Firstly, sebelum you nak tebus bonus points CIMB, you kena tahu dulu berapa jumlah points yang dah terkumpul. Jangan risau, cara nak semak pun senang je. You boleh semak melalui dua cara:
1. Credit card e-statement:
Check e-statement bulanan yang CIMB hantar ke email you. Biasanya di bahagian bawah penyata, ada info tentang Bonus Points terkumpul.
2. CIMB Clicks website:
Log in ke akaun CIMB Clicks > Pergi ke menu Rewards. Di situ you boleh nampak jumlah points semasa.
📝 Reminder mesra: Make sure setiap bulan you check points ni. Bonus points ada tarikh luput tau! Kalau tak semak dan tak guna, boleh burn macam tu je. Rugi sangat sebab points ni sebenarnya boleh ditebus untuk macam-macam benda menarik:
🎁 Shopping vouchers, cashback, air miles, barangan elektrik, gadgets, dan banyak lagi!
Okay, Dah Tahu Berapa Points? Jom Kita Tebus!
Lepas dah semak jumlah bonus points, you boleh terus ke website ni untuk tebus: rewards.cimbbank.com.my
Langkah-langkahnya sangat mudah. I’ll guide you step-by-step:
✅ Langkah 1: Pilih Kategori & Tetapkan Jumlah Points
You boleh klik mana-mana kategori menarik di bahagian atas Hot Picks (contohnya: Health & Lifestyle, Home Essentials, Travel Companion), atau scroll je ke bawah.
➡️ Pilih jenis katalog yang sesuai.
➡️ Masukkan jumlah points yang you nak gunakan. Contohnya, kalau you ada bawah 20,000 points, pilih “Up to 20,000”.
➡️ Klik “Search”.
✅ Langkah 2: Pilih Item & Tambah ke Troli
Items yang available akan appear based on your bonus points yang dimasukkan tadi
➡️ Pilih any items yang you berminat untuk tebus.
➡️ Klik “Add” untuk masukkan ke dalam troli.
➡️ Bila dah ready, klik “Redeem”.
➡️ Bila page di bawah dipaparkan, klik “Accept”.
✅ Langkah 3: Isi Maklumat Diri
➡️ Isi details seperti:
-
Nama penuh
-
Nombor kad kredit
-
Alamat penghantaran
➡️ Masukkan juga Security Code yang dipaparkan.
➡️ Klik “OK”.
✅ Langkah 4: Selesai & Simpan Bukti
➡️ Paparan terakhir adalah “User Reference”. Ini maksudnya redemption you dah berjaya dihantar.
➡️ Klik “Print” dan save sebagai PDF untuk simpanan sendiri.
➡️ Atau terus klik “Done”.
📧 Pihak CIMB juga akan hantar email pengesahan. Item yang you tebus akan dihantar dalam tempoh 14 hari bekerja.
Pro Tip:
Kadang-kadang ada promo tertentu yang bagi extra value untuk points, so rajin-rajinlah jenguk laman rewards tu. Mana tahu boleh dapat deal lagi best!
Harap membantu!
X, Hani.
Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