Cara Aktifkan Kad Bank Untuk Kegunaan Di Luar Negara (CIMB & Maybank)

Nak travel ke luar negara? Jangan lupa aktifkan kad bank duhulu supaya boleh digunakan sepanjang berada di overseas. Kalau tak diaktifkan, nanti kad tak dapat digunakan langsung di sana. So, jom follow langkah mudah ni:


CIMB BANK BERHAD (CIMB CLICKS)

 1) Log Masuk CIMB Clicks

Mula-mula, log masuk ke akaun CIMB Clicks seperti biasa.

➡️ Lepas log masuk, pergi ke menu “Services” di side kiri menu.

 


2) Pilih “Overseas Spending & Withdraw”

➡️ Klik pada pilihan “Overseas Spending & Withdraw”.
➡️ Semua kad CIMB yang you miliki (debit/kredit) akan dipaparkan dalam satu senarai macam ni:

📌 Pastikan you tahu kad mana yang akan digunakan semasa travel ya!


3) Aktifkan Kad 

➡️ Klik pada kad CIMB yang nak diaktifkan.
➡️ Pilih samada:

  • Temporary Activation – sesuai untuk yang nak travel dalam tempoh tertentu je.

  • Permanent Activation – kalau you memang selalu travel atau kad tu khas untuk international use.

➡️ Kalau pilih Temporary, masukkan tarikh mula dan tarikh akhir travel. Kad akan automatik deactivate selepas tarikh tersebut, so tak payah risau terlupa nak off-kan nanti.

➡️ Dah siap? Klik “Submit” untuk sahkan.

 

🛑 Kalau Kad Hilang atau Kena Curi – Deactivate Segera!

Kalau berlaku kes kad hilang, kena curi atau you rasa ada transaksi mencurigakan, you boleh deactivate kad anytime.

➡️ Caranya sama je macam nak aktifkan:
Pergi ke “Overseas Spending & Withdraw”, pilih kad tu, dan klik untuk deactivate.

✔️ Proses ni cepat dan mudah – boleh buat sendiri, tak payah call customer service pun!


MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK2U)

1) Login ke Akaun Maybank2u

➡️ Log masuk ke akaun Maybank2u seperti biasa.

➡️ Di homepage, cari ikon “Settings” yang terletak di sebelah kanan atas.


2) Seterusnya pilih “Cards” 

➡️ Klik pada “Card” di submenu Settings.

➡️ Di bawah, you akan nampak pilihan “Overseas Debit Card Activate & Block” – klik situ.

📌 Kalau nak aktifkan kredit kad pula, pilih bahagian Credit Card dan follow step yang sama.


3) Toggle ke “Activate”

➡️ Untuk aktifkan kad, cuma toggle suis ke bahagian “Activate”.

⚠️ Boleh pilih untuk “Disable” bila-bila masa juga — sangat berguna kalau kad you hilang atau dicuri.


4) Masukkan Tarikh Travel

➡️ Isi tarikh mula dan tamat penggunaan kad di luar negara.

➡️ Kad akan auto deactivate lepas tarikh yang you set tu — so lebih selamat!

➡️ Dah siap? Klik je “Activate” untuk sahkan.

 

🔐 Tips Keselamatan:

  • Pastikan SMS/Email alert aktif untuk pantau setiap transaksi.

  • Simpan nombor hotline Maybank (contingency kalau kad bermasalah overseas).

  • Jangan aktifkan kad terlalu lama – cukup sepanjang tempoh travel je untuk elakkan risiko penyalahgunaan.

Harap perkongsian ini membantu!

X, Hani. 


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!