Jangan Malu Untuk Bercakap Broken English.

I tergerak untuk tulis about this topic after I terbaca mengenai seorang DJ radio mempersendakan seorang guru yang mengajar di dalam bahasa Inggeris di salah satu program tv pendidikan. Actually, orang macam DJ ni banyak je dekat Malaysia dan kebanyakannya adalah orang melayu kita sendiri. I berkawan dengan macam-macam bangsa dan apa yang I perasan, hanya orang melayu sahaja yang suka mempersendakan dan memandang rendah someone yang menggunakan broken English, tak semua, tetapi kebanyakan. Sebab itu, kita melayu masih ramai lagi yang tak confident untuk menggunakan bahasa Inggeris in our daily conversation. 

Tak payah cakap orang lain, I sendiri yang majority berkawan dengan foreigners, yang kena hari-hari kena berkomunikasi dalam bahasa Inggeris, dan guna bahasa Inggeris as my main language now, still, til these days, I tak boleh nak berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dengan orang Melayu disebabkan pengalaman I yang lepas. 

There was this one time, a long time ago, my ex-housemate yang masa tu tengah ambil MUET, cakap dekat I,

Tak pandai cakap English pun ada hati nak cakap English.”

Weh, seriously, orang-orang yang macam ni, yang suka nak kritik, mempersendakan dan memperlekehkan orang lain, bahasa melayu pun kau guna bahasa pasar, then, kau nak mempersendakan and pandang rendah orang yang cakap broken English untuk apa? Your native languange dah la Malay, muka pun jawa, dan hanya disebabkan kau ada kelebihan sikit dari orang lain, kau nak berlagak? Tolong la. Kau sepatutnya bangga kaum kau sendiri usaha untuk fasih bahasa lain walaupun bermula dengan hanya menggunakan broken english. 

 

Being good at something is not a ticket for you to look down on others.

Semua orang untuk expert in something, akan bermula dari bawah. Remember, English is not our native language. Sebab tu, yang mana pandai berbahasa Inggeris, kena selalu ingatkan diri supaya jangan berlagak. Bukan semua orang ada peluang ataupun medium untuk belajar dengan mudah. Be more emphathetic. Be someone yang lebih memahami akan situasi orang lain. 

I was not born into a family that uses English in our daily conversations. In fact, I’m the only person in my family who are fluent in English after years and years of mistakes, learning, and improving. Kalau nak sembang pasal kena kutuk dengan grammar nazis, kena gelak sebab my pronunciation (sebutan) tak betul tu semua, I dah banyak kena dan semuanya dengan orang melayu kita sendiri. Kadang-kadang I tak faham kenapa mentality orang kita ni teruk sangat. Sifat memandang rendah terhadap orang lain terlalu tinggi sampai tak ada perasaan malu mempunyai mentality yang sangat rendah dan kebelakang. 

 

The majority of my friends are foreigners. 

I bergaul dengan foreigners from all over the world termasuk la from the UK, USA dan Australia yang menggunakan bahasa Inggeris as their native language, and trust me, their English is not 100% perfect. Selain daripada American, British or Aussie, ‘mat salleh’ dari negara lain, diorang sendiri pun tak berapa nak fasih berbahasa Inggeris contohnya macam kawan I dari France dan Italy. Diorg pun cakap broken english sebab diorang hanya tahu basic. 

One time, when I was travelling, I was in a group of people from different countries who asked me if many Malaysians can speak fluent English. Walaupun I rasa bahasa Inggeris I biasa-biasa je, but to these people, my English is very impressive for a non-native speaker. None of my foreign friends ever judge or make fun of my English, which has helped me gain confidence in speaking the language and improving day by day. 

 

My advice for those who want to improve their English.

Jangan malu. Making mistakes helps you to learn. Getting it wrong is the best way to learn. I tak pernah correct anyone’s English unless if they ask me to, apatah lagi nak judge or memperlekehkan orang lain. I don’t mind when people speak broken English with me. You know why? because it makes me wanna speak English better with them so they can learn it from me, from the way I speak. English I banyak improved from this method. Kawan-kawan “mat salleh” I tak pernah correct my English. Diorang hanya akan correct bila I tanya. I banyak belajar dari perbualan harian I with them — apa yang diorang cakap, their grammar, cara diorang pronounce, cara susunan ayat. I perhatikan dan I ikut. Whenever they use the words yang I tak tahu, I akan tengok dictionary dan tulis dalam buku supaya I tak lupa.

Untuk kuasai bahasa Inggeris, you have no choice but to speak the language. Tak kisah tahap mana pun penguasaan you at this moment, try to speak the language in your everyday life. You don’t have to speak 100% English if you tak fasih. You boleh mix dengan Malay language. Who cares?! We all have to start somewhere. Yang pandainya nanti, you. Bukan orang lain. So, do whatever you have to do, to learn. 

I’ll end my writing with this quote :

“No matter where you are in life, inspire and empower the people around you. Success is sweeter when shared”

X, Hani. ❤

 

error: Content is protected !!