
Semasa boarding, serahkan boarding pass & passport kepada petugas, mereka akan scan dahulu. Setelah selesai, terus berjalan masuk ke boarding tunnel menuju ke kapal terbang.
10. Bila Berada Di Dalam Kapal Terbang
Sebaik sahaja melangkah masuk ke dalam kapal terbang, cabin crew akan menyambut dan memeriksa boarding pass. Mereka juga akan bantu tunjukkan arah ke tempat duduk. Check nombor seat yang biasanya tertera di overhead storage bins di atas tempat duduk.
💺 Tip Pilihan Tempat Duduk:
✔️ Penerbangan panjang? Elakkan pilih seat tepi tingkap—nampak best, tapi kalau nak ke tandas, susah! Melainkan jika duduk dengan orang yang dikenali, senang nak minta laluan.
Sebaik sahaja jumpa tempat duduk:
✅ Duduk segera supaya penumpang lain boleh mencari tempat duduk mereka dengan mudah.
✅ Ikuti safety briefing yang akan diberikan sebelum berlepas. Mungkin nampak biasa, tapi penting untuk keselamatan.
✅ Pasang tali pinggang keledar dan bersedia untuk penerbangan.
Setelah semuanya selesai, explore tempat duduk untuk lebih keselesaan sepanjang penerbangan:
Skrin Hiburan
Setiap seat biasanya ada skrin hiburan, terutama untuk penerbangan jarak jauh. You boleh tengok filem, dengar muzik, main game, atau tengok peta penerbangan. Ada dua cara nak guna skrin:
- Touchscreen – Kalau skrin boleh disentuh, guna jari untuk pilih menu.
- Remote Control – Sesetengah kapal terbang ada alat kawalan kecil di bahagian sisi tempat duduk atau dalam sandaran lengan.
🎧 Earphone atau Headset
Biasanya diberikan percuma oleh cabin crew. Kalau tak ada, boleh minta atau guna earphone sendiri (pastikan jenis plug sesuai).
🔘 Butang Sandaran & Tempat Duduk
Biasanya terletak di tepi tempat duduk atau pada pemegang tangan. Tekan untuk baringkan seat sedikit supaya lebih selesa. Ada juga seat airlines yang boleh laraskan bahagian kepala untuk lebih sokongan.
🛏️ Selimut
Untuk penerbangan jauh, selimut biasanya disediakan di tempat duduk atau boleh diminta dari cabin crew.
🌡️ Tip: Kalau rasa sejuk, guna jaket atau baju tebal sebab suhu dalam kapal terbang boleh jadi agak rendah.
🔌 Port USB & Plug Elektrik
Banyak airlines menyediakan USB port atau power outlet untuk charge telefon atau laptop. Cari di bahagian bawah skrin hiburan atau di sisi tempat duduk.
🚨 Lampu & Panggilan Crew
💡 Lampu Bacaan – Nak membaca? Gunakan lampu individu di atas tempat duduk. Butang kawalan ada di panel atas atau dalam skrin hiburan.
🔔 Butang Panggilan Cabin Crew – Kalau perlukan bantuan, tekan butang ini dan cabin crew akan datang membantu.
11. Makanan Dalam Kapal Terbang – Ada atau Tidak?
Sama ada makanan disediakan dalam penerbangan bergantung kepada jenis airlines dan jangka masa penerbangan. Berikut adalah beberapa perkara yang you perlu tahu:
✈️ Penerbangan Antarabangsa (Full-Service Airlines)
✅ Makanan disediakan secara percuma – Biasanya untuk penerbangan lebih dari 3-4 jam.
✅ Pilihan menu berbeza – Selalunya ada pilihan seperti ayam, daging, atau vegetarian.
✅ Hidangan mengikut waktu – Sarapan, makan tengah hari, atau makan malam bergantung pada waktu penerbangan.
✅ Permintaan makanan khas – Jika ada keperluan diet khas (contoh: vegetarian, halal, gluten-free), boleh request lebih awal (24-48 jam sebelum penerbangan) melalui laman web airlines.
💰 Penerbangan Kos Rendah (Low-Cost Airlines seperti AirAsia, Scoot, Ryanair, dll.)
❌ Makanan tidak termasuk dalam harga tiket.
🍱 Boleh pre-book makanan – Lebih murah jika ditempah awal melalui laman web.
💳 Boleh beli dalam penerbangan – Harga mungkin lebih mahal dan pilihan terhad.
🧃 Minuman mungkin percuma atau dikenakan caj – Sesetengah airlines memberi air kosong percuma, tetapi minuman lain (kopi, jus, air berkarbonat) perlu dibeli.
📌 Tips
Bawa snek sendiri – Boleh bawa makanan ringan seperti biskut, roti, atau coklat, tetapi elakkan makanan berbau kuat.
Sebelum penerbangan, semak laman web airlines untuk tahu sama ada makanan disediakan atau perlu dibeli.
12. Meninggalkan Kapal Terbang Selepas Mendarat
Selepas kapal terbang mendarat dan lampu tali pinggang keledar telah dipadamkan, bersiap sedia untuk keluar.
1. Bangun & Ambil Barang Peribadi
✅ Pastikan bawa semua barang peribadi seperti telefon, pasport, dompet, dan apa sahaja yang disimpan dalam seat pocket.
✅ Ambil luggage atau backpack dari overhead bins dengan berhati-hati untuk mengelakkan barang jatuh ke atas penumpang lain.
✅ Jika duduk di bahagian belakang, tunggu giliran untuk keluar supaya tidak menghalang laluan.
2. Bersedia untuk Pemeriksaan Imigresen (Passport Control)
✅ Setelah mendarat di negara destinasi, sediakan pasport untuk pemeriksaan imigresen.
