Cara Semak dan Bayar Bil Elektrik (TNB) Online

Good news! Sekarang ni, semakan dan bayaran bil TNB dah boleh dibuat secara online dengan mudah melalui portal rasmi myTNB. Tak perlu lagi tunggu bil fizikal sampai ke rumah.

Berikut adalah cara paling mudah dan terkini untuk semak bil elektrik melalui portal myTNB.

✅ Langkah 1: Layari Portal myTNB

Pergi ke laman web rasmi 👉 www.mytnb.com.my
Klik butang “Register Now” (bagi yang belum ada akaun).

 


✅ Langkah 2: Pilih Jenis Pendaftaran

Pilih “Register for myTNB Account” di bahagian kiri dan tekan “Register Now”.


✅ Langkah 3: Isi Maklumat Diri

Masukkan butiran seperti:

  • Nama penuh

  • Nombor IC / Passport

  • Alamat emel

  • Nombor telefon

Klik “Create Account” bila dah lengkap.


✅ Langkah 4: Aktifkan Akaun Melalui Emel

Satu emel akan dihantar ke inbox emel yang didaftarkan.
👉 Klik “Activate Account” dalam emel tu untuk sahkan akaun.
You akan dibawa semula ke laman web untuk login.

✅ Langkah 5: Tambah Akaun TNB

Lepas login, klik “Manage Account” di menu atas dashboard.
Sebab ini kali pertama login, memang belum ada akaun bil yang dipaparkan. Jadi:

Klik “Add Another Account”.

 

✅ Langkah 6: Masukkan Maklumat Akaun Elektrik

Masukkan nombor akaun bil elektrik (boleh rujuk bil lama you).
You juga boleh pilih sama ada nak daftar sebagai:

  • Owner (pemilik akaun bil)

  • Non-Owner (contohnya daftar untuk rumah mak ayah)

Lepas isi, klik “Submit”.

 

✅ Langkah 7: Semak & Bayar Bil

Kembali ke menu utama (Home) dan you akan nampak bil terkini yang berdaftar.

Klik:

  • “View Bill” kalau nak tengok bil terperinci

  • “Pay Bill” kalau nak buat bayaran terus


🟡 Pilihan Express: Bayar Tanpa Register Akaun

Kalau you jenis nak cepat dan tak nak register, boleh guna fungsi “Express Payment”.

Cuma masukkan nombor akaun bil elektrik → dan terus bayar tanpa perlu login.


🔧 Servis Tambahan dalam Portal myTNB

Selain semak & bayar bil, portal ni juga membolehkan you untuk:

  • Buka / Tutup akaun TNB

  • Upgrade atau downgrade kapasiti bekalan

  • Semak status permohonan

  • Tukar pemilikan akaun (tenancy)

Syarikat swasta dan agensi kerajaan pun boleh guna portal ni untuk urusan bil elektrik masing-masing. Super convenient ⚡


💡 Kesimpulan

Tak payah risau kalau bil hilang, tercicir, atau tak pasti status bayaran—log masuk je ke myTNB. Semua info ada di hujung jari.

📌 Untuk semakan bil air pula, boleh baca post ni:

Cara Semak Bil Air (SYABAS) Online

Harap membantu!

X, Hani.


Coffee helps me write. Support helps me shine 🥰


Discover more from Wanderhoney.com

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

error: Content is protected !!