Cara Untuk Dapatkan Penyata Akaun Bank Secara Online.

Today I nak kongsikan cara untuk dapatkan penyata akaun bank bagi 4 buah bank yang ada di Malaysia iaitu bagi bank Maybank, CIMB, BSN dan juga Bank Rakyat. I dapat kongsikan 4 buah bank ini sahaja sebab I sendiri memang menggunakan bank-bank ni. Since I bekerja dalam bidang kewangan, I tahu masih ramai lagi yang confused ataupun mungkin lupa cara untuk dapatkan penyata bank secara online ; selalunya nak dapatkan salinan nombor akaun bagi bayaran gaji ataupun sebagai dokumen sokongan. So, I harap post I ni dapat digunakan sebagai bahan rujukan bagi sesiapa sahaja di luar sana yang memerlukan. 

 

1. Maybank2u (Malayan Banking Berhad).

  • Log in akaun Maybank2u.
  • Di sebelah ‘Savings Account-i’ ada Icon 3 titik; klik Icon tu.
  • Kemudian, klik ‘View Statements‘.

 


2. CIMB Clicks (CIMB Bank Berhad).

  • Log in akaun CIMB Click
  • Di menu ‘Savings Acct-i Plus’, klik Icon 3 titik yang terletak bersebelahan jumlah wang.  
  • Kemudian, klik ‘View / Download eStatement‘. 
  • Pilih penyata akaun bagi bulan yang diperlukan. Sebaiknya, bulan yang paling terbaru. 

 


3. MyBSN (Bank Nasional Berhad).

  • Log in akaun MyBSN.
  • Klik ‘Saving Account’.
  • Kemudian, lihat di menu sebelah kiri dan klik ‘E-Statements’.
  • Pilih penyata akaun bagi bulan yang diperlukan. Sebaiknya, bulan yang paling terbaru.

 


4. iRakyat (Bank Rakyat).

  • Log in akaun iRakyat.
  • Klik ‘Accounts Info’, kemudian ‘Account Overview’.
  • Di ‘Saving And Current Account-i, klik ‘Account Number’.
  • ‘Account Detail’ akan dipaparkan. Scroll sampai bawah dan klik butang ‘Print’

 

 

 

X, Hani. 

error: Content is protected !!