Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u (Classic Website)

* Untuk transaksi menggunakan website Maybank2u yang baru, boleh klik di sini

Today I nak share dengan semua cara untuk transfer duit ke akaun ASNB dengan menggunakan Maybank2u.

Firstly, sign in ke akaun Maybank2u. Homepage Maybank2u adalah seperti di bawah :

 

maybank1.PNG


Klik di bahagian Investment,  Then klik ASNB Unit Trust:

 

maybank2.PNG

Klik Add untuk masukkan akaun ASNB.

maybank3Then, pilih jenis pelaburan Amanah Saham Bumiputera dan klik Continue:

 

maybank4.PNG

Masukkan butiran akaun ASNB – Membership No. adalah No. Akaun ASNB. (boleh tengok dalam buku ASB)

 

maybank5.PNGKlik Continue, dan check balik butiran yang telah dimasukkan tadi. Jika tiada masalah, boleh klik Request for TAC.

 

maybank6.PNG

Setelah TAC dimasukkan, klik Confirm dan akan dipaparkan confirmation status seperti di bawah :

 

maybank7.PNGKlik Return to ASNB. Nanti di status akaun ASNB akan appear Pending untuk beberapa hari. Macam i, 2 hari bekerja sebelum tukar ke Active.

 

maybank8.PNG


Cara untuk transfer dari Maybank2u ke ASB :

 

Bila status dah bertukar ke Active, barulah boleh transfer duit ke akaun ASNB. Apa yang perlu dibuat, mula-mula klik ASNB Payment. Then, klik Continue :

(Note : Nanti akan dipaparkan juga page Agreement, klik di checkbox dan klik Continue)

maybank9.PNG

 

Masukkan amaun duit yang nak dimasukkan ke akaun ASNB, klik Continue.

 

maybank10.PNGSemak balik amaun bayaran dan klik Confirm :

 

maybank11.PNG

Dan yang terakhir sekali, bila dah klik Confirm, akan dipaparkan pula page Payment Status. Jangan lupa untuk Print Receipt sebagai rujukan di masa hadapan. Buku ASNB nanti boleh la bawa pergi update bila dividen dah masuk setiap awal tahun. 🙂

 

maybank12

If nak tahu cara untuk mendaftar portal myASNB, boleh klik link ni : 

Cara Mendaftar Dan Mengakses Portal myASNB.

 

Until then… 

 

 

8 thoughts on “Cara Transfer Duit Ke Akaun ASNB Melalui Maybank2u (Classic Website)

  1. No IC dalam buku asb ada no 0 dekat awalan cth: 0987612143211.. kosong tu kena letak jugak ker dalam maybank2u

  2. HAI NK TANYA KALU BUKU ASB TUE DAH LAMA SGT TAK UPDATE LEH KER KITA BUAT TRANSFER FROM ACCOUNT MAYBANK2U KE ACC ASB?

Hi! If you have any questions leave a comment below.

error: Content is protected !!