✅ Ada dua jenis laluan di kebanyakan lapangan terbang:
- Laluan untuk warga tempatan
- Laluan untuk pelawat antarabangsa
✅ Jika memerlukan visa atau dokumen tambahan, sediakan sebelum tiba di kaunter imigresen.
3. Mengambil Bagasi (Jika Ada Check-In Luggage)
✅ Selepas imigresen terus ke baggage claim area.
✅ Semak skrin monitor di kawasan pengambilan bagasi untuk tahu carousel mana yang akan mengeluarkan bagasi dari kapal terbang yang dinaiki.
4. Melalui Kastam & Keluar ke Balai Ketibaan
✅ Jika tiada membawa barang yang dilarang atau perlu diisytiharkan, boleh keluar melalui laluan “Nothing to Declare”.
✅ Jika ada barang yang perlu diisytiharkan (seperti makanan tertentu, jumlah wang tunai yang besar, atau barangan bernilai tinggi), pergi ke laluan “Goods to Declare”.
✅ Sesetengah lapangan terbang boleh terus ke Arrival Hall selepas mengambil bagasi, tanpa melalui pemeriksaan kastam yang ketat.
13. Transit di Airport: Apa yang Perlu Tahu
Tempoh transit bagi international flight kalau boleh jangan kurang dari 2 jam. Nanti terkejar-kejar. Selalunya soalan-soalan di bawah akan bermain di fikiran:
1) Perlu Pergi ke Imigresen / Passport Control Tak?
❌ Nope. Tidak perlu. Untuk yang transit, terus ke next gate for connecting flight.
Hanya perlu melalui Security Control, di mana pegawai keselamatan akan melakukan pemeriksaan beg dan badan sekali lagi.
🔍 Apa yang perlu dibuat selepas keluar dari kapal terbang?
- Cari signboard “Transit” atau “Transfer” di lapangan terbang.
- Semak papan skrin monitor untuk mengetahui gate penerbangan seterusnya.
- Pergi terus ke gate yang ditetapkan dan tunggu waktu boarding.
2) Perlu Ambil Check-In Luggage Tak?
Bergantung kepada jenis tiket dan Airlines:
✅ Tidak perlu ambil bagasi jika:
- Tiket penerbangan anda adalah satu tempahan (one booking) dengan airlines yang sama.
- Penerbangan anda diuruskan oleh airlines yang bekerjasama di bawah satu Airlines Alliances (contoh: Star Alliance, SkyTeam, atau Oneworld). Dalam kes ini, bagasi akan dihantar terus ke destinasi akhir.
❌ Perlu ambil bagasi jika:
- Tiket dibeli secara berasingan dengan airlines yang berbeza.
- Penerbangan tidak diuruskan di bawah Airline Alliance yang sama.
- Perlu melalui imigresen dan kastam di negara transit sebelum menaiki penerbangan seterusnya.
🔍 Apa yang perlu dibuat?
- Semak dengan airlines sama ada bagasi akan dihantar terus ke destinasi akhir atau perlu diambil semasa transit.
- Jika perlu ambil bagasi, pergi ke baggage claim area, ambil bagasi, dan daftar masuk (check-in) semula untuk penerbangan seterusnya di kaunter airlines.
💡 Tip: Jika tidak pasti, bertanya di kaunter “Drop Baggage” atau semasa mendaftar masuk di lapangan terbang pertama.
Itu sahaja! 🎉 I harap pengalaman you untuk pertama kali menaiki kapal terbang ni menyeronokkan. Mungkin at first rasa sedikit mencabar, but percayalah, lama-kelamaan akan menjadi lebih mudah dan menyeronokkan!
Until then, XOXO.
Salam, saya naik cathay pacific dr kl n transit d hkg then flight pegi newark dgn United airlines.. Transit dlm 5 jam.. Nak tnya time dkt hkg tu checked in baggage kene amik ke? First time naik flight tranist, x faham sngt tentang ni.. .
Salam,.. .saya naik flight cathay pacific dr kl dan transit di hong kong pastu pegi newark guna united airlines..tempoh transit 5 jam.. Nak tnya time dekat hong kong tu checked in baggage kita kene ambik balik ke? First time naik pesawat transit…x faham sangat pasal baggage kalau transit ni huhu
W’salam. Hi Zul. Cathay & United bukan dari partner alliance yang sama. Berdasarkan pengalaman, If both airlines dari partner alliance yang sama, you tak perlu ambil tapi kalau bukan, you kena ambil bag you di Hong Kong dan you kena check in balik beg you di kaunter United Airlines. Tetapi, untuk confirmation, masa you nak check in your bag di kaunter Cathay, you kena tanya staff tu samada you kena claim your bag or Cathay akan tolong check in your bag ke final destination. Di website Cathay, you boleh baca di sini : Maklumat perjalanan -> Maklumat through-check bagasi. Then, di bawah Maklumat through-check bagasi, you klik -> Mendaftar masuk secara terus ke destinasi akhir dengan menggunakan tiket berasingan.
Salam…seblum ni sya naik flight dgn kkwn & family so x penah ambk tau beli tiket atau ckin kt kaunter. Insha Allah sya akn flight sorg2 1st time n face the same situation mcm awk.
Yg plg sya risau cara2 nk ckin…mcmna nk tau kaunter mna nk tuju…
Nak check in senang je awak. Kalau i, i suka check in online. Then nanti kat airport i pergi ke kaunter mintak printkan boarding pass. (Kecuali air asia sebab kena bayar..hehe). Nak tahu kaunter mana,, you kena tengok boarding screen di airport tu. Kat situ ada tulis kaunter mana you kena pergi. 🙂