Masalah Kucing Kerap Batuk Berkahak Dan Nafas Berbunyi.

Penyebab kucing batuk adalah disebabkan beberapa perkara, antaranya adalah seperti allergi, hairball, asma yang kronik dan jangkitan bakteria. 

Macam kes kucing I, Jack, batuk dia sampai tahap bila dia bernafas, tekak dia macam ada something yang tersekat, dada berbunyi dan bernafas laju. Bila I bawa pergi klinik veterinar, baru I tahu yang paru-paru dia dah terkena jangkitan kuman disebabkan batuk dibiarkan berpanjangan tanpa rawatan. So doktor bekalkan ubat batuk, antibiotik, ubat allergi, ubat cair kahak dan mutivitamin serta nasihatkan I untuk bawa semula Jack ke Veterinar if dia tiada perubahan dalam tempoh 3 hari. Alhamdulillah, selepas I bagi makan ubat yang dibekalkan, dia beransur pulih. Cuma I perasan, kucing I ni kerap sangat dapat batuk. 

Okay, now disebabkan I dah tau cara penjagaaan untuk merawat batuk kucing I, dibawah ni adalah sedikit perkongsian bagi memudahkan pencinta kucing di luar sana untuk memberi rawatan awal supaya keadaan kucing tidak menjadi semakin teruk. 

Ubat-ubat yang diperlukan (berdasarkan sejarah ubat kucing I): 

  1. Doxycycline – Antibiotik. Diberikan kepada kucing yang selesema, batuk atau demam. Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai ubat ni, boleh rujuk disini.
  2. Bromhexine – Ubat untuk caik kahak. Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai ubat ni, boleh rujuk disini.
  3. Chloramine – Ubat Selesema. Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai ubat ni, boleh rujuk disini
  4. Prednisolone – Ubat Radang. Untuk tahu dengan lebih lanjut mengenai ubat ni, boleh rujuk disini
  5. Simtec – Ubat allergi atau gatal. 
  6. Multivitamin – Untuk keseluruhan kesihatan kucing / Immune kucing. (wajib ada).

You tak perlu beli semua ubat di atas tapi make sure you bagi kucing you makan ubat Doxy dan Bromhexine untuk 7 hari berturut-turut. Jangan skip (ubat Doxy dibelah dua dan diberi makan half sahaja manakala Bromhexine diberi makan sebiji). Kedua-dua ubat ni you kena sentiasa ada termasuk ubat Simtec dan Chloramine. Multivitamin kena bagi makan setiap hari tak kira la kucing sakit ataupun tidak.

Untuk Jack, I tambah bagi makan supplement untuk penjagaan Liver sebab bagus untuk keluarkan free radicals dalam badan. Highly recommended.
Nama supplement: Cordy Hep+C.

Bagi kucing yang ada masalah selesema dan batuk berpanjangan (kahak yang pekat sehingga nampak sukar untuk bernafas), cuba bagi nebulizer treatment. Tapi, kena beli dahulu peralatan dan ubat.

  1. Nebulizer.
  2. Ubat Cair Nebulizer (ambil yang ada tanpa ubat makan kalau you dah ada Doxy dan Bromhexine di rumah).

Rawatan ni kena bagi selama 3 hari berturut-turut. Cara dia senang je: kurung kucing dalam sangkar, pasang Nebulizer dan tutup sangkar dengan kain. Biar dalam 20 minit. 

Perkara-perkara yang perlu diambil berat juga:

  • Jangan mandikan kucing dalam keadaan kucing tidak sihat. Kalau nak cuci hidung atau mulut, hanya lap dengan kain lembap. 
  • Jangan pasang humidifier di rumah dan letak essential oil. Kebanyakan essential oil toksik pada kucing dan boleh menjadi penyumbang kepada penyakit. 
  • Bawa kucing ke Veterinar dengan segera jika tiada sebarang perubahan. 

Harap blog post ni membantu pencinta kucing di luar sana. Semoga kucing cepat sembuh! 

 

X, Hani. ❤

 

error: Content is protected !!