Cara Semak Bil Elektrik (TNB) Online

Pada yang belum tahu, bil elektrik – Tenaga Nasional Berhad (TNB) boleh disemak secara online. Cara untuk membuat semakan adalah seperti berikut :

Layari laman portal www.mytnb.com.my. dan klik Register Now :

 

 

Then, pilih Register for myTNB Account yang berada di sebelah kiri dan klik Register Now : 

 

Masukkan butiran diri dan klik Create Account :

 

Satu email akan dihantar ke email account yang telah didaftarkan. Check your email dan klik Activate Account. You akan terus dibawa ke website untuk Login. 

Klik Manage Account di menu yang berada di atas paparan dashboard. Tiada rekod bil yang akan tertera sebab you baru register. Oleh itu, masukkan No. account bil eletrik dengan menekan butang Add Another Account :

 

Btw, you boleh add your own TNB account ataupun orang lain punya. Masa nak daftar ni, you boleh pilih samaada Owner or Non-Owner.

 

Bila paparan di bawah dipaparkan, masukkan No. account TNB. Nak tahu dimana nak dapatkan No. account TNB, sila tengok di bil-bil yang you ada simpan. Jangan lupa klik Submit bila selesai masukkan butiran account. 

 

Klik Home di menu sebelah atas paparan dashbord. Paparan adalah seperti di bawah. If nak tengok bill, klik View Bill atau you boleh terus klik Pay Bill untuk membuat bayaran. 

 

Bagi yang malas nak Register, boleh terus klik Express Payment untuk membuat bayaran dan masukkan no. account bil TNB. 

 

Bukan setakat semak bil elektrik sahaja, tapi dalam mytnb ni ada beberapa servis yang boleh dibuat secara online seperti open dan close account tnb, upgrade & downgrade, semak status permohonan dan change tenancy.  Syarikat swasta dan agensi kerajaan pun boleh semak di portal ni. 

 

So, kalau bil hilang, tak ingat letak di mana, tak sure ada tunggakan ke tak, tak payah pening-pening nak fikir. Layari je portal myTNB. Settle. Senang kan? 🙂

Bagi semakan bil air (SYABAS), boleh rujuk sini : Cara Semak Bil Air (SYABAS) Online

Until then…

error: Content is protected !!