
Hari ni i nak throwback percutian i ke Pulau Langkawi — the jewel of Kedah! Ada yang tanya sebelum ni, “Kenapa tak pergi Pulau Perhentian, Redang atau Tioman? Sana lagi cantik” Ok, sebabnya adalah Langkawi bukan sekadar pantai. Dia adalah pulau terbesar di Malaysia. Banyak aktiviti lain yang boleh dilakukan di sini dan tempat menarik yang I boleh explore.
Kali ni, i datang ke Langkawi untuk enjoy habis-habisan, sebab masa first trip I 3 tahun lepas tu singkat sangat. Syukur trip kali ni memang puas hati (walaupun kena saman parking, sobs 😅).
So, jom i share panduan ringkas untuk korang yang ada plan nak bercuti ke Langkawi.
Cara Nak Ke Langkawi
Ada 2 cara:
-
Feri: Dari Jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis atau Pulau Payar (kalau dari Penang). Harga tiket feri boleh rujuk sini – Harga Tiket Feri Ke Pulau Langkawi
-
Kapal Terbang: Dari KLIA (MAS/Malindo), KLIA2 (AirAsia), atau Subang Airport (Firefly).
I naik flight Malaysia Airlines (MAS) sebab dapat promo best dekat Traveloka!
✈️ Return Ticket (2 Pax)
💸 Harga asal: RM359.40
💸 Selepas kupon Traveloka: RM330.65
Lokasi Paling Best Untuk Stay Di Pulau Langkawi
To me personally, Cenang adalah tempat paling best untuk stay. Banyak kedai makan dan souvenir shop, senang nak cari tour guide, dekat dengan beach, budget hotel pun bersepah. Pendek kata, kalau nak ke Pulau Langkawi, book je hotel yang terletak di Cenang.
If you nak stay near to the beach, atau keluar je bilik nampak beach, i suggest untuk book resort di Malibest Resort, Mali-Mali Beach Resort atau Sandy Beach Resort. Tapi if you ni orang “have have”, boleh la book dengan Meritus Pelangi Beach Resort & Spa atau Casa Del Mar Langkawi.
I booked 2 hotel actually. Sebelum i ke Mali-Mali Beach Resort, i stayed di Landcons Hotel, Cenang. I highly recommend this hotel. Bilik dia sangat selesa! Jauh lebih bagus dari apa yang i imagined.
Both hotel i booked dengan Traveloka.
Mali-Mali Beach Resort :
Chris – RM120.00 / night (Standard Room)
Hani – RM85.00 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM120.00
Landcons Hotel :
Chris – RM125.04 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM178.62
Hani – RM122.27 / night (Standard Room) *Harga asal sebelum pakai kupon Traveloka RM163.02
Kereta Sewa Di Pulau Langkawi
Datang ke Pulau Langkawi ni kalau tak sewa kereta atau motor memang tak boleh nak gerak. Public Transportation yang ada cuma teksi. I booked kereta sewa 2 sehari sebelum i ke Pulau Langkawi. Deposit kena bank in RM50.00.
Kereta yang paling murah adalah Viva Manual. RM100 untuk 48 jam for Normal Season. Kalau Peak Season lagi mahal. I booked dengan Bang Cik Car Rental. Booking dengan diorang ni sangat mudah. Customer service pun bagus. I dapat kereta Axia Auto instead of Viva Manual. Katanya harga sama.
Bang Cik Car Rental :
Contact No : +6013-3508430 (Whatsapp)
Website : BCR Langkawi Holiday
Tempat Makan Yang Best Di Pulau Langkawi
Since we both memang kaki makan, ke mana je kitorang pergi, memang wajib cari tempat makan yang best! My partner pun siap naik berat badan masa kat Malaysia tau! Haha.😆Makanan Malaysia yang paling dia suka? Laksa.
1. Laksa Ikan Sekoq, Jalan Kuala Muda
Sepanjang kami kat Pulau Langkawi, Gerai Makan Laksa Ikan Sekoq jadi port wajib dia. Kalau datang Langkawi tapi tak singgah sini, memang rugi. Laksa dia sedap! Pasembur kat sini pun sedap — i yang memang tak minat pasembur pun terus jadi suka. Gerai ni terletak di Jalan Kuala Muda, betul-betul depan pantai. View cantik, makanan sedap. Perfect combo!
2. Janggus Cenang Seafood Restaurant
Second restaurant ni adalah restaurant favourite i. Ikan Bawal Stim Limau kat sini sedap gila. Sampai harini teringat-ingat. Restaurant ni terletak di Cenang. I sangat recommend makan malam di restaurant ni.
3. Shin Mi Seafood, Kampung Ara
We both suka gila restaurant ni. Siap minta nasi tambah tau! Haha. We ordered mixed veges, sotong masak cili kering dan lala goreng. I tak ingat mana satu masakan special Shin Mi. Samaada sotong ataupun lala. Tapi semua masakan SEDAP GILA! Harga? Quite pricey tapi berbaloi dan sangat puas hati.
Aktiviti & Tempat Menarik Di Pulau Langkawi
Di Pulau Langkawi ni memang banyak tempat yang boleh dilawati. Apatah lagi aktiviti. Dari darat sampai ke air. Nak dengan tak nak je. Paling popular dan adalah satu kemestian bila datang ke Pulau Langkawi ni adalah naik cable car. Pakej paling murah adalah Basic Combo iaitu termasuk tiket untuk masuk ke SkyDome, SkyRex dan 3D Art Langkawi. Harga RM40.00. Skyrex dan 3D Art Langkawi adalah tempat yang wajib masuk. SkyDome tak masuk pun tak apa. Hehe.
If ke Pulau Langkawi, tempat-tempat ni you jangan skip :
1) SkyCab.
2) 3D Art Langkawi.
3) SkyRex.
4) SkyBridge.
5) Tanjung Rhu.
6) Pantai Cenang.
7) Island Hopping (Pulau Beras Basah, Pulau Singa Besar, Pulau Dayang Bunting).
8) Eagle Square, Kuah.
9) Underwaterworld Langkawi.
Tiket untuk Skybridge tak termasuk di dalam pakej. Jadi, bila sampai ke SkyBridge, kena beli tiket lain di kaunter. Boleh pilih samada nak ke SkyBridge dengan berjalan kaki atau naik SkyGlide. Terus-terang, i menyesal gila tak pilih SkyGlide. Penat nak mampus berjalan kaki naik tangga! Haha.
Island Hopping is a must things to do if you datang ke Pulau Langkawi. I recommend untuk book ticket di Travelog.Com. Harga di sini jauh lebih rendah and yes, it is LEGIT! Harga asal untuk shared boat adalah RM35.00/person tetapi di Travelog.Com hanya RM30.00/person. Customer service pun bagus. Staff Travelog akan message untuk arrange pick up point.
If nak beli tiket online bagi pakej SkyCab atau nak semak harga boleh rujuk di sini : Panoramalangkawi.com
Ohh…lagi satu i lupa nak mention. Pulau Langkawi ni adalah pulau bebas cukai. Barang yang paling popular orang shopping di sini adalah coklat. Jadi, kalau datang ke Pulau Langkawi, sila beli coklat banyak-banyak ye!
Okay guys! Until then.
X, Hani.
Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰
Discover more from Wanderhoney.com
Subscribe to get the latest posts sent to your email.