I belajar buat aduan ni bagi pihak ofis I sebab line internet telco masing-masing tiba-tiba jadi slow. Kadang-kadang internet tak ada langsung. Kelakar bila fikir ofis terletak di bandar besar, tapi internet tak stabil sampai rasa kena cucuk langit. 😆Tak lama lepas buat aduan, pihak telco contact I. Rupanya memang ada masalah cable dan bagi jaminan yang diorang akan betulkan dengan segera.
If you ended up baca post ni sebab mengalami masalah yang sama, you berada di tempat yang betul. Today I nak kongsikan cara untuk buat aduan dengan betul. Aduan ni bukan dibuat kepada service provider (Maxis, Celcom, Umobile, dll.) tetapi terus kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau MCMC.
Langkah-langkah Buat Aduan
1. Akses Portal Aduan SKMM/MCMC
Klik link ni untuk buat aduan:
👉 MCMC Complaint Portal.
2. Klik Daftar Baru dan masukkan maklumat diri.
3. Pilih Sektor Aduan – Telekomunikasi
4. Masukkan Maklumat Peribadi & Kawasan Aduan
- Pilih pembekal perkhidmatan – Pilih telco yang digunakan (Maxis, Unifi, Digi, dll.) supaya proses maklum balas lebih lancar.
- Isi maklumat diri – Masukkan nama, nombor IC, nombor telefon, dan alamat.
- Tip: Masukkan alamat kawasan yang mengalami masalah internet, bukan alamat rumah sendiri (melainkan aduan dibuat untuk rumah). Ini memudahkan pegawai menyemak lokasi sebenar.
5. Masukkan Maklumat Aduan & Lokasi
- Lengkapkan Huraian Masalah.
- Jenis Lokasi & Jenis Rumah/Bangunan
- Lokasi masalah – Gunakan Google Maps dalam portal:
- Masukkan Nama Bangunan
- Klik Carian Lokasi/Get Map
- Cari lokasi aduan
- Drag butang merah ke lokasi yang tepat
- Klik Selesai/Done
Bagi carian Latitud dan Longitud, maklumat akan dimasukkan secara auto selepas carian lokasi di tetapkan di dalam google map. Jadi, you kena klik dahulu Carian Lokasi/Get Map dan cari lokasi masalah. Drag butang lokasi bewarna merah dan letak di lokasi masalah. Kemudian tekan butang Selesai/Done. Contoh:
6. Masukkan Perincian Masalah
- Tarikh & masa gangguan – Letak tarikh semasa atau sejak bila masalah berlaku.
- Nombor pemanggil & maklumat akaun – Masukkan nombor yang berkaitan dengan akaun internet.
- ID Laporan – Jika dah pernah buat aduan dengan telco dulu, masukkan ID aduan. Kalau belum, letak nama telco sahaja seperti di bawah.
7. Muat Naik Bukti Gangguan Internet
Untuk mempercepatkan tindakan, lampirkan screenshot masalah internet, seperti:
✅ Error message (“No Service”, “No Internet Connection”, dll.)
✅ Speed test result (Download & upload speed) – Guna app Speedtest untuk uji internet
✅ Screenshot perbualan dengan customer service (jika ada)
Contoh screenshot:
8. Hantar Aduan
- Masukkan simbol pengesahan yang dipaparkan.
- Klik Pengesahan & Hantar.
- You akan terima ID aduan melalui emel dari SKMM/MCMC.
Apa Berlaku Selepas Aduan Dihantar?
-
Semak Status Aduan
- Klik link dalam emel daripada SKMM/MCMC.
- Pilih Semak Aduan dan masukkan ID aduan + nombor IC/nombor telefon.
-
Tunggu Maklum Balas
- Dalam 24 jam, service provider akan hubungi you melalui telefon untuk sahkan aduan.
- Mereka akan tanya beberapa soalan tentang gangguan internet – jawab dengan jelas & tepat.
Kesimpulan
Kalau internet bermasalah dan customer service telco tak membantu, laporkan terus kepada SKMM/MCMC. Aduan ni boleh beri tekanan kepada service provider supaya mereka bertindak dengan lebih cepat dan meningkatkan kualiti perkhidmatan.
Semoga panduan ni berguna! ✨
X, Hani. ❤️