Today’s tutorial I nak ajar step by step cara untuk keluarkan duit ASNB secara online. Tapi sebelum tu, make sure you dah daftar dahulu untuk create akaun MyASNB. For those yang dah ada akaun MyASNB, cara semakan maklumat akaun bank sebelum membuat transaksi pengeluaran adalah seperti di bawah :
Klik Maklumat Peribadi dan lihat di Maklumat Akaun Bank. Jika ingin membuat sebarang perubahan, Klik Edit Profile yang tepapar di sebelah kanan Maklumat Peribadi.
Berikut adalah tutorial transaksi pengeluaran :
1. Di homepage myASNB, klik Portfolio
2. Seterusnya klik Transaksi dan pilih Jualan Balik.
3. Buat pengesahan dan klik Seterusnya.
4. Kemudian masukkan amaun pengeluaran, sahkan maklumat dan klik Seterusnya.
5. MyASNB akan paparkan semula akaun bank untuk transaksi pengeluaran. Semak dan jika ada sebarang perubahan, klik “sila klik sini”. Jika tiada, klik Teruskan.
6. Langkah terakhir adalah dengan membuat Pengesahan Telefon Bimbit. Di sini boleh pilih samada nak sahkan melalui Push Notification, Secure TAC atau SMS TAC. Ikut kesenangan masing-masing. Macam I pilih SMS TAC. TAC akan dihantar ke nombor telefon bimbit yang didaftarkan di MyASNB. Masukkan nombor TAC yang diterima dan klik Seterusnya.
7. Resit transaksi akan dipaparkan seperti di bawah setelah transaksi berjaya. Resit boleh dicetak untuk dibuat rujukan. Duit akan dimasukkan ke dalam bank di dalam jangka masa 2-3 hari bekerja.
Hope tutorial ini membantu memudahkan transaksi pengeluaran. Until then!