Greece Part II : Apa Nak Pack, Mana Nak Stay, Info & Tips Bila Berada Di Athens.

Hai! Seperti yang dijanjikan, post kali ini i nak berkongsi cerita mengenai Athens. I arrived di Athens pada 27 Ogos 2016. First time I menjejakkan kaki di sini dan I hope lepas ni boleh menjejakkan kaki i berkali-kali sebab banyak lagi pulau di Greece yang i nak pergi. Hehe. Untuk trip pertama i ke Greece ni, banyak tempat di Athens yang i nak pergi sebenarnya tapi i dah rugi 3 hari disebabkan jetlag dan diarrhea yang membuatkan i tak mampu untuk keluar berjalan-jalan. *Sedih*.

Sepanjang di Athens, i tinggal di kawasan yang di panggil Chaidari dan rumah i terletak di atas bukit. Bila cakap pasal bukit, you pun boleh teka kan view macam mana. Cantik! Dari jauh boleh nampak deretan bangunan putih bandar raya Athens. Cuma satu je yang menguji jiwa dan raga i – setiap kali i berjalan balik ke rumah, i rasa macam separuh mati sebab bas dan teksi hanya berhenti di bawah. Penat gila berjalan naik bukit! Ketaq kaki semua. Tapi apa pun i sangat bersyukur sebab rumah i dekat dengan mini market, restaurant, coffee shop, bakery, bus stop dan juga pasar pagi. Jadi apa sahaja keperluan memang senang untuk i dapatkan walaupun sebenarnya i kena berjalan turun dari bukit. Hehe.

P9030319.JPG
View dari kawasan rumah i.

Untuk yang bercita-cita nak melancong ke Greece, here are some travel tips for you :


  • APA NAK PACK?

I pergi Greece dari bulan Ogos sehingga pertengahan bulan September. Masih lagi musim panas. I tak pack banyak baju sebab konon i nak pack light (sumpah menyesal). Lepas ni travel i nak pack satu almari. Haha. Bulan September to Oktober memang bulan terbaik untuk travel ke Greece terutamanya kalau ada plan untuk ke pulau. Less tourist. If pergi pada bulan yang sama macam i, tak perlu bawa baju tebal-tebal unless untuk you pakai di dalam flight. Sunglasses, sunblock, flat shoes & sneakers wajib ada. Nak berjalan-jalan ke Acropolis, better pakai sneakers. Kawasan berpasir dan berdebu. If pakai sandals macam i, kaki habis kotor. Belajar dari kesilapan i. Jangan lupa pack makanan segera sebab susah nak jumpa makanan halal. Bawa casual outfits mengikut keselesaan. For women, bawa sling bag. Much safer.

P9060554.JPG


  • ATHENS INTERNATIONAL AIRPORT.

Bila my flight landed di Athens Airport – pukul 8.45 malam, macam biasa kena beratur untuk passport control. Ada 2 side – European dan non-European. Non-European beratur agak panjang tapi yang bestnya passport control di Athens Airport sangat cepat. Lepas ambil luggage hijau kesayangan i, i terus exit dan nampak kawan i dah tunggu depan pintu arrival. Muahhh ciked! lega rasa sebab kalau dia tak datang, mau i tidur di airport. Airport ada metro subway. I naik dan berhenti di Agia Marina. Sejam juga la perjalanan sebab i berhenti di perhentian terakhir. Bagi yang nak berhenti di bandar raya Athens, sila berhenti di Syntagma yer.


  • PUBLIC TRANSPORT DAN DIMANA NAK BELI TICKET?

Sepanjang i di Athens, i bergerak hanya dengan menggunakan bas dan metro subway. I naik teksi beberapa kali sebab i malas nak tunggu bas. Tiket untuk public transport di Athens macam i cakap dalam post i sebelum ni, boleh di beli secara online dengan menggunakan app ‘tfa tickets’ atau boleh beli sendiri di kaunter metro station. Harga tiket 1.40 Euros (RM6.50) dan boleh naik apa sahaja public transport (metro, bas, train, tram – kecuali teksi) di Athens atau boleh combine semua mengikut keperluan dalam masa 90 minit. Contoh if you dah beli tiket untuk naik bas dan lepas tu perlu naik train, you tak perlu beli tiket lain as long tempoh tiket yang you beli tu kurang dari 90 minit.

91vj2wv9sfl-_sl1500_


  • MANA NAK STAY DI ATHENS?

If you tak ada plan untuk berjalan-jalan di Athens (nak terus pergi ke pulau), better stay di hostel / hotel di Piraeus, Athens. If sebaliknya, stay di hostel / hotel di  Syntagma, Athens.


  • APA BOLEH MAKAN DI ATHENS?

