Cara Membuat Bayaran Cukai Tanah di Perak Secara Online

For those yang ada beli rumah, you all tahu yang every year kita ada komitmen untuk bayar 2 jenis cukai iaitu :

  1. Cukai Taksiran/Cukai Pintu (2x setahun)
  2. Cukai Tanah (1x setahun)

Ok, sebelum ni i dah pernah share cara membuat bayaran Cukai Taksiran secara online. So today, i nak share pula cara untuk membuat bayaran Cukai Tanah. I pun actually baru je tahu yang bil Cukai Tanah bermula tahun 2020, kena semak sendiri secara online. Bil tidak lagi dihantar ke rumah.

Bagi yang tertanya-tanya macam mana nak membuat semakan dan bayaran, boleh follow tutorial ni. Tapi tutorial ni hanya untuk yang ada beli rumah di Perak sahaja.

✅ Firstly, pergi ke laman web Pejabat Pengarah Tanah Dan Galian Negeri Perak.

Klik di Pembayaran Cukai Tanah Secara Online : 

 

 


✅ Kemudian masukkan butiran cukai tanah. You ada pilihan untuk pilih samaada:

  1. Masukkan ID hakmilik tanah (butiran ni boleh dapat di bil tahun sebelum ini ataupun di geran rumah) 
  2. No. Akaun / ID hakmilik. Yang ni lagi mudah. No akaun ada tercatat di dalam bil. 

 

Contoh bil cukai tanah rumah i tahun 2018. 

Bila dah masukkan butiran rumah, bil cukai tanah akan dipaparkan seperti di bawah: 

 

Berdasarkan bil yang dipaparkan di atas, i ada tunggakan disebabkan i terlepas pandang untuk buat bayaran pada tahun 2019. So, jumlah bayaran pada tahun 2020 adalah RM145.00 termasuk denda lewat. 


✅ Akhir sekali jangan lupa untuk masukkan alamat email supaya resit dihantar selepas bayaran dibuat. Untuk meneruskan bayaran, klik, Klik Untuk Bayaran dan you akan terus dibawa ke laman web bank yang dipilih. Selepas bayaran dibuat, paparan terakhir adalah seperti berikut :

 

Harap tutorial ini membantu!

X, Hani. 


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Curious, inspired, or just want to say hi? Leave a message below!

error: Content is protected !!