Cara Jaga Kucing Patah Tulang Kaki Dan Pinggul

Kucing I, Jack, baru je pulih sepenuhnya dari patah tulang kaki dan pinggul. I sendiri pun actually tak tahu macam mana tulang dia boleh patah. Sebelum I pergi kerja dia okay je, bila I balik kerja dia dah jalan berjengkek dan kaki kanan dia tergantung.

Kucing I ni jenis indoor cat tau. So I agak confused macam mana tulang dia boleh patah sebab dia bukan jenis suka memanjat ataupun keluar rumah. I terus bawa dia pergi Vet. Doktor checked both of his legs dan nampak kaki kanan dia bengkak sedikit, tapi doktor cakap tak nampak macam patah, mungkin sebab kena sengat lebah ataupun tersepit dimana-mana. Doktor hanya bagi ubat tahan sakit dan antibiotik.

Then, di rumah i perasan dah 3 hari Jack tak berak dan kencing. Fyi, kucing boleh tahan kencing for 24-48 hours. But if lebih dari 48-72 hours, boleh bawa masalah serius sebab toxin dah build up dalam badan. Jack pernah ada masalah kencing dulu. So, i sangat aware benda-benda macam ni. 


Macam mana tahu Jack patah tulang? 

Veterinary Clinic 1 (Putrajaya):

I dah membazir duit dan masa sebab bagi I wrong diagnosis. Masa tu perut Jack nampak membuncit. Jadi doktor cakap kena buat blood test dan X-ray. Based on blood test result, nampak yang Jack ni ada masalah liver. Doctor minta I tingalkan Jack for a night untuk pemantauan. 

I decided untuk stop pergi this vet after keesokannya I ambil Jack dalam keadaan mulut dia berdarah. Gigi depan dia patah juga. Tak tahu lah macam mana diorang jaga. Diorang bagi alasan Jack ‘marah’ masa nak X-ray. 

After more than a week, Jack makin teruk to the point dia tak nak makan, tak kencing dan berak langsung. Anak mata dia sentiasa besar. Setiap kali dia bernafas, badan dia menggeletar. Scary tengok. 

Veterinary Clinic 2 (Kajang):

I decided untuk pergi Vet lain for an X-ray. Time ni la baru I tahu rupanya Jack patah tulang kaki dan pinggul. Result blood test for his liver tu tak okay sebab dia tak makan. Perut dia kosong. Badan dia menggeletar bila bernafas dan anak mata sentiasa besar sebab dia tahan sakit. Perut dia buncit tu sebab lemak. Tak ada kena mengena dengan inflammation.

However, doktor tak nak buat surgery sebab Jack dah tua. Chance untuk dia survive surgery sangat rendah. So, doctor nasihat untuk kurung Jack di dalam sangkar dan biar dia sembuh dengan sendirinya. Kucing bila patah tulang boleh sembuh sendiri. Bezanya, untuk kucing tua, tempoh untuk sembuh sendiri akan mengambil masa yang agak lama.

Note: For those yang syak kucing patah tulang, buat X-ray dahulu sebelum buat blood test. 


Cara Penjagaan:

  • Beli sangkar kucing yang besar
    Bila kucing patah tulang, kita tak boleh biar dia bergerak sangat. I beli sangkar yang muat untuk letak makanan, air, litter box dan his bed. Sangkar yang I beli ada roda juga. Senang untuk I gerakkan letak di mana-mana. Harga sangkar RM270.00. I kurung dan biarkan Jack di dalam sangkar selama sebulan. 
  • Force-feed Kucing
    Bila kucing tak nak makan, kita kena force-feed. Perut kosong dalam tempoh yang lama boleh jadi gastrik. Beli syringe dan wet foods. Blend dan lebihkan air. Boleh blend dengan ubat sekali kalau susah nak bagi dia makan ubat. 
  • Bagi makan vitamin untuk tulang
    I bagi kalsium dan multivitamin untuk Jack makan. I bagi immune booster juga. 
  • Jangan skip bagi makan ubat
    I tahu memang susah nak bagi kucing makan ubat. I sendiri pun struggle. I ada 5 jenis ubat termasuk vitamins kena bagi Jack makan setiap hari. I tak bagi dia makan semua sekali harung. Antibiotik dan pain killer I bagi in the morning. Ubat dan vitamins yang lain I bagi makan afer 2-3 hours later.
  • Monitor perkembangan kucing setiap hari
    Tengok selera makan dia, litter box dia kotor ataupun tak dan juga pergerakan dia. Jack banyak tidur sepanjang dia sakit. Tapi after 4-5 days forced-feed, I perasan dia dah ada selera makan. For a week I memang bagi dia makan wet food sahaja. Then, I perasan dia dah mula kencing dan berak. Every 2-3 days litter box dia akan kotor.
  • Berhati-hati bila pegang 
    I hanya pegang Jack untuk bagi dia makan ubat sahaja. Itupun terpaksa sebab kena pegang both of his hand supaya dia tak cakar i bila bagi makan ubat. Tapi kalau boleh, jangan angkat ataupun pegang. Apatah lagi nak bagi dia lompat. Depends on your cat. Kalau yang jenis senang bagi makan ubat tu, memang untung la. 

Berapa lama untuk kucing sembuh?

Jack nampak fully recovered after 3 months. Bulan pertama memang I biar Jack dalam sangkar sahaja. Bulan Ke-2 I dah nampak banyak perkembangan positif, I bebaskan dia bergerak di dalam rumah tapi I akan kurung dia dalam sangkar setiap kali I nak keluar rumah. On the 3rd month I dah perasan dia mula aktif, boleh berlari bagai. 


Kos Rawatan

Veterinary clinic 1 

Blood test RM100.00 
Boarding RM30.00/day
Liver supplements RM42.00
Anti-Inflame RM20.00 
Anti-inflammatory RM15.00
Pain killers RM18.00
Appetite Stimulant RM15.00

Veterinary clinic 2

Consultation RM70.00
X-ray 3 views RM100.00
Medication RM26.00

 

Semoga membantu! X, Hani. 

 

error: Content is protected !!