Simple Decoration For Wedding Dinner

My brother got married in March 2020. Due to the Corona outbreak, my family had to cancel the wedding celebration. Last week during my holiday in my hometown, I bincang dengan my family what other choices do we have to make sure kenduri ni jadi but with fewer people. Ikutkan hati parents I, diorang ni nak bagi je semua duit kenduri tu dekat my brother. Tapi disebabkan duit ayam (40 ekor) dan daging tak boleh dapat balik, ayah I rancang untuk buat kenduri doa selamat di surau. Btw, my parents memang buat catering. So, dari segi menu masakan memang tak ada masalah. We ended up dengan keputusan untuk buat kenduri doa selamat (hantar makanan di surau) dalam masa yang sama nak jemput family pengantin perempuan datang ke rumah to have a family dinner together. Untuk family dinner ni memang 100% I yang in charge. Walaupun kenduri tak dapat buat, I nak buat adik i and my sis-in-law happy. 

As we know, sekarang ni semua benda kena ada SOP. I cakap dengan my parents jangan jemput sesiapa sebab jemputan adalah hanya untuk family sahaja. Tiada sedara-mara unless if they lives nearby. Sekarang ni kalau tak jemput pun, orang dah boleh faham. Jumlah jemputan termasuk dengan family I hanyalah 16 orang sahaja. Jemputan memang jauh berbeza dari jemputan kenduri melayu yang selalunya lebih dari 500 orang. 

Untuk decoration I pakai apa yang ada sahaja. Luckily, barang-barang memang I dah beli masa awal tahun 2020  di Nilai, Negeri Sembilan. Yang last minit I beli di shopee dan DIY. This is how the wedding dinner decoration looks like :

Decoration ni memang I ikut ala-ala mat salleh punya wedding. Tapi I buat ni simple je sebab idea datang last minit dan I pakai apa yang ada sahaja. Untuk meja makan I sewa 3 buah meja banquet termasuk lapik meja berwarna putih dan 20 kerusi plastik (separuh dari kerusi makan, I pakai kerusi dining table rumah parents I). Harga sewa RM50.00 sahaja.


Wedding Favor 

I letak bunga telur, snack nabati, snack ikan perisa bbq & juga travel pouch. Untuk travel pouch ni I gulung dan letak sticker wedding. I beli travel pouch di shoppee : Make up bag travel pouch. Wedding tag I buat sendiri dan I gantung di tali paperbag. 


Backdrop / Background

Bunga-bunga kecil dan daun menjalar I beli di Nilai but daun di both side backdrop I beli di shopee : Vivid Green Garden Wall. I beli 4 tangkai daun – 2 untuk backdrop, lagi 2 di meja makan pengantin. Langsir tu makcik I bagi pinjam. Since langsir tu memang dah cantik dan ada sulaman bunga, I just tambah lampu LED. Ni pun I beli di shopee : Backdrop curtain LED string. I ambil 2 warna cold white. Panjang 3M*2M I letak di backdrop. Panjang 3M*1M I letak dia atas bumbung betuul-betul di tengah meja. Lampu belakang di backdrop ni i pakai rumah I punya floor lamp. Di area bawah backdrop ni sehingga meja makan pengantin I letak carpet rumput sebab nak bagi nampak macam garden. 


Table Decoration

Lapik meja I pakai warna putih. Ditengah-tengah meja sebelum I letak daun-daun, I lapik dengan langsir warna putih (actually I nak pakai warna gold, tapi tak ada). Sangkar burung, daun-daun, dan bunga I beli ni Nilai. Daun di bawah pinggan I beli di shopee : Tropical Hawaiian Green Leaves. Garfu dan Sudu I pilih untuk balut dengan paper napkin : Paper Napkin Wedding Decoration. Mangkuk lilin I beli di kedai Eco (RM2.00) – 6 biji mangkuk dan lilin lavender pula I beli di DIY. Pinggan mangkuk semua I pakai warna putih. Meja makan pengantin I served makanan siap-siap (untuk pengantin dan parents pengantin perempuan). Manakala untuk ahli family yyang lain adalah secara bufet. Meja bufet I letak di sebelah meja makan. 


And finally, The Menu 

Parents I masak nasi putih, ayam masak merah, kurma daging, masak lemak rebung. Adik I buat satay ayam & ayam BBQ. Untuk dessert I beli Boston chocolate cake (kek pengantin) dan I buat apple asam boi. Ayah pengantin perempuan bagi karipap. Air minuman pula I buat orange juice dan juga I sediakan plain water.


The wedding dinner was fun. Walaupun dengan family sahaja, we all had good memories about it and something for all of us to remember. I ni kalau boleh, nak je kahwin time pandemic ni. Jimat banyak duit. Tapi, apakan daya. Hehe. To my brother and sis-in-law, I love you both so much. Semoga kekal til’ Jannah. Amin. 

 

 

error: Content is protected !!