Cara untuk buat aduan Internet Slow.

I belajar buat aduan ni bagi pihak ofis I sebab our internet connection tiba-tiba jadi slow since last year. Kadang-kadang internet tak ada langsung. Kelakar sebab ofis di bandar besar tapi nak dapatkan internet coverage sampai tahap kena cucuk langit. 😆 Jadi, sesiapa yang ada masalah yang sama, tak kira la di kawasan mana pun, berikut I kongsikan cara untuk buat aduan. Aduan bukan dibuat kepada service provider yang digunakan tetapi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) atau MCMC. 

Klik link ni: MCMC Complaint Portal.

Masukkan semua butiran seperti di bawah:

(Pilih membekal perkhidmatan yang dipakai bagi memudahkan proses maklum balas kedua-dua belah pihak)


Seterusnya isi maklumat diri. Alamat yang dimasukkan ni, I syorkan untuk masukkan alamat kawasan aduan. Kalau nak masukkan alamat sendiri pun boleh je tapi untuk kesenangan, ikut seperti yang I syorkan. Senang nak copy paste. Gitew.   


Masukkan Maklumat Aduan dan Lokasi Masalah (ini yang I maksudkan copy paste dari maklumat pengadu di atas) ✌. Jenis Lokasi pilih samaada bangunan landed atau bertingkat. 

Bagi carian Latitud dan Longitud, maklumat akan dimasukkan secara auto selepas carian lokasi di tetapkan di dalam google map. Jadi, you kena klik dahulu Carian Lokasi/Get Map dan cari lokasi masalah. Drag butang lokasi bewarna merah dan letak di lokasi masalah. Kemudian tekan butang Selesai/Done. Contoh:

 


Kemudian, masukkan Perincian Masalah. Tarikh dan masa gangguan: masukkan sahaja yang semasa. Nombor pemanggil dan maklumat akaun pun dua-dua nombor yang sama. ID laporan kalau tak ada yang dibuat sendiri dengan service provider, masukkan sahaja nama service provider.


Untuk lampiran, muat naik screenshot apa sahaja error atau bukti yang ada untuk menunjukkan masalah internet. Download app Speedtest untuk test internet coverage. 

Contoh screenshot: 


Akhir sekali, masukkan simbol yang dipaparkan, klik pengesahan dan Hantar. 


Selepas aduan dihantar, satu emel dari pihak MCMC akan diterima bersama ID aduan. 

 


Untuk semakan, klik sahaja link yang diberikan di dalam emel. Pilih semak aduan dan masukkan ID aduan bersama-sama nombor kad pengenalan atau nombor telefon. 

 


Maklum balas aduan dari pihak service provider akan diterima di dalam tempoh 24 jam. You akan dihubungi oleh pihak service provider (Maxis or Umobile etc) untuk mengesahkan aduan dan akan ditanya beberapa soalan mengenai masalah internet. Make sure you jawab panggilan tersebut dan berikan maklumat yang diperlukan. 

Semoga membantu! X, Hani. 

 

 

error: Content is protected !!