Nak jumpa tempat yang jual makanan halal memang susah. Boleh dikatakan 90% restaurant atau kedai makan serve pork. I masak je uolls. Rumah i dekat dengan pasar pagi walaupun memerlukan i berjalan selama 15-20 minit. Kawan i siap belikan i sekilo biskut coklat untuk i makan lol. Siap buatkan i cheese cake lagi. Gila sedap. Jom kawen please! Haha. Di Greece, jangan lupa untuk try Crepe. Sedap! Then, bila ke restaurant, once you duduk, you akan terus di serve roti dan butter bersama-sama dengan sebotol air mineral. Masakan favourite i di Greece adalah beef in tomato sauce ataupun reddish beef. I dah belajar cara nak buat tau. Nanti i share resepi yer!

14642033_10208631027345573_8044539427201956198_n
Crepe (Nutella, banana & oreo crumbs)

  • TEMPAT PELANCONGAN DI GREECE YANG HARUS PERGI.

First you kena pergi Syntagma SquareGreek Parliment Building di sini dan you boleh tengok pakaian unik guard dia. Tangkap-tangkap gambar sikit dan you boleh pergi ke Athens Flea Market or Monastiraki Flea Market for Shopping!. Rambang mata tengok barang-barang. Rasa nak beli semua tapi apakan daya i tak ada budget for shopping. Mampu tengok je. Hehe. Then, boleh pergi ke Ancient Agora of Athens. Nak masuk kena beli tiket berharga 8 Euros (RM37.10) / person. Bila dah masuk, you boleh tengok banyak statue / sculpture terutama di Stoa of Attalos.  Finally dan yang paling penting sebenarnya bila dah sampai ke Athens adalah untuk pergi ke Acropolis of Athens. Like seriously, you really can’t miss this one! Tapi nak masuk kena beli tiket juga yang berharga 20 Euros (RM92.70) / person. You boleh habiskan masa 1 hari you untuk pergi tempat-tempat ni semua dengan berjalan kaki sebab tempat-tempat ni dekat antara satu sama lain.

P9030326.JPG
Syntagma Square
OLYMPUS DIGITAL CAMERA
Greek Parliament
P9030366.JPG
Athens Flea Market
P9030380.JPG
Ancient Agora of Athens
insta2.JPG
Stoa Of Attalos
14570413_10208631377554328_849969980559985445_n
Erechtheion
P9030481.JPG
Odeon of Herodes Atticus
P9030490.JPG
Propylaea
IMG-20161010-WA0007.jpg
Parthenon
P9030531.JPG
Temple Of Olympian Zeus

  •  APA YOU PERLU TAHU MENGENAI GREECE DAN GREEK PEOPLE.

They are so polite with tourist terutama bila nak explain something dengan you sampai you akan rasa dia ni cakap ke atau berbisik. Dalam masa yang sama they are loud – cakap kuat macam nak bergaduh tapi sebenarnya bersembang je. Bila berjalan di Athens, make sure letak purse or wallet di side poket atau letak duit di tempat berlainan. Coffee shop and cafe are everywhere sebab orang Greece sangat suka coffee. Bila makan di restaurant, you akan terus di beri roti dan sebotol air. Jangan angkat tangan dan tunjuk 5 jari you di depan muka orang Greece. Tu dikira rude macam you tunjuk middle finger. Cara pemakaian orang Greece sangat casual. So kalau you jenis mekap tebal, nak pakai bling sana sini macam Cik Ta semata-mata nak berjalan-jalan di Athens, lupakan je la hasrat. Sila balik Malaysia. Untuk sesiapa yang berhasrat untuk cari jodoh orang Greece, if berjaya dapat yang jenis setia, you sangat bertuah sebab diorang ni memang spesies jejaka idaman. But, good luck with that. Greece banyak pulau dan semua bangunan di pulau berwarna putih dan biru. Bukan Santorini je yer! Make sure bawa duit mancukupi sebab once you plan untuk pergi ke pulau-pulau di Greece, perbelanjaannya agak tinggi. Oh, lagi satu lupa nak ingatkan, mata wang Greece adalah Euro. 1 euro bersamaan 5 MYR. Bermakna lebih kurang 5 kali ganda duit Malaysia. 🙂

P8300259 (2).JPG
Cafe in Chaidari

Okay, i dah penat type. Haha. For the next post, I akan share about Santorini pula. Until then, Bye!

 

 

Continue here :

Greece Part III: A Trip To Santorini, Travel Tips And Reviews.

 

4 thoughts on “Greece Part II : Apa Nak Pack, Mana Nak Stay, Info & Tips Bila Berada Di Athens.

    1. Aahh..hani tak perasan. 1 EURO x 5. Lebih kurang 5 kali ganda.. Tapi yang sebenar 1 Euro RM 4.73… 5 Euros lebih kurang RM24.00

  1. Hi Hani, I’m Hani too 😉 Santorini, is on my destination wish list! Thanks for sharing the infos. Sangat2 detail & I rasa lebih confident nak travel ke Greece lepas baca your entry. Hope we can be friends at facebook 🙂

    1. Hi Hani! Greece memang best! pergi sana rambang mata nak pilih pulau2..Semua cantik2.. 🙂 Nanti add la i dalam facebook.. – Hani Mahmud

Comments are closed.

error: Content is protected !!