Cara Untuk Deactivate Facebook & Instagram

Sometimes kita rasa nak take a break dari social media. Sama ada sebab nak detox, fokus kerja, atau sekadar untuk berehat. Both Facebook & Instagram ni ada bagi pilihan untuk deactivate sementara atau delete secara kekal. Jom I tunjukkan cara-cara untuk deactivate bagi kedua-dua platform ni.

CARA DEACTIVATE FACEBOOK 

💻 Melalui Website:

  1. Log masuk ke akaun Facebook di facebook.com

  2. Klik ikon dropdown di atas kanan (⚙️ ikon Settings).

  3. Pilih “Settings & Privacy” > “Settings”

  4. Di sebelah kiri, klik “See More In Account Centre.”

  5. Kemudian, pilih “Personal Details” dan klik “Account Ownership & Control.”

  6. Klik “Deactivation and Deletion”
  7. Pilih sebab dan ikut arahan hingga selesai.

Rujukan gambar adalah seperti di bawah :

📱 Melalui App Mobile:

  1. Buka aplikasi Facebook

  2. Pergi ke menu (tiga garis ☰)

  3. Scroll dan klik “Settings & Privacy” > “Settings”

  4. Pergi ke “Access and Control” > klik “Deactivation and Deletion”

  5. Pilih “Deactivate Account” dan teruskan.


🗑️ CARA DELETE FACEBOOK (Kekal)

Kalau you rasa memang nak padam terus akaun:

  • Ikut step yang sama di atas, tapi pilih “Delete Account”

  • Klik “Continue to Account Deletion”

  • Sahkan password dan teruskan

⚠️ Akaun akan dipadam selepas 30 hari – jika login semula sebelum itu, proses akan dibatalkan.


✅ CARA DEACTIVATE INSTAGRAM (Sementara)

💻 Melalui Website:

  1. Log in ke Instagram di browser: instagram.com

  2. Pergi ke profile page (ikon gambar profil)

  3. Klik “Edit Profile”

  4. Scroll ke bawah, dan klik “Temporarily deactivate my account”

  5. Pilih sebab kenapa nak deactivate & masukkan password. I selalu pilih “Just need a break”

  6. Klik “Temporarily Deactivate Account”

🔒 Akaun, gambar, komen dan like akan disembunyikan buat sementara waktu. (Deactivation juga kini boleh dilakukan menggunakan apps Instagram. Follow steps yang sama)

Rujukan gambar adalah seperti di bawah: 

 


🗑️ CARA DELETE INSTAGRAM (Kekal)

  1. Pergi ke: https://www.instagram.com/accounts/remove/request/permanent/

  2. Log in dan pilih sebab kenapa nak delete

  3. Masukkan password dan klik “Delete”

⚠️ Instagram akan padam akaun permanently selepas 30 hari.

Harap membantu. 

X, Hani. 


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!